Ads

Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Menumpang Kasih~

1 Comments!
. Assalammualaikum.


Meet Alia. The Girl's next door. She have everything, beautiful bigggg family that she always adore, a nice & lovely bf, a great supporter of friends, the gorgeous classmate ever, wonderful dresses & Shoes, everything almost perfect.

She never complained! Ever... Until... She never expected that being 21 and 22 years old soon to be is more challenging than ever! Hahaha. She took her own way, she change. She wanted to try and learn something new. She never wanted to be the same as she was while teenagers. SHE WANTS TO GROW UP! Tapi rupanya, ramai yang tidak senang dengan perubahan dia. Dia keseorangan rupanya....




Alia sentiasa ingat dia dapat sokongan daripada pihak yang sepatotnya, tetapi rupanya tidak. Dia macam makin disishkan, dipinggirkan hanya kerana menjadi "Luar biasa" daripada yang lain. (Over confident pun susah sangat kan?) Entah mana silapnya, hanya kerana mulut diri binasa kan? Dia tidak mempunyai kakak, mahupun abang yang mampu mendorong dia ke arah yang sepatotnya, jika salah boleh betulkan. Jadi dia hanya terkapai2, berjalan ke arah yang dirasakan betul olehnya. Bukan culture shock! Tidak! Alia cuma ingin mencuba sesuatu yang baru. 


Tetapi Alia yakin dia tidak salah. Oleh itu Alia cuba menumpang kasih sayang saudara maranya. Yeah dia bahagia melihat gelak tawa mereka ketika bersarapan satu keluarga. Mereka penuh kegembiraan, mereka sentiasa bersama untuk satu sama lain. Mereka menceritakan segala masalah bersama2. Alia tersenyum gembira. Alhamdulillah, Allah bahagiakan mereka. Ya dia turut merasa bahagia.....




Alia bangga dia masih mempunyai keluarga yang bahagia di sekelilingnya. Tidak bukan keluarga Alia tidak bahagia, tetapi mereka masing2 melakukan kerja masing2, Alia langsung tidak menyalahkan sesiapa sahaja. Tetapi Alia terluka, sangat tipulah jika dia tidak terluka. Kadang2 dia kecewa, dia seperti orang gigih belajar untuk bahagiakan keluarganya. Dia sanggup mengharungi cabaran menempuh degree, pergi ke sana sini, berkursus, mencuba sesuatu yang mampu memberikan dia sumber pendapatan kepada keluarganya, tetapi... alangkah kecewanya kerana usahanya diperkecil, dipermainkan dan tidak dihargai. Dia menangis lagi. dan lagi. Tetapi nak buat macam mana kan? Sebagai bakal motivator dia harus tabah mengharunginya....


Dia bersyukur kerana dia hidup bertemankan nenek dan juga makcik yang dianggap seperti angel buatnya. Kerana mereka adalah antara orang yang membuatkan Alia mempunyai cita2 yang tinggi untuk berjaya, mempunyai cita2 yang mampu membahagiakan ibu bapanya. Sekurang2nya mampu memberikan adik2nya pendidikan yang sempurna, tanpa perlu berhutang sebagai mana dirinya. Alia tidak dibenarkan berpeleseran sesuka hati ketika waktu mudanya, tidak terdedah kepada bahana lari rumah, bunuh diri walaupun kadang kala Alia merasa seperti melakukan perkara itu. Tetapi Alia yakin, paling tidak pun ALLAH sentiasa bersama di sekelilingnya....




Walau apapun Alia yakin ALLAH itu maha adil. Alia dipertemukan dengan 3 orang sahabat yang membuatkan beliau matang dalam menjalani kehidupan seharian. Dia tidak keseorangan rupanya. Mereka berdua masih ada disisinya, bergelak tawa bersamanya. Alhamdulillah. Sekurang2nya Alia tahu dia tidak bersendiri. Masih ada teman di sisinya. Alia hargai kehadiran mereka. Walaupun Alia selalu menyakiti hati mereka tetapi jauh di lubuk hati Alia sentiasa menyayangi dan mencintai mereka atas kasih sayang kepada ALLAH yang maha esa.


