Ads

Showing posts with label survival melayu. Show all posts
Showing posts with label survival melayu. Show all posts

You never miss them, until they're loved by someone else.

49 Comments!
.Assalammualaikum.


P/S: Baca Dari Atas Sampai bawah, baru faham, mesej dapat disampaikan dengen lebih JELAS & TERANG. Harap Maklum.


Bunyi tajuk entry kali ini menyedihkan kan? Tapi ini lah realiti. Silalah ambil masa seminit jenguk, terjah & baca entry saya pada kali ini please semua. Ini adalah untuk kita semua, ya saya mulai sedar hampir 80% pengguna blogger tegar di blog list saya adalah kaum Melayu. Ya kaum Melayu yang sangat saya sanjungi dan kasihi. 

 
Pepatah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" laungan Hang Tuah, biasa dengar? 



Masihkan relevan pepatah ini pada masa hadapan nanti? Bercakap secara logikalnya agak sayu di situ. Melayu kian MELAYUUUUU. ME+LAYU = LAYU. Saya kata gini, anda marah? Anda geram bukan? Ada rasa nak tumbuk saya tak? Ini realiti yah kawan2, tidak saya bukan mahu menjadi racist di sini, jauh sekali ingin memperlekehkan kaum lain yang ada di Malaysia ini. Tetapi ini lah yang berlaku pada saat dan ketika ini. Melayu kian mundur, sedangkan ini adalah bumi, tanah tumpah darah kita. Saya kata kita ditindas, anda setuju? Saya kata kita makin lemah anda setuju? Saya kata kita terlalu bertoleransi, bertolak ansur, anda setuju?


Tidaklah! Saya bukan Puteri UMNO, jauh sekali ahli politik tetapi melihat dari sudut bangsa, saya kecewa melihat melayu masa kini. Kita semua bagaikan tidak mengambil peduli perkara yang berlaku di sekeliling kita. Ya YA kita hidup bagaikan katak dalam tempurung. Sudah! JANGAN MEMBANTAH! Jangan jadi buta, Pakar ekonomi mahupun business, Ya rakan sekampus saya di UiTM Segamat, anda bagitahu saya Kuasa EKONOMI negara kita dikuasai siapa? Secara kasarnya lihat sekeliling anda.... berapa banyak kedai Melayu di sekeliling anda SELAIN daripada kedai makan? HAHHHH, okay lihat bengkel2 motor, supermarket, kedai cat, hardware, logam dan sebagainya dikuasai oleh? TEPUK DADA tanya jawapan.... Boleh?


Ya saya tahu saya agak lantang membicarakan soal ini di sini, tetapi saya lakukan ini demi bangsa saya, demi maruah melayu yang kian dipandang hina, kian diperlekeh. Tidak, jangan malu untuk mengaku salah! YA ini masalah yang berlaku ketika ini kawan2. Banyak agenda politik yg kian dipermainkan, diperdebatkan di media massa sekarang terutama bila tibanya masa untuk PILIHANRAYA UMUM yang ke 13. Tidak saya bukan berpolitik, mahasiswa seperti saya tidak layak berucap atau berpolitik tetapi saya bercakap dari sudut bangsa, saya sayangkan bangsa saya. SAYA TAK SANGGUP MELIHAT BANGSA saya ditindas dan terus ditindas.


Anda bayangkan...... Jika sekarang ini pun di parlimen kita menang majoriti mudah, pelbagai pihak mempersoalkan bangsa kita, bahasa kita, kedaulatan raja kita, apatah lagi apabila negara kita dipegang bangsa asing! Hahaha. Anda rasa anda boleh bergelak tawa seperti sekarang ini? Anda rasa adalah mudah bagi anda untuk mendapat pekerjaan kelak? Atau mungkin anda rasa anda akan menjadi setaraf bangsa2 lain? HEY WAKE UP LAH PEOPLE! Tak payah nak malukan diri sendiri.... Ni bukan negara kau lagi, AKU DAH TAKE OVER SEMUAAAAA SEKALI! HAHAHA (Gelak evil) dekat depan muka anda, Apa yang akan anda rasa?? 



Sedangkan ni tanah nenek moyang anda semua, mereka berhempas pulas mencari kemerdekaan, mereka bersusah payah mengerah keringat untuk mencapai apa yang ada pada saat & Ketika ini, tapi bila sampai kat anda semua? HANCUSSS!!!


Sekarang bagitahu saya, kat mana anda nak hidup kawan2? Pergi overseas? Hah silakannnnn, tapi "pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri", BETUL? Tapi korang mana ada negeri dah? Dah kena take over, REMEMBER??? Jadi nak hidup merempat kat mana? KAN DAH JADI MACAM NI,


YOU NEVER MISS THEM, UNTIL THEY'RE LOVING BY SOMEONE ELSE!!!!!! HAHA...


Mana negara yang korang banggakan sangat tu? Mana mana?!!! Hah jawab kat anak cucu korang weh, MANA!!!! (tiba2 mimpi cicit anda datang dalam mimpi dalam keadaan yang daif dan menghinakan bertanyakan soalan ini pada anda "Moyang, mana kita nak pergi sekarang ni? Kita dah xde tempat tinggal?") SAMBIL menangis merayu! Hah jawab lah! Anda nak jawab "Taklah cu kita kena jadi mat rempit, kita kena pergi merompak, merogol dan sebagainya." BEGITU? OH GOD tolonglahhhh sedar bangsaku! Jangan jadi BUTA!!!


