Ads

Showing posts with label allah maha adil. Show all posts
Showing posts with label allah maha adil. Show all posts

MH370: World's Biggest Aviation Mystery.

0 Comments!


No words to say. I am speechless. 



Dan takziah kepada keluarga, sanak saudara, rakan taulan mangsa penumpang dan anak kapal MH370. Terima pemergian mereka dgn redha, Allah lebih sayangkan mereka... 





InshaAllah, yakin dan percayalah dengan janji Allah. Pasti ada hikmah menanti...


♥

Zaina Zain



Isu Bomoh dan Penghinaan terhadap Malaysia.

0 Comments!

Assalammualaikum,


Masa aku menaip ni Alhamdulillah hujan turun dengan lebatnya di luar. Sungai Buloh dibasahi hujan tanda rahmat yang tidak terhingga daripada Allah SWT. Isu MH370 masih belum selesai, misteri di sana sini dan banyak spekulasi yang menjengkelkan, menyakitkan hati, tidak tahu kesahihannya merantai Rakyat Malaysia dan harini aku terdetik nak menulis isu bomoh MH370 yang sedang glemer bukan sahaja di Malaysia tapi seluruh dunia. Sehinggakan KJ pun terkesan dan menerima tempias ugutan Raja Bomoh yang ingin menampar menteri Malaysia itu. What made him so popular around the globe?


"Raja Bomoh" MH370


Taknak letak banyak2. Cukuplah aib buat bomoh ini. Dia pun manusia ciptaan Allah juga, but Its all over the youtube and mainstream media now. Boleh google sendiri...


Dunno whether to laugh or sad. :)(


Enough story of him and his "cleverness". Sebenarnya nak cerita kalau dia cukup kelakar anda yang buat parody pun sama2 kelakar tahap cipan sbb sokong ke"pandai"an dia. Sudahlah dia kena gelak satu dunia termasuk orang Arab yang menganggap dia syirik, tapi anda yang berparody juga turut sama boleh dikategorikan sebagai "pengikut" dia konon nak buat kelakar satu dunia. Yang bestnya rakyat Malaysia pun turut serta sama join negara-negara dunia yang lain menghina dan mengkritik Malaysia. Malu dak aih? 


Kelakar la ni? Hm okay laaaa..... 


Dan kisahnya ada kakak2 nurse yang ligat berparody Bomoh menggunakan kelengkapan hospital kena gantung kerja? Lain kali jgn berparody pakai pakaian seragam kak. Org pandang mulia kerja awk, tp awk buat gelak satu Malaysia dgn "kerja" awk tu.



Hmmm sebab tu Ultraman kena banned agaknya?


Ya ampun! Yang jelasnya sampai mat saleh yg melihat berita MH370 melalui hashtag #prayforMH370 #MH370 korang pun duk tambah aib dan pekung negara sendiri dgn kelahiran "bomoh parody" rakyat Malaysia. 


Hi seronok nampak?


Sabda Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam yang bermaksud:


“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Kita sepatutnya menutup aib sesama Muslim dan berhenti daripada menyebut-nyebut serta menyiarkannya, sebagaimana firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nûr:19)

Sabda Rasulullah Sallallhu ’alaihi wasallam lagi yang bermaksud:

“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

"Tiada seorang yang menutupi aurat( keaiban) orang di dunia, melainkan Allah akan menutupi keaibannya di hari kiamat." (Hadis riwayat Muslim)

Tidaklah seseorang itu banyak bercakap akan aib orang lain, menyebutkan kesalahan dan mendedahkan aib mereka melainkan orang itu orang munafiq yang terhina. 



Hah ini kesan parody wahai rakyat Malaysia sekalian. Cukuplah dimalukan oleh negara lain, jangan tambah aib, hina dan caci kesalahan rakyat Malaysia lagi. Kita sebagai rakyat Malaysia sendiri buka aib negara kita sendiri Malaysia satu persatu Allah buka lagi aib Malaysia dengan kejadian 6 orang disahkan meninggal dunia ketika berparti di "Future Music Festival Asia" kerana pengaruh dadah. Sekali lagi Malaysia dihina, dikeji di mata dunia. Allah buka lagi satu aib Malaysia. Negara Islam tetapi menghalalkan konsert yang Nauzubillah hanya Allah yang tahu situasinya. Bukan ceramah tapi cukuplah Malaysia dikritik, Allah timpa bala, ujian kerana mahu manusia sedar masa dah tak lama dah.