Alia teringat kata-kata salah seorang sahabat tersebut "Allah maha mengetahui Sebab tu u pertemukan I dan si dia. U akan dapat pandangan dari 2 sudut yang berbeza, lelaki & wanita untuk bantu you jadi seorang wanita yang jauh lebih matang and berjaya dari mereka. Jadikan kutukan mereka sebagai sumber semangat tuk u jadi lebih baik dr skrg...."


OH Alia tersedu lagi. Mulianya hati teman itu. Terima kasih ucapan Alia kepada sahabat yang telah dikenali selama hampir 4 tahun itu. Mereka cahaya pelindung bagi Alia. YEAH! Alia harus tabah! Harus semangat. Alia tahu, walau apa pun yang Alia ceritakan, Alia tetap bersalah dari segala hal.




Alia mengucapkan rasa bersyukur kepada ALLAH. ALLAH sentiasa disisinya, tidak kiralah susah mahupun senang. Alia sedar, dia harus tabah, pasti akan ada cabaran dan dugaan buatnya ketika dia sedang meningkat dewasa. Alia mahu menjadi versatile, Alia mahu cuba segala-galanya yang baik di muka bumi ini kerana baginya hidup hanya sekali. Jadi hidupkanlahnya! (Oh ayat tatabahasa!) Alia mahu capai cita-citanya, Alia sangat berharap akan restu kedua2 orang tuanya. :)

WALAWEI! Best tak novel cerpen pendek karya Zainatun Adilah ni? Bhahaha. Kalau best silalah baca yer! 

Nanti Alia, eh salah Eyla cerita hutang 2 post entry tu okay? :)




♥


The Fashion Diary Part 1: Crazy Bootsss! :D

9 Comments!
SALAM! :D

YEHOOO, ada masa upadate belog lagi. :)

Happy gila dapat jumpa ramai kawan baru, thrill gila dengan kelas yang superhavoc & Sporting.

Masing2 tak pernah nak jeles atau dengki kalau ade yang lagi hebat dr mereka. 
BAGUS ATTITUDE MACAM ni kan? :)

LOVE you all FANTASTIC 4. Thanks. 


Hihihi. Seronok juga semalam dapat tgk hantu mak limah balik kampung bersama sayang2 di Bukit Tinggi. ahuuuu, ada kisah yg menyedihkan d sebalik semua ini. Sorry baby cha and joy. Dapat tahu last minit bukan kat Bukit Raja tapi kat bukit tinggi! dangggg! Memang terkejar2 terbaikkkk! 


Lalu kisah sebenarnya nk cerita tentang kegilaan saya pada boots. :) Eceh konon2 semalam lepas kelas terus balik rumah gigih nak siap2 melaram lah sebab asalnya na pergi concert kat i-city lepas tu. Pastu efa ngan I pakai lah outfit yang comei2 belaka. :p Awwwww, then sampai sana harus dan wajib tangkap gambar macam ni:


Tiket Wayang! XD


Hihihi. Okay okay teruskan pada cerita. I dikejutkan dengan berita baby cha & Joy accident! OH GOD, sumpah tak focus masa tengok Mak Limah. :( Nak tgk lagi skali please? Tapi tapelah, lawak juga lah! :D Lepas tgk wayang tempat utama yang harus dituju adalah? TANDAS! YE PANDAI! :D Kat tandas kami buat gila2 kami macam ni:


Mirror Oh Mirror! :)

This Boots Are Made For Walking! :D


Tiba2 rasa macam artis lak jalan semalam semua orang pandang. Turun self-confidence sebab malu sangat. Hahaha. XD Poyo rasa nak lempang diri sendiri. 

:')



Harus tangkap gambar banyak2 macam ni kan pastu post kat Blog? Menyampah? So ada I kesah! Up to you lah oi! :D Yang penting I happy! Kan? :)


And then trus menuju ke hospital melawat kawan yang accident tadi. Oh baby, nasib baik u all tak apa2.. :')

Okay di saat menanti keadaan pesakit yang langgar mereka tu (oh kakak, maafkan kami tapi kakak yang salah) ktorang masih lagi sempat tangkap gambar. Adoi, gilaaaaaa. XD


Thanks X5! :D

 Juga Boss besar (tengah2 ok) bersama BodyGuardnya.

