Ads

Ramai mengkafir sesama Islam kerana politik.

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.


Ramai mengkafir sesama Islam kerana politik - Mahathir




Terdapat sebahagian umat Islam di negara ini terlalu mudah dikelirukan hingga sanggup mengkafirkan sesama agama yang menjalinkan kerjasama dengan orang bukan Islam apabila pemimpin mereka berpendirian sedemikian.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mereka begitu fanatik dan akan mengutuk serta mengkafirkan golongan Islam yang menjalinkan kerjasama dengan bukan Islam.


Bagaimanapun katanya, jika pada esoknya pemimpin mereka mengatakan perkara sebaliknya iaitu kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan, para penyokong mereka sedia melupakan tuduhan kafir yang dilemparkan sebelum ini.


"Orang Islam seperti ini mudah dikelirukan. Sekiranya pemimpin mereka kata siapa yang menjalinkan kerjasama dengan orang bukan Islam sebagai kafir, maka kafirlah orang Islam berkenaan.


"Namun, apabila pemimpin sama mengatakan boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam pada keesokannya, maka mereka akan kata ya, sekali gus melupakan tuduhan kafir kepada pihak satu lagi," katanya.


Mahathir berkata demikian dalam blognya di http://chedet.cc/blog/ hari ini.
Dalam blog itu, beliau turut mengulas mengenai kemunduran dan kemiskinan yang dialami oleh dunia Islam ketika ini dan kegagalan negara-negara tersebut muncul sebagai negara membangun.


"Soalnya sekarang kegagalan ini bukan disebabkan agama. Islam yang dibawa oleh Rasulullah 1,400 tahun lalu telah didatangkan dengan cukup sempurna.


"Namun, selepas zaman Rasulullah, telah berlaku penafsiran tentang agama oleh para sarjana Islam yang tulen serta golongan yang mengaku pakar tetapi sebenarnya penipu.
"Keadaan ini menyebabkan sebahagian daripada penafsiran ini berbeza sama sekali dengan Islam yang sebenar," ujarnya.


Di Malaysia katanya, terdapat pertubuhan al-Arqam dan Ayah Pin yang secara terang kedua-dua fahamannya bertentangan dengan Islam.


"Dua fahaman ini mempunyai pengikut masing-masing. Mereka percaya dengan apa yang dibawa oleh kedua-dua fahaman ini. Dalam dunia Islam yang lain terdapat banyak kumpulan yang serupa dengan al-Arqam dan Ayah Pin," ujarnya.


Dalam perkembangan sama beliau berkata, sudah tiba masanya umat Islam kembali mengamalkan ajaran Islam sebenar dengan menjadikan al-Quran dan hadis sebagai rujukan paling utama supaya negara-negara Islam mampu bangkit seperti negara-negara yang lain - UTUSAN




2 Comments!:

nur said...

semoga kita dapat kembali ke asalnya..

Taufan Bin Ribut said...

politik..org sanggup buat ape je demi kuasa..


Entri Terkini : Bakal menantu mak yang tak menjadi
Entri terdahulu :Aku dan saka harimau

Watch my video songs ^_^