Ads

ISLAMISTHEWAYOFLIFE - "BERTUDUNG!!!"

Assalammualaikum. :)

Apa khabar semua? Terasa dipanggil untuk menulis tentang topic berkenaan di atas. Bukan hendak berceramah, tidak cume ingin berkongsi pengalaman, SHARING is CARING kan? Hehehe. Jadi demi menujukkan ke'caring'an si editor, editor teringin mengupas lebih lanjut mengenai topic panas hangit lagi berapi ini. (Kemungkinan bakal menyentuh sensitiviti mana2 pihak jadi parental adviser adalah amat perlu sekali!) :p hahaha. Tak lah, topic of the day dalam ISLAMISTHEWAYOFLIFE is "BERTUDUNG" > Actually nak buat mengenai aurat tapi saya belum yakin untuk berbual mengenainya. Tak cukup ilmu lagi kotttt! ;) Tapi xpe, talking & sharing about experience is the only thing i can do. The least at least.


OK OK masuk main point! Bertudung... Mungkin ramai orang terutama wanita islam yang menganggap bertudung adalah satu penyiksaan atau lebih tepat dianggap "bebanan". Jangan terkejut saya pernah juga menganggap bertudung adalah bebanan! Sedangkan pelajaran agama ialah subjek kehebatan saya sejak di tadika lagi. Pernah saya ceritakan di tajuk "SUNGGUH SAYA SAYANG KAWAN2 SAYA :)" Take a look bagi yang belum bace lagi. Saya mula tidak bertudung sejak dari form 2 kalau tak silap. Nenek membebel dah macam begantang2 guni beras dah, klw ditimbang dikati memang cukup lah buat tambah rumah banglo siap beli ladang cili sebelah rumah tu buat banglo. hahaha. Bebelan demi bebelan telah ku dengar, in fact masuk telinga kanan kuar telinga kiri. Bukan apa belum ready belum ready (ececece alasan golongan Professional yang tak mahu bertudung sebab lebih selesa menayangkan rambut mereka yang bermacam2 style & berwarna warni ala2 pelangi tu) Tapi itu kisah yang lalu, kira kalau ditimbang amalan dan kejahatan yang ku lakukan sebelum ini, mungkin kejahatan lagi byk dari amalan, harap Allah ampun kan dosa-dosa ku yang dah lalu.


Mungkin itu masa laluku, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang jika beliau tidak mencuba untuk merubahnya. Alasan la kalau cakap "Tak ready tak ready lagi". Kalau tunggu nak ready kita boleh cakap time sakaratul maut, iaitu tatkala malaikat maut datang ingin mencabut nyawa kita kita agak2 boleh cakap tak "tunggu jap, tunggu jap, tak ready lagi ni!!" Kalau boleh editor pon nak buat camtu jugak lah! hahaha. Maut atau lebih tepat MATi tidak mengira usia beb. And then saya mula bertudung ketika masuk part 2 di UiTM Segamat tercenta. Boleh dikatakan bertudung bukan kerana menjalankan syiar Allah, tetapi bengang kerana telah di'dumb' oleh seorang lelaki yang dah ade awek yang bertudung lalu mengaku saya sebagai awek dia. BENGANG + HOT saya pon mula bertudung. Lalu pemakaian tudung menjadi ON OFF dan oleh kerana menjadi MPP saya menjadi "PEMAKAI TUDUNG" ketika di dalam UiTM Sahaja. Pengakuan eksklusif hanya di belog ini okayyy! :p (Klik klik, tangkap gambar glamer skit) Macam bodoh pulak rase. huhuhu. Tapi woooot ok ok itu cerita lama keh? Saya tahu ramai yang bercakap pasal saya, al maklumlah public figure kan kat UiTM Segamat ni? Thanks kepada si pengata, memang salah saya, T_T Ececece poyo. (statement public figure dah macam statement pelakon kan? Ta boleh blah) ;p Saya kagum dengan WARDINA SAFIYYAH beliau bertudung setelah berkahwin walaupun sebelum ni dia adalah antara artis yang seksi meksi...

*Awwww, manisnya senyuman*

Mungkin juga acapkali ditegor oleh kawan2 kerana ketidak istiqamahan saya memakai tudung. (ayat tunggang langgang) namun masih bersyukur saya tidak terjebak dengan aktiviti2 yang labih kurang so-sial. Saya memahami jiwa-jiwa teman2 saya yang tidak bertudung atau lebih mesra dipanggil dengan istilah "FREE-HAIR". Sungguh kerana saya pon pernah menjadi sebahagian daripada anda. Tetapi harapan saya biarlah berpakaian tudung itu kerana ALLAH, kerana takut akan dosa sekiranya tidak menutup aurat. Dosa mereka yang tidak bertudung adalah dosa yang dikira mengikut SAAT ok, SAAT. Itu belum lagi ditambah dengan dosa menayangkan tubuh badan kepada public yang juga dikira dosa saat. Bukan niat berceramah, tidak sekali lagi tetapi jangan memakai tudung JIKA dipaksa, mengikut orang lain, ingin berfesyen dan etc kerana anda mungkin akan ends up membukanya semula & dilabelkan sebagai hipokrit. Tidak2 orang2 munafik itu adalah musuh ALLAH & adakah anda mahu menjadi sebahagian daripada musuh ALLAH yang di akhirat kelak anda langsung tidak akan dipandang oleh ALLAH? Tetapi kewajipan bertudung itu adalah perintah ALLAH. Jadi mahu dilihat mereka yang tidak bertudung adalah tidak baik ye? TIDAK TIDAK bukan, saya tak keluarkan statement ni okay jangan judge org tidak bertempat. Adalah hanya hak ALLAH untuk menghakimi seseorang manusia, bukan manusia itu sendiri kerana DOSA PAHALA ditentukan oleh ALLAH kan? Jadi jangan labelkan mereka yang bertudung adalah baik sekali & tidak bertudung adalah "pergh jahat tahap gaban!" Ada sesetengah daripada mereka mungkin baik & menjalankan perintah ALLAH cume like i say "BELUM READY LAH NYAH!" statement popular abad ini... hahaha.


Ni saya ada bawa satu hadis:

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah r.a.:

"Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya."


(Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita. Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.)


Jadi adakah anda menjaga maruah diri anda apabila anda menayangkan badan anda untuk tontonan umum? Terutamanya artis2 ISLAM (ke?), Model2 islam (ke?) Ya mungkin anda katakan atau mengeluarkan statement "SAYA MEMPUNYAI MARUAH DAN HARGA DIRI" tetapi adakah anda betul2 menjaganya & menghormatinya? Tepuk dada tanya selera. ok ok dah saya tak mahu dikecam sebagai hipokrit kerana saya juga masih dalam proses mendalami & memahami konsep bertudung. Mudah-mudahan kita SEMUA termasuk artis2 & model2 Islam (ke?) diberi hidayah daripadaNYA. Amin. :) (saya tidak layak untuk judge anda semua, biarlah ALLAH yang tentukan-NYA)


P/S: Tak ready lagi nak pakai purdah @ tudung labuh!!! (teringat kalau tak ready2 ble lagi kan?) Tapi boring kerap dianggap YUNA. Tak sama lah weyyyy, SAYA lagi chantek. ;p (ambuih statement!)


Syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnia & rahmatNYA saya sudah sah bertudung kembali! (ALHAMDULILLAH) Teman2 bile lagi? ;p


Salam Semut,
EyLa