Ini sedikit rentetan kisah semalam. EH kejappppp ni ada lagi satu:

Mereka ini lah mangsa keadaan! XD

Kisah sebenarnya adalah kereta yang mereka pandu (Okay sounds like ada banyak pemandu dalam kete tu) dilanggar oleh motor apabila mereka mahu melintasi jalan. (kereta tu lah oi) lalu maka dengan itu kereta mereka dicium oleh motor pun. :p Nasib baik lah macik tu tade pape, luka sikit2 je. Adoi, lain kali jangan kiss2 kereta orang okeng! XD


Sumpah terasa macam lari dari topic. Okay okay back into track. I own 2 pairs of boots, setakat ni lah. One of them 5 inch, panjangnya lebih kurang macam ni:


*Hahaha, sumpah tak larat nak jalan lepas pakai kasut ni lama2*


I wore it when I have a big event to attend. I pernah pakai boots ni masa jadi host untuk Flop Poppy Live in Segamat last year.


Muka control macho.

Juga beberapa event yang memerlukan saya menjadi vogue & sexy seperti ini:

 Dinner PM MMS 2009

Dinner Business Society Part 6

hihihi, tapi pakai boots ni berpada2 lah yang oi. Kalau nak pakai 5 inch ni pergi shopping haram jadah kaki tak leh jalan selepas 5 jam anda memakainya. hahak. :p


Lalu saya ada satu lagi boots pendek kegilaan saya yang dibeli pada harga borong, durian runtuh:

Great Deal!

Hahak yang ni boleh digunakan untuk jalan2 ye kakak2. Sebab heels dia tak tinggi sangat! :)

Aww, boots chumel!


I gunakan boots ni untuk trip ke Cameron Highland bersama yang tersayang sekalian. :)


Dan Juga Ke Jusco Bukit Tinggi semalam. 

Gila Kamera. :p


Pakai tak banyak kali sebab kurang yakin dengan diri sendiri. Tapi lepas ni akan usaha untuk memakainya lagi dan lagi! :D

Berikut merupakan senarai wishlist kasut bootylicious yang I akan beli (kalau berduit) tahun hadapan:



THIS IS NICE!


Ouch picture courtesy of this blogshop The Shoes Collection


Damn damn, nak kasut baru lagiiiii! hahaha. okay takat ni je diari fesen daripada I. Sebarang kritikan, kejian, makian bolehlah dialamatkan ke link "Post a Comment" di bawah ini okay! Terima kasih kerana membaca!


P/S: Tahniah Hanis Zalikha. :)


Fashion Diary Series,
♥
xoxo

Tips & Usaha Untuk Berconvo! (Bagi Bakal2 Graduan)

5 Comments!
.SALAM MAAL HIJRAH semua!.

Ewah konon2 dah lama tak update, jadi tajuk ingatkan gempak lah kan? Tapi eleh pasal convo je? Yo yo lah Eyla.


Hahaha, tapi jangan tak tahu! I WAS BLUR pasal everything about convocation sebab? Sebab malas na baca buku panduan lah! hihihi. Taklah. Sebab takde guidance yang membolehkan saya menjadi pandai tentang convocation. Al-maklumlah anak pertama dalam keluarga yang berconvo. Walaupun diploma je, wa bangga wehhh! XD




Okay fine apabila anda sudah selesai menjalani sesi selama 6 semester tanpa ada carry paper lagi, anda dimestikan (bukan diwajibkan eh) untuk menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke berapa2 pun lah ikut batch anda. Harus diingati anda mesti 'Bersih' (tiada carry paper lah maksudnya) baru leh combo! (eh silap, convo!) 

Seterusnya, pada awal semester bermula (setelah anda dah habiskan part 6 diploma ke, degree ke) anda haruslah datang ke UiTM semula untuk melakukan process clearance. Apa itu clearance? Okay bukan pergi jumpa mcik cleaner untuk bersihkan bilik anda di hostel yang bersepah tu, tidak tidak tetapi anda harus berjumpa hulubalang2 besar UiTM untuk membersihkan nama anda di UiTM.

