Ads

Menumpang Kasih~

. Assalammualaikum.


Meet Alia. The Girl's next door. She have everything, beautiful bigggg family that she always adore, a nice & lovely bf, a great supporter of friends, the gorgeous classmate ever, wonderful dresses & Shoes, everything almost perfect.

She never complained! Ever... Until... She never expected that being 21 and 22 years old soon to be is more challenging than ever! Hahaha. She took her own way, she change. She wanted to try and learn something new. She never wanted to be the same as she was while teenagers. SHE WANTS TO GROW UP! Tapi rupanya, ramai yang tidak senang dengan perubahan dia. Dia keseorangan rupanya....




Alia sentiasa ingat dia dapat sokongan daripada pihak yang sepatotnya, tetapi rupanya tidak. Dia macam makin disishkan, dipinggirkan hanya kerana menjadi "Luar biasa" daripada yang lain. (Over confident pun susah sangat kan?) Entah mana silapnya, hanya kerana mulut diri binasa kan? Dia tidak mempunyai kakak, mahupun abang yang mampu mendorong dia ke arah yang sepatotnya, jika salah boleh betulkan. Jadi dia hanya terkapai2, berjalan ke arah yang dirasakan betul olehnya. Bukan culture shock! Tidak! Alia cuma ingin mencuba sesuatu yang baru. 


Tetapi Alia yakin dia tidak salah. Oleh itu Alia cuba menumpang kasih sayang saudara maranya. Yeah dia bahagia melihat gelak tawa mereka ketika bersarapan satu keluarga. Mereka penuh kegembiraan, mereka sentiasa bersama untuk satu sama lain. Mereka menceritakan segala masalah bersama2. Alia tersenyum gembira. Alhamdulillah, Allah bahagiakan mereka. Ya dia turut merasa bahagia.....




Alia bangga dia masih mempunyai keluarga yang bahagia di sekelilingnya. Tidak bukan keluarga Alia tidak bahagia, tetapi mereka masing2 melakukan kerja masing2, Alia langsung tidak menyalahkan sesiapa sahaja. Tetapi Alia terluka, sangat tipulah jika dia tidak terluka. Kadang2 dia kecewa, dia seperti orang gigih belajar untuk bahagiakan keluarganya. Dia sanggup mengharungi cabaran menempuh degree, pergi ke sana sini, berkursus, mencuba sesuatu yang mampu memberikan dia sumber pendapatan kepada keluarganya, tetapi... alangkah kecewanya kerana usahanya diperkecil, dipermainkan dan tidak dihargai. Dia menangis lagi. dan lagi. Tetapi nak buat macam mana kan? Sebagai bakal motivator dia harus tabah mengharunginya....


Dia bersyukur kerana dia hidup bertemankan nenek dan juga makcik yang dianggap seperti angel buatnya. Kerana mereka adalah antara orang yang membuatkan Alia mempunyai cita2 yang tinggi untuk berjaya, mempunyai cita2 yang mampu membahagiakan ibu bapanya. Sekurang2nya mampu memberikan adik2nya pendidikan yang sempurna, tanpa perlu berhutang sebagai mana dirinya. Alia tidak dibenarkan berpeleseran sesuka hati ketika waktu mudanya, tidak terdedah kepada bahana lari rumah, bunuh diri walaupun kadang kala Alia merasa seperti melakukan perkara itu. Tetapi Alia yakin, paling tidak pun ALLAH sentiasa bersama di sekelilingnya....




Walau apapun Alia yakin ALLAH itu maha adil. Alia dipertemukan dengan 3 orang sahabat yang membuatkan beliau matang dalam menjalani kehidupan seharian. Dia tidak keseorangan rupanya. Mereka berdua masih ada disisinya, bergelak tawa bersamanya. Alhamdulillah. Sekurang2nya Alia tahu dia tidak bersendiri. Masih ada teman di sisinya. Alia hargai kehadiran mereka. Walaupun Alia selalu menyakiti hati mereka tetapi jauh di lubuk hati Alia sentiasa menyayangi dan mencintai mereka atas kasih sayang kepada ALLAH yang maha esa.


Alia teringat kata-kata salah seorang sahabat tersebut "Allah maha mengetahui Sebab tu u pertemukan I dan si dia. U akan dapat pandangan dari 2 sudut yang berbeza, lelaki & wanita untuk bantu you jadi seorang wanita yang jauh lebih matang and berjaya dari mereka. Jadikan kutukan mereka sebagai sumber semangat tuk u jadi lebih baik dr skrg...."


OH Alia tersedu lagi. Mulianya hati teman itu. Terima kasih ucapan Alia kepada sahabat yang telah dikenali selama hampir 4 tahun itu. Mereka cahaya pelindung bagi Alia. YEAH! Alia harus tabah! Harus semangat. Alia tahu, walau apa pun yang Alia ceritakan, Alia tetap bersalah dari segala hal.




Alia mengucapkan rasa bersyukur kepada ALLAH. ALLAH sentiasa disisinya, tidak kiralah susah mahupun senang. Alia sedar, dia harus tabah, pasti akan ada cabaran dan dugaan buatnya ketika dia sedang meningkat dewasa. Alia mahu menjadi versatile, Alia mahu cuba segala-galanya yang baik di muka bumi ini kerana baginya hidup hanya sekali. Jadi hidupkanlahnya! (Oh ayat tatabahasa!) Alia mahu capai cita-citanya, Alia sangat berharap akan restu kedua2 orang tuanya. :)

WALAWEI! Best tak novel cerpen pendek karya Zainatun Adilah ni? Bhahaha. Kalau best silalah baca yer! 

Nanti Alia, eh salah Eyla cerita hutang 2 post entry tu okay? :)






1 Comments!:

Kaspersky Seller said...

Salam eyla. tumpang lalu ye. jom shopping2 kt blog saye. jgn lupe promote kt member2 ye.tq :)

Cheap Kaspersky Online Store - Click Here!

-plz forward- :)
http://cheaper-kaspersky.blogspot.com/