Assalammualaikum,
Masa aku menaip ni Alhamdulillah hujan turun dengan lebatnya di luar. Sungai Buloh dibasahi hujan tanda rahmat yang tidak terhingga daripada Allah SWT. Isu MH370 masih belum selesai, misteri di sana sini dan banyak spekulasi yang menjengkelkan, menyakitkan hati, tidak tahu kesahihannya merantai Rakyat Malaysia dan harini aku terdetik nak menulis isu bomoh MH370 yang sedang glemer bukan sahaja di Malaysia tapi seluruh dunia. Sehinggakan KJ pun terkesan dan menerima tempias ugutan Raja Bomoh yang ingin menampar menteri Malaysia itu. What made him so popular around the globe?
"Raja Bomoh" MH370
Taknak letak banyak2. Cukuplah aib buat bomoh ini. Dia pun manusia ciptaan Allah juga, but Its all over the youtube and mainstream media now. Boleh google sendiri...
Dunno whether to laugh or sad. :)(
Enough story of him and his "cleverness". Sebenarnya nak cerita kalau dia cukup kelakar anda yang buat parody pun sama2 kelakar tahap cipan sbb sokong ke"pandai"an dia. Sudahlah dia kena gelak satu dunia termasuk orang Arab yang menganggap dia syirik, tapi anda yang berparody juga turut sama boleh dikategorikan sebagai "pengikut" dia konon nak buat kelakar satu dunia. Yang bestnya rakyat Malaysia pun turut serta sama join negara-negara dunia yang lain menghina dan mengkritik Malaysia. Malu dak aih?
Kelakar la ni? Hm okay laaaa.....
Dan kisahnya ada kakak2 nurse yang ligat berparody Bomoh menggunakan kelengkapan hospital kena gantung kerja? Lain kali jgn berparody pakai pakaian seragam kak. Org pandang mulia kerja awk, tp awk buat gelak satu Malaysia dgn "kerja" awk tu.
Hmmm sebab tu Ultraman kena banned agaknya?
Ya ampun! Yang jelasnya sampai mat saleh yg melihat berita MH370 melalui hashtag #prayforMH370 #MH370 korang pun duk tambah aib dan pekung negara sendiri dgn kelahiran "bomoh parody" rakyat Malaysia.
Hi seronok nampak?
Sabda Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam yang bermaksud:
“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Kita sepatutnya menutup aib sesama Muslim dan berhenti daripada menyebut-nyebut serta menyiarkannya, sebagaimana firman Allah:
“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nûr:19)
Sabda Rasulullah Sallallhu ’alaihi wasallam lagi yang bermaksud:
“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
"Tiada seorang yang menutupi aurat( keaiban) orang di dunia, melainkan Allah akan menutupi keaibannya di hari kiamat." (Hadis riwayat Muslim)
Tidaklah seseorang itu banyak bercakap akan aib orang lain, menyebutkan kesalahan dan mendedahkan aib mereka melainkan orang itu orang munafiq yang terhina.
Hah ini kesan parody wahai rakyat Malaysia sekalian. Cukuplah dimalukan oleh negara lain, jangan tambah aib, hina dan caci kesalahan rakyat Malaysia lagi. Kita sebagai rakyat Malaysia sendiri buka aib negara kita sendiri Malaysia satu persatu Allah buka lagi aib Malaysia dengan kejadian 6 orang disahkan meninggal dunia ketika berparti di "Future Music Festival Asia" kerana pengaruh dadah. Sekali lagi Malaysia dihina, dikeji di mata dunia. Allah buka lagi satu aib Malaysia. Negara Islam tetapi menghalalkan konsert yang Nauzubillah hanya Allah yang tahu situasinya. Bukan ceramah tapi cukuplah Malaysia dikritik, Allah timpa bala, ujian kerana mahu manusia sedar masa dah tak lama dah.
Saya sama sekali TIDAK menyokong tindakan Raja Bomoh menggunakan usahanya yang pelik itu untuk mencari MH370 tetapi bukankah lebih baik kita menggunakan pertolongan ALLAH SWT dalam mencari jawapan tentang ilmu yang tentu sekali tidak tercapai oleh akal fikiran kita? Alhamdulillah solat hajat dilakukan di KLIA. Salah satu usaha murni bagi membuka jawapan rahsia Allah tentang kehilangan MH370.
Alhamdulillah semoga Allah melihat usaha kita dan memperkenankan doa kita....
Akhir kata tolonglah rakyat Malaysia sudah2lah dengan parody Bomoh yang awalnya kelakar tapi lama2 semakin meluat. Cukup-cukuplah Malaysia dihina di mata dunia, jangan tambah aib negara sendiri lagi. Kalau malu duduk negara Malaysia, hah gi migrate negara lain. Senang kan? This post is just my 2 cents. Takde niat nak sakitkan hati mana-mana pihak. Maafkan sy jika tersalah atau terkasar bahasa. Malaysia sangat parah, semakin parah dek kerana anda yang konon nak jadi Zizan pelawak negara. Ya saya mahu Malaysia terkenal tetapi bukan dengan cara ini......
Dislike the caption. I am still proud to be Malaysian! :)
And wherever you are, whatever you do, terus mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal MH370 semoga mereka ditemui kelak! Jangan putus harapan, InAllaha Ma'anna.
♥
Zaina Zain
0 Comments!:
Post a Comment