Ads

Sungguh Saya Sayang Kawan2 Saya! :)

Assalammualaikum teman2! Apa khabar semuanya? ;) Harap baik2 saja semuanya. (kau ingat kau bg ceramah kat sini?) hehehe. Saya xnak cite saya buat ape mlm tadi tetapi jangan risau saya tidak melepak tak tentu hala, saya tidak pergi clubbing apatah lagi minum arak tetapi saya hanya berjalan2 bersama kwn and cousin ku di Shah Alam, tiada salahnya kan? Lalu hati terkesima dan mengeluh seketika melihat wajah2 anak2 muda mudi pewaris bangsa hadapan terutama melayu islam melakukan perkara yg tidak mendatangkan faedah malahan memberi 110% keburukan kepada manusia. Haih anak muda, kenapa anda terlalu mengagung-agungkan dunia? Tidakkah kamu sedar bahawa kamu akan kembali KEPADANYA suatu hari nanti? Ingatlah yang paling dekat dengan kita adalah mati. Lalu apakah bekalan yang anda semua mahu bawa apabila mati kelak? Mati tidak mengira usia. Kwn paling rapat saya meninggal ketika kami berada di form 5. Tidakkah kamu masih lagi mengerti DUNIA ADALAH TEMPAT PERSINGGAHAN Sahaja? Tipulah klw saya kata saya baik. Saya juga pernah free-hair, berpakaian seksi & menjolok mata, memegang tangan & melakukan byk hal dengan yang bukan muhrim tetapi syukurlah saya tidak pernah pergi clubbing, minum arak dan juga menghisap rokok. Saya berbohong sekiranya saya berkata saya tidak pernah ada niat untuk clubbing. OF COURSE! Saya pernah diajak dan mengajak kwn2 saya pergi clubbing (subhanallah) tetapi maha kuasa Allah, jika saya nak pergi pasti ada halangan. Allah sangat menjaga dan menyayangi saya. (Alhamdulillah) Tidak DIA mahu melihat saya bersama2 teman yg lain menuju kekufuran. Saya sangat bersyukur. Saya juga tidak pernah merokok & meminum arak (nauzubillah) kerana bagi saya keseronokan yg dikecapi itu adalah sementara. Sekarang saya merasa diri saya begitu hina kerana saya pernah lakukan sebegitu banyak dosa. (moga-moga Allah mengampuni dosa saya). Saya kira jika dikira dosa saya ibarat pepasir di pantai! Sangat banyak dan banyak. Subhanallah maha suci Allah ampunilah dosaku yang jahil dan bodoh ini. Aku buta padahal aku celik baik seluruh pancainderanya tetapi buta mata hatinya. :’(


*Gambar Sekadar Hiasan*

*Gambar Sekadar Hiasan*

Lalu terdetik hati berkata apabila melihat teman2 lain begitu bergembira di konsert2, di club2 sedang bergembira sambil meminum arak, berpakaian seksi, berpeluk2an yang subhanallah islamkah kamu? Atau hanya pada nama sahaja? Saya tidak layak menegur kamu, kerana saya bukanlah ustazah yang mempunyai ilmu yang tinggi terhadap agama Islam. Saya masih lagi merangkak2 mempelajari agama islam. Sedangkan islam telah saya pelajari sejak tadika lagi. Selama 6 tahun saya belajar di sekolah agama sehingga menjadi pelajar terbaik di kelas saya tidak kurang daripada itu Tasawwur adalah subjek pilihan saya ketika SPM sehingga saya menjadi pelajar terbaik subjek Tasawwur malahan setiap ujian, peperiksaan akhir tahun malahan SPM saya mendapat A untuk subjek tersebut serta saya selalu dipuji oleh ustaz kesayangan saya atas kehebatan saya ini. Lalu di manakah salah saya wahai teman? Ada kata-kata “Barangsiapa yang bertambah ilmunya namun tiada bertambah amalnya, Tiada bertambah baginya dengan Allah, kecuali bertambah JAUH”. Ayat ini seperti menusuk kalbu saya. Maha suci Allah, ilmu agama yang begitu banyak di pelajari hanyalah sekadar untuk memenuhi syarat2 kelayakan belajar iaitu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. (baru sedar eh Eyla?) huhuhu. Lalu hati kecil menangis terdetik “Ya allah, apa yang telah aku lakukan dalam kehidupanku ini? Sia-sia usaha aku selama ini Ya Allah, Kenapa kenapa aku buta??” timbul kekesalan di hati saya. Apakah misi kita di dunia sebenarnya? Adakah kerana ingin bergembira, berseronok, enjoy ur life semaksimum yang mungkin dan apabila sudah tua baru bertaubat? Sempat ke? Kalau tak sempat lalu nak jawab apa pada Allah Ta’ala nanti? Bila disoal apabila sudah mati kelak “apakah yang kamu lakukan di dunia wahai manusia??” Lalu dengan selamba anda menjawab “Oh ala chill lah malaikat mungkar & nangkir, aku hidup nak bergembira, pergi clubbing, minum arak, melakukan maksiat dan zina, merempit, membunuh org, menabur fitnah, menindas orang2 miskin, bangga dengan kecantikan & kehanseman diri, mencapai kesenangan hidup, hidup semaksima yang boleh tanpa batasan dan ala pendek kata having Fun ar!” Adakah anda ingin dan berani menjawab sebegini rupa wahai teman? Sudah semestinya pada saat dan ketika itu mungkar & nangkir akan sedia menendang anda ke neraka jahanam dan hiduplah anda di sana selama-lamanya bersama teman karib anda, SYAITAN. Diseksa dan terus diseksa tanpa belas kasihan. Inikah yang kita semua mahukan? Tidak pernahkah terdetik di hati “Ya Allah, aku nak masuk syurga?”