Saya sama sekali TIDAK menyokong tindakan Raja Bomoh menggunakan usahanya yang pelik itu untuk mencari MH370 tetapi bukankah lebih baik kita menggunakan pertolongan ALLAH SWT dalam mencari jawapan tentang ilmu yang tentu sekali tidak tercapai oleh akal fikiran kita? Alhamdulillah solat hajat dilakukan di KLIA. Salah satu usaha murni bagi membuka jawapan rahsia Allah tentang kehilangan MH370. 



     Alhamdulillah semoga Allah melihat usaha kita dan memperkenankan doa kita....


Akhir kata tolonglah rakyat Malaysia sudah2lah dengan parody Bomoh yang awalnya kelakar tapi lama2 semakin meluat. Cukup-cukuplah Malaysia dihina di mata dunia, jangan tambah aib negara sendiri lagi. Kalau malu duduk negara Malaysia, hah gi migrate negara lain. Senang kan? This post is just my 2 cents. Takde niat nak sakitkan hati mana-mana pihak. Maafkan sy jika tersalah atau terkasar bahasa. Malaysia sangat parah, semakin parah dek kerana anda yang konon nak jadi Zizan pelawak negara. Ya saya mahu Malaysia terkenal tetapi bukan dengan cara ini......


Dislike the caption. I am still proud to be Malaysian! :)


And wherever you are, whatever you do, terus mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal MH370 semoga mereka ditemui kelak! Jangan putus harapan, InAllaha Ma'anna. 


♥

Zaina Zain


Salam Ramadhan.

1 Comments!


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!


A lot happen recently. Kadang kala manis, kadang kala duka, tetibe ketawa, tetibe menangis, tetibe gelak sakan pula... Hehehe. Tapi tu pahit manis yg terpaksa ku tempuh. Jadi layankan aje...


Ya mmg sy dah lama x blogging, alasan paling mudah: Sibuk. Huhuhu


Tapi pasni janji taknak sibuk2 sampai xde masa nak blogging. Ada banyak benda nak share ni. Antaranya ialah my instagram.


My official Instagram is:


Dekat sini I share like everything. My picture, my thoughts, my feelings, my current mood and my activity. Tahniah to Instagram sbb dah ade instavideo. Dapatlah share sore + muka x sememeh kejap selama 15 saat. -__-

Pssttt: Follow la kalau sudi. Sy di sana like 24 jam? Hewhew


Anyway utk digelar hipster yg mengikuti arus kemodenan sy juga ada account keek (ala video pendek2 yg famouskan Mawar Rashid tu ahemmmm):





BUT....................

I always miss blogging :(


So sepanjang ramadhan I would love to share my thoughts, my daily routine by kembali berblog... To be honest I can share everything here compared to any other places. Mcm twitter dia jahat xleh tulis bebyk kena 140 Character (syg tak sesuai dgn i olls yg byk cakap ni), mcm instagram ade gambar je (kalau tulis caption bebyk org malas baca, yeah I know sbb i pon buat benda yg sama kiki), Keek pula boleh buat video 35 saat je (kejam sangat nak bebel panjang2 mcm mak2 dia x bg), mcm youtube pula malas nak edit video (letih i olls edit video). So option lain yg tinggal hanyalah blogging. :(


Anyway Salam Ramadhan pada semua. Rajin2 lah klik iklan yg ada kat atas, bawah, kanan, kiri mata u alls utk bg sy duit raya lebih sikit tahun ni. Okies? Deal!

Nah baca doa ramadan sebelum tidur:



Baca sebulan punya terus. Settle! K lah BYE!

♥

Kak Ton Comel!





Audition On Air

7 Comments!

Assalammualaikum

Entry lapuk tapi nak cite gak. Aritu gi audition On Air. Hari sabtu dah pergi, gigih kan? Sampai pukul 9 pagi sbb pendaftaran dibuka pada jam 9. 



 *CEYCEY sempat tangkap gambar lagi*


*Datang ngan PA, heheh mummy*



You know what happened when i reached there? Tada!!


"Maaf dik BORANG HABIS! Kita photostat dalam 250 sahaja...."
LIKE WHATTHEHELL?