Bagaimana caranya? Oh gampang saja! :) 

1) Pergi ke pejabat Hal Ehwal Akademik (HEA) hah pada siapa yang tak pernah melawat gudang HEA, inilah peluang keemasan anda! :D
- Minta mereka borang untuk process clearance anda, 2 copy diperlukan okay, satu untuk simpanan HEA, manakala satu lagi untuk simpanan Bendahari. :)

2) Isi borang tersebut lah, adalah mintak macam biasa, Nama, IC, kad matrix (adoyaiii kena bgtahu juga ka?) lalu anda harus berjumpa mereka2 ini dan minta tandatangan serta chop mereka:

  •  Pejabat HEA
  • Ketua Program anda. :)
  • Ketua Asrama/kolej anda untuk process clearance dari ape2 saman kalau kain langsir hilang ke, dinding diconteng "I Love you" ke. Settlekan saman tersebut tahu!
  • Seterusnya, perjalanan diteruskan lagi ke LIBRARY UiTM! Hoyehhh kalau ada saman yang tertunggak tu, silalah jelaskan tau. 
  • And then anda harus ke pejabat Bendahari untuk process menge'check' samada anda ada yuran yang belum diselesaikan. 
  • OH lupa anda juga harus ke pejabat ko-kurikulum untuk ambil sijil ko (ala yang korang join kesat la, bomba lah ape kejadah) dan jumpa pegawai mereka untuk process pengecopan borang tersebut. 
P/s: Oh saman DIWAJIBKAN untuk disettelkan. Kalau tak nama anda akan disenarai merah di senarai pelajar2 convocation & transcript anda akan ditahan. (Takleh convo lah kiranya, adoyaiii) :p
 
(Bila orang berpengalaman bercakap, yelah kena bayar denda RM50 ouh lewat pulang buku T__T)
OKAY! Dah settle semua? Apa lagi submit lah borang itu semula ke Pejabat bendahari & Pejabat HEA tau! Kalau bawa kad matrix, kad matrix akan digunting sedikit kat bahagian bawah tu, oh no! :(


LALU, setelah itu, maka bersihlah nama anda di dalam UiTM dan anda berpeluang memenangi tiket ke Majlis istiadat konvokesyen UiTM! Eh, spa kata dah settle abis? Blom lagi ar! :D

Okay anda kena login ke laman web ini http://konvokesyen.uitm.edu.my/ untuk process confirmkan maklumat anda tahu? Sila check nama anda, semua butir dir lah senang cite kat situ. Pergi kat link Pengesahan kehadiran/semakan denda/cetak borang jubah

Okay ikut je instruction kat situ! And then tunggu lah waktu untuk bank in yuran konvokesyen di mana anda akan dapat Beg, jubah, buku, transcript, scroll & etc.
 
Oh bayaran boleh dibuat di kaunter Bank Islam atau guna ATM. Tapi I guna kaunter dan dapatkan resit serta SIMPAN elok2 tahu:


Horaayyy horaaay! Dah settle bayaran? Tunggu jelah waktu keemasan anda! :) UiTM ada banyak sidang untuk convocation tahu. Bergantung pada fakulti & program, jadi masa anda diberitahu di web tersebut lah, sidang ke berapa, pukul berapa & juga anda giliran yg ke berapa. :)

Macam ni:


Oh anda juga di wajibkan melalui process untuk pengesahan graduan di KPT punya website di sini.http://graduat.mohe.gov.my/kpgv5/pengesanan_c.jsp


Lalu dah settle anda harus print slip ini:



Ewahhh, SELAMAT MAJU JAYA bagai! :') 

Masa pengambilan jubah juga disertakan sama, so tayah lah nak risau. :)


Seterusnya, disingkatkan cerita, pada hari bersejarah anda, datang awal ke Hal Ehwal Pelajar di menara SAAS (pelajar UiTM tak tahu, I sekeh kpala sorang2) dan berehat2 di situ sementara menungguh giliran anda dipanggil. Dah tu ape lagi? Tangkap gambar lah dengan jubah anda tu! 

Hihhihi, Mata lebam bam! :)




Susah & senang saya, Efa. :')

Okay babeh aktiviti ini dilakukan apabila anda mempunyai masa lapang lagi (sementara menunggu mereka panggil untuk beratur lah, dah lah nama huruf Z no 862, Terima kasih mak abah! :p)

 Dengan bob, Class Rep bertauliah di dunia.