Masih ingat lagi sumpah kita:



Relevannya saya mengutarakan mengenai persoalan ini supaya anda boleh buka mata, Pilihanraya makin dekat, tetapi peratus remaja yang sudah mendaftar untuk mengundi adalah sedikit sekali. Anda mahu ka lihat negara anda diambil alih oleh kuasa asing? YA YA, memang bodoh lah saya ni ala pehal cakap pasal soal politik pulak, adoi aku nak belajar nak kerja, ahhh takde masa lah nak fikir politik2 ni semua, tetapi ingat survival orang melayu ada di tangan anda, kuasa ada di tangan anda. Oleh itu undilah calon yang tepat weh, yang mampu menaikkan maruah bangsa melayu ke takuk yang sepatotnya tolonglah korang. Saya merayu dengan kerendahan hati, saya tak mahu kuasa politik kita pula diambil alih oleh orang asing!


Peringatan: Ingat apabila sesebuah parti telah menang 2/3 majority dalam parlimen, MAKA parti itu layak untuk menggubal undang2, dasar2 yang terkandung di dalam perlembagaan sesuka hati merea sahaja. Jadi adakah anda mahu mereka mempersoalkan kedudukan dan menggubal dasar2 yang masa ada kini yang banyak membantu orang melayu? WEH SEDARLAH DOH, kau ni dibantu kerajaan sedia ada, duit PTPTN, korang belajar, subsidi tu siapa yg kasi, kerajaan kan ORANG MELAYU??? Jadi xde kerajaan sekarang ini, anda rasa anda layak ke dapat keistimewaan tu lagi??? 


Renung2kan lah semua. Tolonglah ini untuk kelangsungan bangsa, survival bangsa melayu kita for god sake!!! Ingat kerajaan melaka runtuh pada tahun 1511 betul?? Jadi kalau ALLAH mahu melihatkan keadaan kita ini, bila2 masa ALLAH akan jatuhkan kita pada tahun 2011 ini BiAR KITA SEDAR, tapi anda rasa ketika itu masa belum terlewatkah? Anda mampu untuk kembalikan apa yang anda telah hilang? Ingat ya, air mata darah sekalipun penyesalan tidak akan mampu untuk mengembalikan apa yang telah anda hilang pada saat itu. 


Jika direnung kembali, Allah itu penyayang, dia masih lagi memberi kaum MELAYU peluang untuk memperbaiki apa yang salah dan kurang dengan kemenangan majoriti mudah pada pilihanraya 3 tahun lepas, ALLAH mahu MELAYU itu SEDAR! Bangkit dan rampas semula apa yang telah hilang jadi sekarang ini ayuhlah bangkit, PERTAHANKAN HAK KITA sebagai penduduk asal TANAH MELAYU, ini TANAH kita, jangan biarkan ia ternoda oleh bangsa asing yang bila2 masa sahaja menunggu peluang untuk merampas hak kita.


Anda tahu wasiat RAJA2 kita yang terdahulu? INI WASIAT ya, AMANAH berat yang akan dipersoal ALLAH di akhirat kelak... Jadi kalau tak tunaikan nak jawab apa dengan ALLAH nanti?

HAH AMIK KAU Kalau ada lagi besar memang lagi besau lah aku buat!


    * Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit  yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

    * Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

    * Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

    * Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

    * Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

    * Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

    * Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).



Bangkitlah ANAK-ANAK MELAYU sekalian, tiada masa untuk meleka lagi, ini adalah masa hadapan kita, masa hadapan anak2 kita, cucu cicit kita kelak! Ini bukan perkara untuk dibawa gelak, bukan perkara untuk diperjudikan, dipermain2kan, ini adalah untuk kelangsungan BANGSA MELAYU yang saya & kita cintai ini.....



Anda marah bukan jika ada yang mengambil & merampas hak anda? Anda GERAM bukan? Anda tercabar bukan? JADI tunggu apa lagi, bertindaklah dengan segera.... Sikap tunggu dan lihat memang tak wajar digunakan ketika ini, sekarang sikap PERTAHANKAN HAK kita matlamat paling utama sekali. Daftar mengundi, dan buat lah pilihan yang bijak bukan sahaja untuk kepentingan anda tetapi untuk kepentingan semua pihak.



Saya tidak mewakili mana2 pihak, saya mewakili bangsa melayu dalam mengutarakan pendapat ini. Terpulang kepada kalian untuk menilai saya dari segi mana pun tapi, SAYA SAYANG BANGSA MELAYU dan saya mahu BANGSA kita dipertahankan sehingga ke akhirnya....



Sekian ucapan saya kali ini, sebelum berpisah saya tinggalkan anda dengan lagu yang saya kira cukup menyentuh emosi saya, saya sayangkan lagu ini sepertimana sayangnya saya pada bangsa saya:




Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini


Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan



  Sumpah, saya sayang anda semua.... Bantu saya untuk bantu anda! :)


Motif: Yang dah cukup umur pergi daftar mengundi, dah daftar jangn lupa keluar mengundi PRU 13 akan datang ni. Lepas tu, undilah parti yang menaikkan & mengangkat martabat Melayu, Simple kan? 

SPREAD THE WORD!