Hahahaha.... Tapi disebabkan xnak mengalah, kita tunggu juga sampai pukul 12. Last2 takde. Host dia datang pastu minta kami semua jerit, ON AIR konon2 dia nak record. Ktorg buat, lepas tu kakak tu datang semula and repeat benda yg sama....



"BORANG DAH HABIS DIK"


Okay lain kali jangan cakap "Datanglah beramai2 ye?" Cakap je kat banner "Terhad kepada 250 sahaja" GET IT?


*Muka kecewa kena gelak sama Nur Hazwani*


Last2 bosan kami balik, sempat melencong ke Mines Wonderland. Aiceh first time naik ferri, eh salah bot utk masuk ke mall tu... hehehe


*Gi the mines dgn mummy and gegurl nih*




*Sempat photoshoot lagi....*


Lepas tu biasalah perempuan bila dah keluar beramai2, gossip dan shopping lah cite dia kan? Hehehe...


*sempat makan ni, perghh terbaik!*


Lepas tu, balik lah rumah menanti utk hari esok.....


Hari berikutnya dimulai dengan bangun seawal jam 5.30 pagi! Gigih tak gigih kan? Lepas tu gigih drive babymon ke Astro... hehehe sebaik x sesat jalan!


Sampai2 kami diberi nombor. Agak pelik jgk lah.... i dapat no 59. So mcm dah lega, phewww sebaik dah dpt nombor. So xyah risau lah...


Last2 tahu tak ape yg berlaku? Sesuatu yg tak diingini berlaku. Rupanya mamat yg dok bg2 nombor tu bkn pekerja ASTRO! T___T Kesian dia, last2 semua kerja dia sia2 dan dia dihalau tak boleh pergi audition. Kesian dorg kan?


*Ni lah org2 yg dah datang seawal 6 pagi. T__T*



Tapi mmg tak patot lah kan dia halau? Sebenarnya malas tau nak buat entry On Air ni sbb ada kisah di sebalik semua ni.... Drama je semua tu, kalau korang percaya korang mmg AWESOME! Tapi just nak share kat korang so...



*Ya inilah saya. Nomel kan kan?*


Tunggu punya tunggu, dapat nombor beratur semua around 11 baru dapat 1784 ni... hehehe. Ceh lega ahhh, ingat dapat balik awal la around 5 kan... Sekali jeng2...



AKU KEJI MENGEJI DGN SORG MAMAT NI. SUMPAH BEST! hahaha XD


ktorg buat show sendiri nama dia, Keji 2.0


"Team Keji diwakili 3 divarse dgn single bertajuk Beribu Kejian"



Aku melayan je si mamat ni.... hahaha


*Geng2 masscomm yang gi audition aritu. Dorg Juniorku...*


TAHU TAK PUKUL BAPE AKU BARU MASUK BILIK AUDITION?


11PM... YES 11PM!!!


Yeah! I'm happy! hahahaha


Malas nak cite ape dia yg berlaku masa masuk tu.... Jeng jeng biarlah rahsia.


Nak tahu kisah knp aku cakap ni semua drama? Tak nak cerita kat sini, taknak aibkan siapa2... Biarlah rahsia... Nak tahu jugak jumpa aku facetoface.


Yang penting lepas habis audition pukul 12am kena halau dgn pekerja astro suruh kosongkan ruangan menunggu dan diminta tunggu di luar pagar.... Sabar jelah haiiii! Kejam kan? Tu je nak cite!


Pada judges tu, komen jangan nak palat sangat. Jaga sensitiviti sikit boleh? Kbai!



Nak dgr lagu best tak? Click sini:


Sumpah nangis! T___T



PSSST: FOLLOW ITEW KAT TWITTER ITEW:


♥
TheAwesomeEyla


Kenapa perempuan mudah menangis?

0 Comments!

Assalammualaikum...

Yuhhhuu... Anybody home? :)
(Prektis nak g audition "On Air") kikiki....


Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”

Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”

“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama."

"Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur."

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar."

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa."

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah."

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya."

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?"

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi."

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”


Jeng jeng! mesti kaum hawa tengah menangis sekarang kan? Kaum adam, be aware... Kami kuat menangis bkn kerana suka suka, tapi.... inilah sebabnya...


