Ads

Cinta Yang Maha Agung Dan Hari Krismas

Assalammualaikum, takde idea nak cite ape sebenarnya. Tapi tetap nak menaip juga! :) First thing first, two THUMBS UP to Team Malaysia sbb johan pertandingan bola sepak di Laos. (pergh macam sukaneka je bunyi) hehehe. Pape pon, I’M PROUD TO BE MALAYSIAN! Dah la rakyat yg berbilang kaum hidup dlm harmoni, dah tu plak makanan yang tersangat lah variety, berserta banyak perayaan yang disambut, tidak lupa juga Malaysia takde gempa bumi, puting beliung, gunung berapi, snow.(ala kalau ade pon skit2 je, tempias orang kate) hahaha. Syukur Alhamdulillah sangat2 dilahirkan di Malaysia. Here in my home, I tell u what it’s all about! Ececece, tetibe nyanyi plak saya ni. :p To team Malaysia bawak2lah buat kenduri kesyukuran k? Jgn plak g club minum arak sampai mabuk. Opssss, lasernya mulut nok! ;DD~ maaf ye bkn menuduh sekadar gurauan. Tapi syukurlah setelah 20 tahun akhirnya pernantian berakhir! Yeay, menang time saya berusia 20 tahun juga!! Memang lucky year lah Eyla. ;) Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Actually i just got back from Mid Valley, pergh org mcm semut. Ramai gle!!! Hahaha. (Teringat Pak Fir). Pastu asek asek balik balik lagu jingle bell, jingle bell, jingle all the wayyy, santa claus is coming to town. Yelah yelahhhh layankan ajelah nak buat cane kan nak suh die pasang lagu inang plak nanti mati saya kena banned dari memasuki Mid Valley selama 10 tahun kerana menganggu ketenteraman awam! ;p then sale di mana2 membuat saya rambang eyes. Adoi ini tidak boleh ini, tidak boleh! Hahaha. Ku cekalkan hati tak beli pape. Thumbs up to Eyla! (padahal dah hampir nak beli kasut Charles & Keith yang ada sale that will last in 3 days) T_T phewww sebaik mummy halang, klw tak bertambah lagi koleksi kasut yang ntah beribu2 dah ade. Eceh, takla sampai beribu. Puluh aje. :p Membazir itu kawan syaitan Eyla. Ish3 no way no way, pakai apa yang ada.


Pastu terfikir sejenak memikirkan seseorang, ececece tiba-tiba mood romantic dah sampai nih. Terbaca satu article, cintai seseorang itu kerana kamu mencintai Allah dan untuk mendapat keredhaanNYA. Tersentuh tergamam terkesima ter dan ter yang byk lagi akal berfikir.... Yeah saya akan cintakan Allah sepenuh hati saya, saya akan sentiasa membaca surat2 cinta dari Allah walaupun banyak muka suratnya, saya akan terus mencari cinta & memegang teguh cinta itu seikhlas hati saya. Insya-Allah, doa rakan2 saya perlukan ye. Moga kita sama2 mendapat kebahagian dunia & akhirat amin! ;) I’m glad it happen Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Akhirnya! Kini Pasti ku merasai cinta yang suci!! Ewahhhhhh, kuaq dah lagu nenek Anita Sarawak. (Kagum dengan nek nita sebab walaupun tua tapi muka masih tegang dan badan masih lagi bergetah kalah anak dares 18 tahun okeng, awwwww) Pastu dok dengar dok dengar lagu jingle bell tu tibe2 mulut ternyannyi lagu tu skali. Pastu cepat2 ngucap dan istighfar. Kita tak boleh sambut kismas kan teman2? Sbb orang kata haram, itu perayaan Tuhan orang kristian yang mereka dok agung-agungkan itu, Nabi Isa AS. Keterextreman mereka terlalu obsess dengan Nabi Isa menyebabkan mereka menyembah & menganggap Nabi Isa adalah tuhan sedangkan Nabi Isa hanyalah nabi utusan Allah betul? Saya tak nak mengulas lebih lanjut jadi kita sama-sama baca ulasan dari Majmu Fatwa Fadllah asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimi:


“Mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) atau perayaan keagamaan mereka lainnya kepada orang-orang kafir adalah haram hukumnya menurut kesepakatan para ulama (ijma)"


Hal ini sebagaimana dinukil dari Ibn al-Qayyim rahimahullah di dalam kitabnya Ahkam Ahl adz-Dzimmah, beliau berkata, Adapun mengucapkan selamat berkenaan dengan syiar-syiar kekufuran yang khusus bagi mereka adalah haram menurut kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat terhadap Hari-Hari besar mereka dan puasa mereka, walau sekadar mengucapkan, Semoga Hari raya anda diberkati atau anda yang diberikan ucapan selamat berkenaan dengan perayaan hari besarnya itu dan semisalnya. Perbuatan ini, kalaupun orang yang mengucapkannya dapat lari dari kekufuran, maka dia tidak akan lari dari melakukan hal-hal yang diharamkan. Ucapan semacam ini setara dengan ucapannya terhadap perbuatan sujud terhadap Salib bahkan lebih besar dari itu dosanya di sisi Allah. Dan amat dimurka lagi bila memberikan selamat atas minum-minum khamar, membunuh jiwa, melakukan perzinaan dan sebagainya. Banyak sekali orang yang tidak sedikitpun tersisa kadar keimanannya, yang terjatuh ke dalam hal itu sementara dia tidak sedar betapa buruk perbuatannya tersebut. Jadi, barangsiapa yang mengucapkan selamat kepada seorang hamba karena melakukan suatu maksiat, bidaah atau kekufuran, maka bererti dia telah menghadapi Kemurkaan Allah dan Kemarahan-Nya.