Dengan Hafiz & bob. Pstt, Hafiz tu ANC beb~


Lalu apabila anda dah pakai lawa2, jubah dan topi dan minta tolong kawan baik anda betulkan, anda akan dipanggil oleh pegawai HEP untuk beratur ikut nombor giliran!! Hip hip horaaay, nebes gila time nih! XD

Tunggu punya tunggu, beratur & beratur tibalah masa anda memasuki dewan dengan beratur yang panjanggggg gila! Wahhh jalan pakai 5 inch heels, gila jauhhh nak jalan! :')  

Ewah masa jalan2 kat red carpet nak masuk Dewan Sri Budiman tu, adelah kamera ape lagi i dan orang depan i punya lah lambai kan. Masuk screen besar oi, sume tgk! Femes sekejap cik kiah! :p

 Orang depan, ambuih cik kiah masuk TB! :p

Lalu masa beratur tunggu nak masuk dewan, mereka akan berikan anda kad ini sebagai tanda anda bakal graduan UiTM yang akan melangkah ke dewan yg penuh prestij itu. (wah ayat nak kaw2 punya!)

Ye ayah saya munya nama pun start huruf Z. T__T

Hehheee, lalu berjalan cat walking lah anda memasuki dewan Sri Budiman. Gila kot, semua teratur gilaaaaaa! BAGUS thumbs up semua urusetia. Pastu tunggu punya tunggu pasang video macam2 lah, ayah dan ibu lah, pasal Raja negara Malaysia lah sementara nak tunggu VVVVVVIP masuk! Adeh! 


Pastu nak tahu apa yang terjadi??? ANDA ALAMILAH SENDIRI! XD 
Pengalaman yang menerujakan! hahahaha. Sumpah tak tipu. Menangis, gelak, senyum tawa semua bergabung menjadi satu! Awuuuu! :)
Dah selesai, penuhi aktiviti anda dengan gambar bergambar kan? WAJIB tau!! :D

These picture, no caption, Untuk tatapan halwa mata. :) 







Cehhh, enough di UiTM kita makan2 pula! Lapar kotttt! Kalau nak bolehlah ke kedai auntie saya di Sek 7, Wang solo namanya. :)






Makan Nasi AYAM PENYET! Terbaik! Lapar lah pulak. :(





Saya bawa segerombolan askar2 melayu untuk support saya! Terima kasih anda semua. Sayang ketat! :')





Wah tiba2 terserempak dengan saudara mara. (Perkara biasa kan?) ;p

Lalu kalau korang rajin, ajak lah semua saudara mara ke mana? ke Outdoor shooting! saya ada juru kamera yang dijemput khas dari planet ultra ungu, ArifZahran, Muaz & Fauzi~ :)






Oh mereka kesayangan saya dunia akhirat! :)))



Seterusnya, dah abis convo sume ape lagi kan kan? SHOOTING STUDIO LAH kan! :D



Kali ni studio buatan, kat rumah je beb! Ini lah hasil kerja keras mereka semua:










 Adoyai, ramai pula yg convo semalam. :p



Hahahaha, rasa macam nak upload semua! :D tapi ni je yang termampu. Hihihi. Kalau larat, ada sedara mara datang hari kedua lepas convo dan anda masih lagi memegang jubah convo, ape lagi, tangkap lah lagi! :p






Hahahaha, dah settle! hari kedua anda haruslah hantar jubah dan topi untuk tuntut scroll tau! :) Jadi ketika otw ke UiTM walaupun cuti Maal Hijrah.

Harus bergambar tahu! XD

Dah sampai? Bagi je jubah & topi tu, sign pape yang patot, anda akan dapat benda ini:



Yeay maka anda sekarang adalah GRADUAN Universiti Teknologi MARA! 


Wah tahniahhhhhhh!

Jangan lupa peluk cium mak ayah, jumpa kawan2 semua ucap congrats, juga JANGAN lupa lecturer2 anda tahu! Ucapkan terima kasih pada mereka!

Okay dah penat dah malam nak tido!:)

Entry ini dibuat bagi mereka yang pending & blur untuk mengikuti konvokesyen anda. Gambar yang ada, sekadar tatapan sahaja. :')



Sayang semua,
♥