*Gambar Sekadar Hiasan*

Kenapa dan kenapa kita sering mengagung2kan orang barat? Berpakaian seperti mereka, berkelakuan seperti mereka, mengikuti cara hidup mereka? Mungkin persoalan yang sering saya tanyakan pada diri sendiri kerana saya juga hampir menjadi a part of them (subhanallah hinanya saya ini!) tetapi saya bersyukur walaupun pernah terlanjur berkelakuan sedemikian tetapi Allah maha penyayang. Ditarik saya semula, diberikan saya hidayah dan petunjukNYA lalu dipimpin saya menuju jalan yang benar semula. Jalan yang Allah redhai. Masya-Allah, betapa syukurnya saya ketika ini. Mata hati yang jahil sudah menjadi celik, dunia alam semesta telah saya temui siapa penciptanya yang maha adil & sangat mencintai hambaNYA. Diciptakan dunia, lalu diberikan udara agar manusia bisa bernafas, lalu diberikan kita matahari agar boleh menyinari alam semesta, lalu dengan baik hatinya DIA menciptakan bintang agar bisa menjadi petunjuk bagi manusia, lalu bulan dicipta dan terus memberi kelembutan malam kepada manusia bukan setakat itu DIA juga mencipta manusia berpasang-pasangan agar bisa memberi kebahagiaan, kecintaan antara satu sama lain LALU MENGAPA KITA TIDAK PERNAH BERSYUKUR WAHAI TEMAN?? Kita kufur nikmatnya, kita mungkiri janji kita yang kita lakukan semasa janin lagi untuk menyembah ALLAH tuhan yang maha esa. Mungkin kita tak pernah mengingati bila kita lakukan sumpah janji tersebut. Allah itu maha adil, diberikan rezeki kepada semua umat manusia di muka bumi ini tidak kiralah anda beragama islam, yahudi, kristian, nasrani, Buddha, tamil dan sebagainya lalu kenapa kita yang beragama islam ini ingin mengikuti mereka pula? Sekali lagi dunia sangatlah sementara. Mungkin esok lusa kita dipanggil menghadap Allah, adakah anda mahu berjumpaNYA dengan bau yang jijik, kotor dan penuh dengan noda? Syaitan & iblis tidak akan pernah berhenti menganggu “SON OF ADAM”. Mereka mempunyai kepakaran selama ribuan tahun dalam menyesatkan manusia. Mereka hebat walaupun kita tidak pernah melihat wajah mereka yang menggerunkan tetapi dengan hanya bisikan puluhan, ribuan malahan jutaan manusia tunduk dan mengikuti perintah mereka. Masya-Allah (Ya Allah lindungi aku daripada syaitan yang terkutuk ini)


