Ads

Hilang Kawan atau Hilang Allah.

Assalammualaikum...

Ini persoalan kawan ana tanya melalui skype;
“Well kita dah pergi ESQ semua tu kan and we kinda know everything is beautiful in this world, but ble terkadang hati tu berubah kembali kepada yang lama… macam mana eh?”

Kenapa hati ingin kembali kepada yang lama? Satu jawapan ringkas: PERSEKITARAN!!

Bismilliahirrahmanirrahim.
Izinkan ana mengupas persoalan ini.. untuk ke sekian kalinya.. Soal berubah akhlak dari baik ke buruk, dari zero ke hero, dari tiada ke ada; semua perlukan mujahadah. Lawan kehendak diri. Dan yang paling diperlukan untuk golongan beginner dalam mujahadah ialah mujahadah tahap 1:HIJRAH PERSEKITARAN!

Apakah “Hijrah Persekitaran”? Ana bagi satu analogi dibalik sebuah kisah agung. Fat’ha Mekah.. Agak-agaknya kenapa Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah, sedangkan Rasulullah boleh sahaja berdoa kepada Allah untuk membenarkan dirinya terus berada di kota suci Mekah? Jika dikaji sejarah perjuangan agung ini, salah satu sebab utama hijrah berlaku ialah kerana PERSEKITARAN MEKAH! Persekitaran orang arab Jahiliah yang menentang Rasulullah dan mengugut untuk membunuhnya. Persekitan yang mana umat Islam masih belum kuat! Lalu Rasulullah pergi berhijrah ke Madinah, menguatkan Islam disana, lantas pulang ke Mekah dan membukanya dengan kekuatan Islam yang kukuh. SubhanAllah, berduyun-duyun manusia masuk ke agama Allah saat Fat’ha Mekah. Jadi apa pengajaran dibalik kisah ini?

Berhijrahlah dari PERSEKITARANMU! PESEKITARAN yang mana hati mu masih belum gagah, dan mudah saja di bunuh! Persekitaraan mu adalah teman-temanmu skrg. Yang engkau panggil sahabat, yang kau panggil kawan. Bukankah ramai antara kita yang gagal total action untuk berubah kerana golongan “sahabat” ini?

“Aisy,cane nak stop merokok nih… roommate aku sendiri tiap-tiap hari merokok non-stop?”

“Malu la nak pakai tudung labuh, nanti diaorang cakap apa pula..”

“Elok ke aku gi karaoke malam-malam buta nih? Hurm, kawan-kawan aku semua pegi, rilex je dorang.. lagipon perempuan semua..”


Sedarkah kita bahawa kita sudah jadi munafik?



Firman Allah,
Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir (tertutup hati) menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir (tertutup hati) itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. (QS 4: 138-139)

Astaghfirullah… Allah berfirman bahawa sesungguhnya ciri orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang mengambil alkafirun sebagai teman-teman mereka dan meninggalkan orang-orang mukmin! Kafir disini adalah orang-orang yang tertutup hatinya. Bukankah kita dahulu juga kafir? Lantas Allah menyelamatkan kita.. dan patutkah kita sekarang kembali mengambil yang kafir sebagai teman kita?

Nabi s.aw. bersabda,Seseorang itu akan ikut siapa yang dia berkawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu.
(Riwayat Bukhari, kitab Buyuu’, Fathul Bari 4/323 dan Muslim kitab Albir 4/2026)

Ada seorang sahabat seperjuangan yang saya begitu kagumi, dia sanggup menggadaikan sahabatnya, teman wanitanya, kerana ingin berubah.. Masih segar kata-kata dia kepada saya,
 
“ Izaan, aku tinggalkan awek aku tu sebab aku takut aku kembali kepada aku yang dulu..”

Takut kerana kembali kepada diri yang dulu.. takut diri jauh dari Allah..

Saranan saya kepada mana-mana yang ingin berubah tetapi rasa payah yang amat, Hijrahlah Persekitaranmu.. Saya tak menyarankan kalian putuskan hubungan dengan mereka, tapi perlahankanlah hubungan itu, dan binalah hubungan yang matang bersama orang-orang mukmin, orang-orang soleh, yang kalian dapat tsi’qah dengan akhlaknya. Nescaya insyaAllah, bergulirnya waktu, teman-teman kafirmu itu akan menjauh darimu, dan kalian pasti sukses berubah kerana yang alim sentiasa disisi, memercikkan wangian akhlaknya kepadamu..

Jadi pilihlah antara dua: Hilang Kawan, atau Hilang Allah? Wallahualam.

 
(Courtesy: Iz'aan Irfan, UTP)

Thanks Iz'aan to submitted such a beautiful answer, at least if it is not for you guys, It is For me. huhuhu. Actually I am quite agree with this answer. Studies shows, our environment is playing an important role in our human development itself since we mostly behave the way how our friends and family acts. Am I right? At least if it is not 100%; there must be at least 5-10% influence come from them. (Asal tiba-tiba speaking plak ni? bhahaha. Sorry fellows, nak training nanti BI macam haprak plak masuk UiTM balik, hue~)

Saya sendiri kadang-kadng terikut dengan behavior yang diprojectkan oleh teman-teman akrab saya. Baik dia, baiklah saya; teruk dia maka teruklah saya. Tidak diragui akan kesahihan perkara ini. Kerana hati tidak pernah tetap dan istiqamah dalam semua urusan. Inilah saya. Jangan ikut perangai saya yang satu ini, tolonglah. Tiada pendirian diri. Saya pun tak tahu kenapa sangat susah untuk sentiasa mempunyai pendirian diri. Hahaha. Tetapi Insya-ALLAH saya akan sentiasa menetapkan pendirian saya.



Mummy saya nak guna lappy,
Update later!

♥ 
EyLa
 

2 Comments!:

izaanirfan said...

alahai.. jemputlah ke blog saya pula ye.. :)

Nur Suaidah Bachok said...

owh my dear. sgt kena btg hidung i. ouchhhhhhhhhh!!! touched me ;'(