Ads

Showing posts with label pulanglah pada tuhan. Show all posts
Showing posts with label pulanglah pada tuhan. Show all posts

Sharing Is Caring: Allah SWT Menyembunyikan 6 Perkara

1 Comments!

 

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik,dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan (124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 
"Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja,dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solat mu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal"

Kemudian Jibrail AS meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail AS mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud :

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,atau sepertiganya, atau seperempatnya?" Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail,kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.


* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.


* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.


* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 


* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Sources: Blogger Tegar
 
Sharing By,
♥

Jalan Pulang Ke Pangkuan Tuhan Terlalu Luas

0 Comments!
Firman Allah dalam Surah al-Imran ayat 135-136 (maksudnya): "Dan mereka apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa mereka, melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka tahu (akan salah dan akibatnya). Orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal."

..
..
..
..
..
..
..

Baca tu janji-janji Allah! :)

..
..
..
..
..
..
..

Ada lagi satu, IQRA' teman2 Bacalah Dengan Nama Tuhanmu!
..
..
..
..
..
..
..

Firman Allah dengan penuh syahdu dalam Surah Al-Zumar ayat 53 (maksudnya): "Katakanlah: "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

..
..
..
..
..
..

Pulang lah ke Pangkuan Allah. :'(
..
..
..
..
..

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 6-7 (maksudnya): "Sesungguhnya orang-orang yang ingkar itu, sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak memberi amaran, mereka tetap tidak akan beriman. (dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka, pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar."


Assalammualaikum,
Rindu-rindu! hahaha. Maaf kawan2, lappy rosak, x sempat nak update belog. Lagipun saya amat busy (walaupun dah jadi mantan MPP) since terlalu byk kerja yang perlu dibereskan sebelum tamat waktunya. :p Dah bace firman2 di atas. Saya rasa agak tenang dan bertambah takot kepada Yang Maha Esa. Saya sudah menjadi terlalu sensitif dengan dosa sekarang ini sehingga saya menjadi tidak keruan apabila melihat ramai anak-anak remaja yang melakukan banyak perkara yang tidak berfaedah dan merugikan diri sendiri. Saya mahu menegur tetapi apakan daya saya yakin mereka pasti tidak akan mendengar apa yang ingin saya ucapkan.*sigh*. Hanya hati mampu berdoa agar ALLAH bukakan hati mereka dan melimpah ruahkan rahmat ke atas hati & jiwa mereka agar mereka menemui JALAN PULANG KE PANGKUAN TUHAN YANG TERLALU LUAS. :') Amin.

Setakat ni je kot. Will update this blog soon!


♥
SALAM 165,
EyLa