P/S: Kalau perempuan menangis, pujuklah mereka walaupun sebesar mana salah mereka terhadap anda.... Moga tiada yg menyesal di kemudian hari... ;)


PSSST: FOLLOW ITEW KAT TWITTER ITEW:


♥
TheAwesomeEyla




I'm Back. Sorry for the Hiatus! :D

2 Comments!

ASSALAMMUALAIKUM & HELLO EVERYONE!!


I'm back and this time I promised more action, thrilled, happiness and joy! 


So stick with me okay sayang?




WITH ♥,

Zainatun Adilah :)

Tak guna punya MANUSIA! Mana Perikemanusiaan weh????

7 Comments!

Assalammualaikum


Sebelum tidur, saya dikejutkan dengan berita sedih ini..... 


Sila lihat video ini:



:"(


Watch how a poor Chinese child gets run over and then run over again by two separate vehicles and people do nothing to help her. Unbelievable behavior.

Footage is taken from a surveillance camera presented on local TV shows Yue Yue was walking in a hardware market in Foshan, Guangdong province, on Thursday, about 100 meters away from her home, when she was run over by a van at 5:26 pm.

The girl was then run over by a light-duty truck. The riders of four electric bicycles, a tricycle and three passers-by all chose to ignore her and no one at a shop close to the scene came to her aid.

Seven minutes after she was first hit by the van, a 57-year-old rag collector noticed the girl and moved her to the curb. The woman then tried talking to the shopkeeper but received no response. When she ran from shop to shop for the identity of the girl, the rag collector was told by a number of shopkeepers to mind her own business.


She then walked into the street and a few seconds later, the girl's mother appears and rushes away with the girl.

The girl received emergency surgery in Foshan before being transferred to the General Hospital of the Guangzhou Military Command of the People's Liberation Army in Guangzhou on the same day.

The incident is the latest example of passers-by acting indifferently to victims injured in crimes. In this case, some blamed the parents for letting the girl walk on the street alone. More criticized the phenomenon of people passing by without helping, caused at least in part by previous extortion attempts from the injured and their families who have sometimes tried to blame the person helping.


-------------- 16 / 10 / 2011 News Update --------------

Chinese authorities have supposedly have caught the first driver (the second is no worse in my opinion). "If she is dead, I may pay only about 20,000 yuan ($3,125). But if she is injured, it may cost me hundreds of thousands yuan," said the driver over the phone to the media, before he gave himself up to the police.

The girl has been pronounced "brain dead" by doctors and remains on life support in intensive care.

"She couldn't breathe on her own," said Wen Qiang, deputy director of the ICU department.

The most optimistic estimate is that the girl will remain in a vegetative state on life support.



-------------- 17 / 10 / 2011 News Update --------------

Police have detained both drivers.


-------------- 17 / 10 / 2011 News Update --------------

Unconfirmed reports that the toddler died on 16 / 10 / 2011:
"...doctors said the girl died yesterday from severe brain injuries she had suffered in the accident."

http://www.shanghaidaily.org/article/?id=484913&type=National

#RIPYueYue


MotherrrrrF! Kalau aku jumpa siapa yang buat ni memang aku kasi tibai sorang2! Takde perikemanusian weh! :'(



Kenapalah ada manusia yg hidup mcm ni? 

Join the cause, be humanity.


♥
Zainatun Adilah




I'm Back! MASiF 2011 outdated recap. Jumpa ramai retis backstage. TERUJA!

6 Comments!

Assalammualaikum...

I'm back sorry sangat sangat dah lama tak update blog. Yeah I know its almost been like 2 months? OMG Kill and spank me. (lempang laju2) minta maaf sy busy "keeping up with the k-D" wah sumpah glemer! Well takyah nak sarcastic sgt lah kan meh proceed dgn tajuk utama kita harini....


MASiF 2011.
Well I have to give my big hands, (oh jangan ambil terus, sila pulangkan semual T____T) kepada crew2 MASiF 2011 for their outstanding events and awesome crew yang banyak tolong2 sesama kita. Well dari sini I personally belajar ye cara berkomunikasi, how to handle big events kat KLCC nyah letih pulak kan, dan how to act when you meet artist/celebrity backstage. Kau kelazzz, kau hado? hehehe

Antara artis yang dah ku jumpa backstage ialah Aizat (Awan nano, nano tu bukan gula2 nano ye adik2 T___T) juga stacy yang jahat (weh tajuk lagu je gitu stacy tak jahat uolls) Kak Diba, Misha Omar, Rnady (Randy la!) Pangalila (Ala pelakon CInta Melody tu) Well enough said dan banyak lagi indie bands pun ada uolls. 