Mengenai kenapa Ibn al-Qayyim sampai menyatakan bahawa mengucapkan selamat kepada orang-orang Kafir berkenaan dengan perayaan hari-hari besar keagamaan mereka haram dan posisinya demikian, kerana hal itu mengandungi persetujuan terhadap syiar-syiar kekufuran yang mereka lakukan dan meridhai hal itu dilakukan mereka sekalipun dirinya sendiri tidak rela terhadap kekufuran itu, akan tetapi adalah HARAM bagi seorang Muslim meridhai syiar-syiar kekufuran atau mengucapkan selamat kepada orang lain berkenaan dengannya karena Allah Taala tidak meredhai hal itu, sebagaimana dalam firman-Nya.

Ertinya: “Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu.”� [Az-Zumar:7]

Ertinya : “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku- cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agamamu.”� [Al-Ma`idah :3]

Jadi, mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengan hal itu adalah haram, baik mereka itu rakan-rakan sepejabat dengan kita seorang (Muslim) ataupun tidak. Bila mereka mengucapkan selamat berkenaan dengan hari-hari besar mereka kepada kita, maka kita tidak boleh menjawabnya karena hari-hari besar itu bukanlah hari-hari besar kita. Juga keranana ia adalah hari besar yang tidak diridhai Allah Taala; baik disebabkan perbuatan mengada-ada ataupun disyariatkan di dalam agama mereka akan tetapi hal itu semua telah dihapus oleh Din-ul-Islam yang dengannya Nabi Muhammad Shallallhu ‘alaihi Wa Sallam diutus Allah kepada seluruh makhluk. Allah Taala berfirman.

Ertinya : “Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi”�. [Ali Imran:85]

Kerana itu, hukum bagi seorang Muslim yang memenuhi undangan mereka berkenaan dengan hal itu adalah HARAM kerana lebih besar dosanya berbanding mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengannya. Memenuhi undangan tersebut mengandung makna ikut serta bersama mereka di dalamnya.

Demikian pula, haram hukumnya bagi kaum Muslimin menyerupai orang-orang Kafir, seperti mengadakan majlis atau pesta-pesta berkenaan dengan hari besar mereka tersebut, saling memberi hadiah, membagi-bagikan manisan, hidangan makanan dan semisalnya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Shallallhu ‘alaihi Wa Sallam,

Ertinya : “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari Mereka”�. [Hadits Riwayat Abu Daud]


Syaikhul Islam, Ibn Taimiyah berkata di dalam kitabnya Iqtidl` ash-Shirth al-Mustaqm, Mukhlafah Ashhb al-Jahm:

Menyerupai mereka di dalam sebagian hari-hari besar mereka akan menyebabkan timbulnya rasa senang di hati mereka atas kebatilan yang mereka lakukan, dan barangkali hal itu membuat mereka mencari-cari kesempatan (dalam kesempitan) dan menghinakan kaum lemah (iman). Dan barangsiapa yang melakukan sesuatu dari hal itu, maka dia telah berdosa, baik melakukannya kerana berbasa-basi, ingin mendapatkan simpati, rasa malu atau sebab-sebab lainnya kerana ia termasuk bentuk peremehan (penghinaan) terhadap Dinullah dan merupakan sebab hati orang-orang kafir menjadi kuat dan bangga terhadap agama mereka. Kepada Alla kita memohon agar memuliakan kaum Muslimin dengan Din mereka, menganugerahkan kemantapan hati dan memberikan pertolongan kepada mereka terhadap musuh-musuh mereka, sesungguh Dia Maha Kuat lagi Maha Perkasa.


Jadi pokok pangkalnya, menyambut, mengucapkan Merry Christmas is HARAM bagi umat Islam. So apa pendapat anda yang mempunyai teman yang bukan Islam? (Waaa, teringat Tiia) T_T Sorry Dearie.




Renung-renungkanlah semoga kita tidak termasuk dalam golongan mereka yang rugi Insya-Allah.


Assalammualaikum,


EyLa

8 Comments!:

Nur Su'aidah Bachok said...

ngeeee~ i dah baca dah !
thumbs up. bgs idea & hasil research anda.. ngee~

Zainatun Adilah said...

hahaha, ye ke?? asek thumbs up jek, clap2 lah skit! :p

anhar azdfar said...

salam..sangat kagum..huraian yg agak menarik mnggunakan hujah2 syeikh2 kabir..ahsanti!keep it up :)

Zainatun Adilah said...

anhar: oh thank you!

armouris said...

tahniah Malaysia!! hati-hati jangan tercedera semasa bermain bola sepak - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

Zainatun Adilah said...

armouris: Ni iklan ke ape?

ortodok said...

frasa 'sambut', 'mencari' dan 'menyerupai' sangat beza diksinya. terjemahan ucap selamat kadangkala dilihat dari sudut perpaduan hidup bermasyarakat.

walau apapun, agama tetap agama. walau islam itu agama toleransi, namun dalam soal akidah dan tauhid, tegas adalah sesuatu yang perlu. ;)

Zainatun Adilah said...

Yah betul tu ortodok. Agama adalah agama, agama tidak seharusnya terpisah daripada kehidupan kita kan?