*Gambar Sekadar Hiasan*

Tidak terniat untuk berceramah cuma saya kesal dengan diri sendiri mengapa saya dahulu menjadi jahil serta menjadi hamba iblis & syaitan lalu terus melupakan siapa yang sebenarnya mencintai saya sepenuhNYA. Bukan hanya saya yang dicintaiNYA, anda, kamu, kau, dia, mereka semua Allah kasihi teman2. Allah akan mengingati kita sekiranya kita sentiasa mengingatinya. “Dan tinggalkan lah orang yang menyimpang dari kebenaran dalam menyebut namaNYA, nanti mereka akan mendapat balasan atas apa yang mereka kerjakan.” Saya sesungguhnya tidak sanggup melihat teman2 saya menjadi hamba syaitan nir rajim. Saya ingin sekali bersama2 kalian berkumpul bersama di kalangan orang2 yang beriman & bertakwa kepada Allah yang tidak terlalu taksub serta cintakan dunia, bersama2 nabi2 dan rasulnya, bersama kaum muslimin & muslimat yang sentiasa berdoa agar allah memberi kita semua kebahagiaan di akhirat kelak. Tidak sanggup saya melihat teman2 saya disiksa dalam api neraka kerana sesungguhnya saya amat sangat menyayangi anda semua. Sungguh! Dunia pasti akan hancur, terbelah-belah, digoncang2 kerana itu janji Allah, HARI KIAMAT. Di saat bumi sudah tidak mampu menahan kejahatan manusia terhadapnya Allah kasihan terhadapnya lalu dihancurkan bumi yang permai dan dihadapkan kita semua untuk dihisab amalannya. Maka lihatlah saya & kalian akan segala perlakuan yang kita kerjakan selama hidup di dunia. Jika banyak dosa daripada pahala pada siapa kita akan meminta pertolongan? Pada artis2 barat yang kita tiru perwatakannya? Pada syaitan yang ketika itu sedang menunggu anda semua di dalam neraka dengan tangan yang terbuka dan dengan hilai tawa berkata “MARILAH TEMANKU, MARILAH”? Pada ibu bapa anda? Sudah terlambat bagi kita untuk meminta pertolongan dari Allah dan juga Nabi Muhammad. Kenapa mereka perlu menolong anda sedangkan anda tidak pernah menolong mereka menyebarkan syiar islam, berada di jalan lurus mereka ketika anda hidup di dunia? "TIDAK, LUPAKAN! AKU TIDAK PERNAH MEMPUNYAI UMAT SEPERTIMU....” inikah yang anda ingin dengarkan daripada Rasulullah? Jangan dilupa artis2 barat yang kamu cintai dan sanjungi itu akan menjadi kayu api anda di neraka, maka hiduplah anda di dalamnya selama-lamanya bersama mereka.... inikah kebahagiaan yang anda cari selama ini?? INIKAH TEMAN2??

Marilah Bersama ku teman2!

Maafkan saya jika ada kata2 yang saya ucapkan mengguris perasaan kalian. Sekali lagi saya bukan berceramah, tetapi saling ingat-mengingati kepada teman2 saya yang mengagung2kan arak, clubbing, berpakaian seksi, berjudi, sombong & bongkak dengan kecantikan diri. Hey anytime Allah boleh tarik semua nikmat itu lah teman2. Dahulu mungkin saya mencari Allah hanya ketika saya susah, tetapi sekarang tidak kira di mana saya berada Allah akan berada di hati saya dan saya doakan biarlah ia buat selama-lamanya.

Sekian sahaja nukilan, terima kasih kerana sudi membaca kawan2. ;)

Assalammualaikum

EyLa

5 Comments!:

Saiyidah Aisyah said...

menyentuh jiwa :)
kita sama2 lah mendoakan mereka yang sesat itu kembali ke pangkal jalan dan masih sempat untuk bertaubat. insyaAllah.
btw, great idea u have. :)
two thumbs up.
keep it up! :D

Zainatun Adilah said...

hahahah, thanks babe! selalulah berdoa ye? eh kata nk cite?

Saiyidah Aisyah said...

err. tu la. haha. i akan cite gak. sedang mencari ayat yang bersesuaian.
bhuee :)

Nur Suaidah Bachok said...

Good Job !! ngeeee~
besh die nukilan ni !! sorry lmbt baca..
uma xde letrik..hahaha~
baguslah kamu..berani suarakan..
i punya satu blog khas untuk kawan2 i tp i xberani nk publish kt org.. i wt private tok diri sendiri ja..
sbb malu lah wt cm u buat ni !! tahniah !

Anonymous said...

bravo!
;)