I was appointed to be an outdoor emcee lah kan, well terkejut tapi rezeki ALLAH beri kita ambil jelah dgn hati terbuka ye dak? Hehehe. Yang penting Bahasa English kau belit2 lidah kau nyah padan muka. Ni gambar sekitar Majlis...


 Indoor Stage

 Outdoor Stage

 Outdoor emcee (ekhem!)



With my sayang Efa! :D



 Classmates
Band jagaan saya.


Day 2:



Day 3:




 Bajet Y___

Yeay abg Randy sayang!!! <3

Lan lan lan!

*Gambar Ihsan MASiF Facebook*


Ceh tetiba. :p Yang kelakar jumpalah atilia, stacy, Misha Omar, Aizat kau tak tangkap gambar dgn dorang yeh Eyla? TERUK! (okay sebenarnya sibuk sgt2 tak sempat nak bergambar di blakang tabir T___T Sumpah sedih nyah!) Aku terkejar ke sana sini ke sana sini tau letih faham?


Tapi best! Berbaloi2, such a wonderful experience!! Hehehe. Tapi memang tak lari lah ada ditanyakan org script ini:

"Muka akak ni macam Y*** lah"

Artis2 pun berkata:

Ingat Y*** tadi, terkejut aku kalau dia ada!"


Ah sudah!! MALAS NAK LAYAN! -____-'


Menangis berepisode...


Sejak tu aku jumpa lebih ramai artis... Nak tahu siapa?


Miahahahahaha, NANTIKAN, Zassssssss!


P/S: 2 Jobs for tomorrow and Sunday 
(Tomorrow ada job emcee Fatin Suhana Fashion Show!) 
Jemput lah datang beramai2 ye kalau nak jumpa si cantik manis tu LIVE!


♥

Eh dah 2009 Followers? Alhamdulillah!! :)

Bila Ally Iskandar & Afdlin Shauki pun mengaku.....

18 Comments!

Assalammualaikum. :)


Semalam saya ditugaskan untuk menemani crew Ohbulan.com yang sudah semestinya Malaysia leading Entertainment Online News. Jadi sebelum smlm saya teman mereka untuk Majlis berbuka bersama Tune Group. Jadi adalah CEO Tune Talk, quite famous Malaysian Singer suatu ketika dahulu, J.LO. Hamai sumpah dia sangat cool dan peramah gila. Jadi kami bertukar2 number lah ape lagi kan kan? hihihi. Sempat bergambar. Dia mcm terkejut sikit sbb i nak tangkap gambar dgn dia. Maaflah saya ni tak keruan bila jumpa retis. Tapi kena cover2 sikit since al-maklumlah kita ni wakil media. So lepas ni jumpa dia dah xde2 nak tangkap gambar lagi. Maka rebutlah peluang yg ada! :p



  Lol. XD


Gmbar ini telah menimbulkan kejelesan yang teramat dalam kalangan Classmates. Mereka memaksa saya membawa mereka ke konsert Foo Fighters yang bakal dibawa masuk oleh Tune Talk seperti Justin Bieber, Paramore sebelum ini. Okay baik nak ikottttttttttttttttttt!!! :p Makanya back to the stories!! Semalam saya ke rakaman Mentor 5 Raya. Antara para retis yang hadir ialah of coure mentor and protege Mentor 5 tak berapa nak recall sangat seperti of course Erra Fazira dan Salma, Kak Ani dan Shiha, Ika, Noh Hujan, Ajai, Afdlin Shauki dan sudah tentu emceenya yang kacak juga turut serta bersama Ally Iskandar. (pssst, dia dah single sekarang)


I was seated in front with Ohbulan Media crew. First nampak abg Ally kat backstage masa dia nak tuka baju. Masa tu dia senyum2 hemo hemo je! hehehe. Lepas tu dah masuk semua dah lah barisan depan, sat g abg Ally lalu dan bercakap di microphonenya....


"La ingatkan Y*** tadi!" 


I pon macam..... Errrr, hahahaha. Gelak je. dan tergamam. Itu je yang termampu. Hahaha. Walaupun sebelum masuk ke dalam studio semua orang pandang muka pelik dan masing2 berbisik sesama sendiri mengatakan dialog seperti ini:


"Weh Y*** la, Y***!"


