Ads

ATS ESQ Way 165

Assalammualaikum. Selesai sudah tugasan saya sebagai ADVANCE TRAINING SERIES (ATS) ESQ Public Exec 43, MATRADE Kuala Lumpur. Dengan taufiq dan hidayahNYA dapat saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini dengan membantu para2 peserta angkatan ESQ pada kali ini. Bukan mudah tugasan yang dipikul ini kerana saya terpaksa meninggalkan waras, Hakim dan bos saya, Aizat. Maafkan saya hamba yang khilaf ini guys. Bukan niat untuk sengaja meninggalkan anda tetapi atas tugasan saya sebagai ATS baru ESQ saya terpaksa pulang ke KL untuk sesi briefing & hari pertama ESQ pada Jumaat yang lepas. Ampun & Maaf juga kepada classrep saya, BOB sebab kena hantar mesej pemberitahuan cluz jumaat dah ganti ke selasa (HOORAYYYYY!!!!) hehehehe. Senang nak jadi ATS lagi pasni *Wink Wink* Direnung sejenak menjadi ATS saya dapat recharge semula ilmu yang telah diterapkan dalam modul ini dan tidak kurang pula malahan lebih menambah pengetahuan saya terhadap modul ini. Tetapi PAK FIRDAUS tetap saya rindui dan dapat dirasai kasih sayang & rahmat ALLAH meresap masuk ke dalam hati saya semula setelah baru sahaja tidak sampai 2 bulan saya grad ESQ Mahasiswa angkatan 10. Maha suci ALLAH tak dapat digambarkan bagaimana saya boleh terlupa itu semua tetapi ALLAH yang maha pengasih itu menarik saya kembali (sekali lagi) dengan menghantar saya training semula untuk recharge dan menjadi ATS> Itulah ALLAH yang maha suci agung mampu memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNYA.

Ditanya teman-teman kepada para alumni yang cukup familiar, pernah menjadi ATS saya dahulu "Kenapa tak jadi ATS?" Lalu mereka menjawab "Hantar nama tapi nama tak naik!" Pergh saya pelik dan hairan terdetik dalam hati "Eh dorang yang penah jadi ATS nama tak naik aku ni first timer baru je datang masuk ESQ Bln 12 aritu tiba-tiba dah jadi ATS? Pelik ini!" Sedangkan belum pernah recharge pun, hanya 70% sahaja yang diingati. Selebihnya saya tawakkal kepada ALLAH moga ALLAH memudahkan pelajaran saya menjadi ATS ini. Lalu direnung sejenak, sujud syukur dihamparkan kepada ALLAH kerana ada hikmahnya DIA menghantar saya menjadi ATS ESQ kerana saya dapat berjumpa orang2 & ATS2 yang HEBAT! Masya-ALLAH. Direnung lagi intipati ESQ Public lebih sedikit daripada ESQ Mahasiswa lalu bertambah lah keyakinan saya terhadap Ya Robbi Izzati itu. Alhamdulillah. :) Seluruh hidupku ingin ku abdi kan padaNYA dan saya sentiasa berdoa rakan2 saya diberikan ALLAH rahmat dan HidayahNYA, agar mereka semua menjadi insin berguna masa kini dan hari kemudian. Lalu hati terdetik mengingati seorang hamba ALLAH yang ku rindui. Namanya usahlah disebut tetapi saya rindukan kasih sayang beliau, senyuman beliau dan kata-kata beliau, lalu hati tidak putus2 berdoa agar ALLAH membuka pintu hati dia, anda yang sedang membaca karangan Bahasa Melayu yang saya kira INSYAALLAH A++ ini (walaupun banyak kesalahan ejaan. Hihihi. :p), ayah & ibuku, para keluargaku, sanak saudaraku, rakan-rakan seperjuangan saya, lecturer2 saya, guru-guru saya dan seluruh kaum muslimin & muslimat agar sentiasa berpaksi pada orbit ALLAH, diberi Hidayah & Rahmat serta cinta dari ALLAH SWT. AMIN.

Kejarlah cinta ALLAH kerana cinta padaNYA adalah kekal abadi manakal cinta dunia adalah tidak abadi tidak kekal selama-lamanya. Khas kepada orang yang ku rindui itu, moga ALLAH membuka pintu taubatnya untukmu dan semoga ALLAH mengampunkan segala dosa-dosamu kerana sesungguhnya DIA lah yang maha pemurah lagi maha penyayang....



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).


Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.


Tunjukilah kami jalan yang lurus.


Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.




SALAM 165,
♥ EyLa

2 Comments!:

Syafiq Afandi said...

allah jawab ayat pertama:
hambaku telah memuji ku....

Syafiq Afandi said...

ayat kedua surah alfatihah allh jwb: hambaku telah memuji ku...