Dan daku dengan muka keayuan pun berjalan macam konon2 diva padahal muka dah merah padam. Haish haish. Kisah ini belum berakhir ya.... kami kemudian menonton rakaman Mentor Raya dan melihat Erra Fazira rapping, Afdlin Shauki jadi orang tak siuman, Black terlupa lirik... Opsss terlebih sudahhh! :P




Kemudian di kerusi depan tu mulalah Editor OhBulan En.H menuturkan bicara dengan reporter di sebelahnya. Reporter daripada Utusan itu menyapa dan daku menyapa dia semula. Tetapi alangkah terkejutnya ketikaku disapa beliau berkata:


"Saya mati2 ingat Y*** tadi, baru nak interview!" 


In this situation should i:
PICK ONE:

Y(^___*)Y


or 


(-___-)"


Hahahhaa. Apa yang termampu? Mesti korang berharap saya boleh dengan sepantas kilat daku meminjam gitar Noh Salleh dan menyanyikan lagu "OH BULAN" tetapi malangnya saya hanya mampu tersenyum dan berkata "OH BUKAN" Harap maklum. 


Tidak tidakkkkk! Kisah ini tidak berakhir di situ sahaja. Setelah itu saya di ajak oleh En.H untuk lepak di luar bersama reporter media yang lain. Semuanya memandang dan berbisik sesama sendiri. Daku berkata di dalam hati 'Ni mesti cakap muka aku macam Y*** lah ni! Haippppp.... Lalu duduk semeja bersama reporter2 lain dan juga PR manager yang lain2 juga.


Kisah di sini terpaksa dirahsiakan.....


Kemudian daku mengajak journalist OhBulan! untuk tangkap gambar bersama... 



Si abam macho single ini. hehehe. Senyuman kami sama kan kan?


Dan sempat juga daku menangkap gambar Noh Hujan diinterview oleh wartawan tentang kisah nya dengan MizzNina setelah berkahwin:





Hahaha, sumpah bro Noh ni kelakar gila. XD


Then bila dah nak balik kan kan, hahaha, terserempak sama Abam Afdlin. Ape lagi laju2 wa halang nak tangkap gambar tapi dia berkata:


"Jap ye bagi saya pergi toilet dulu...."
(Sambil jalan laju2)


Hahahha, sumpah lawak dia. :p


Lepas tu dapatlah sekeping dua gambar bersama beliau:



He's awesome lah! Tak sombong langsung.


Lalu kami masuk lift bersama2. Mulalah kisah ini.... Di dalam lift yang hening, Abg Afdlin menekan butang B1 dan B2 dan kemudian lift menyusur laju kebawah. Di dalamnya adalah saya, En.H, journalist, Afdlin Shauki bersama crewnya.... Maka tercetuslah dialog ini:


"Macam Y*** lah kau ni, biasa tak dengar orang kata macam tu?"


Dalam hati: Cis kena lagi. Abg Afdlin pun sama? Adudududu.


Taknak suasana jadi kelam daku pun menjawab:


Sambil tersenyum: "Ahhh, hari-hari kot" hehehe. 
(Senyum malu2 nak kena lempang)


Abg Afdlin: "Hah kan aku dah kata dah"

Eyla: "Knp abg Afdlin nak ajak saya berlakon sama ke?"


Satu lift gelak galak. Woah laju kau ambil kesempatan ye Eyton eh Eyla? 


Hahaha. Sudahnya dia keluar lift sambil lambai lambai siap bagi flying kiss lagi! Kau hado? <--- Ini adalah rekaan dan khayalan penulis semata-mata ye.


Okay enough gi balik rumah cepat! Mak dah bising dah. hahahaa. XD


Jadi inilah perjalanan career saya di alam media kelak. Saja2 jelah ikot nak kenal2 dengan mereka ni. Al-maklumlah senang nanti nak mintak keje kan kan? Alamak kantoi motif! hahaha. Lepas ni more event will be updating soon.


Haish, apa kata korang doakan saya kaya dan famous macam si Y*** tu bila nampak saya? Amiinnnn! 


Thanks for reading semua!! :D


P/S: Abg Ally Iskandar & Afdlin Shauki akhirnya mengaku..... muka aku macam Y***. T____T


SIAPAKAH Y***? Cari sendiri. 


♥