Ads

Sharing Is Caring: Jangan Persepsi Dong!


Halo Helo! Apa khabar? Terima kasih kerana sudi membaca entry terbaru ini. *Eceh dah rajin update hari-hari dah kot, kadang-kadang sampai 2 3 entry* hehehe, bukan ape ade banyak masa terluang katakan. Oh topic hari ini. Persepsi. Hahaha. Pernah tak bump into this situation (kalau tak pernah buat-buat pernah lah):

Cik B yang baru diterima kerja ke syarikat 123 masuk ke pejabat CEO, Dato K dengan memakai skirt atas lutut dan baju yang sedikit terdedah di bahagian dada. *Ehem lelaki jangan imagine lebih2* hehe.

Cik A: Perghhh, seksi kot pekerja baru tu. Aku yang perempuan pun terliur tengok apetah lagi lelaki kat office ni kan? (Lesbo ape?) hehee

Cik D mengiyakan.

Cik D: Ha'ah lah, betul tu. Lelaki2 kat office ni semua pandang kot kalau dia lalu, hisshhh, seriau aku tengok baju die. Mesti perempuan jahat. Kaki penggoda, pisau cukur. (eh lebih plak kau mengumpat eh..)

Cik A: Hah, yelah! Siap masuk bilik CEO kita lagi kot, ape ntah dia nak, padahal orang baru, dah berani masuk office CEO kita lah kan. Haih, nauzubillah!

Lalu, Dato K CEO syarikat 123 keluar dari pejabat bersama Cik B. Mereka kelihatan begitu mesra sekali. (ewah ayat buat novel babe!) Lalu Dato K membuat pengumuman penting.

Dato K: Okay di sini saya nak buat pengumuman. Miss B ialah satu-satunya anak perempuan tunggal kesayangan saya yang baru selesai belajar di UK. Dia akan memegang jawatan Marketing Executive, sila berikan tunjuk ajar kepada beliau okay. Terima Kasih...

 
PERGHHH! amik kau, sekali anak bos daaaaa! Ape tadi kau ngumpat dia Cik A dan Cik D? Perempuan jahat? Pisau Cukur? Penggoda? hah, sat g dia goda bapa dia sendiri okay tak? PERSEPSI betul lah korang nihhh! Istighfarrr~ Dahlah mengumpat, fitnah pulak tu. G bunuh jelah Cik B tu Cik A dan Cik D. 
Selalu tak terjadi benda-benda begini di sekeliling korang? Selalu kan? Mengumpat, memfitnah yang bukan2. Mentang2 die pakai seksi-seksi, dia penggoda lah eh? Mentang2 dia tak bertudung maknanya dia jahat lah eh? DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER dear. You'll never knew someone until u have take a deep look into them. Setuju? Ada sebuah hadis kata hikmah tak berapa ingat lah yang sesungguhnya tapi bait2 bunyi dia macam ini lah:

 

"Ketika kamu berjumpa dengan seseorang, ingatlah bahawa ia adalah pertemuan suci, apabila kamu mengadili seseorang itu, bahawa dengan sesungguhnya kau telah mengadili dirimu sendiri."

 

Jadi siapa sebenarnya penggoda, pisau cukur dan perempuan jahat Cik A dan Cik D? Adakah anda yang sebenarnya sebegitu? Istighfar~ Ini suatu aspek penyedaran bahawa yang sesungguhnya manusia itu jangan lah menambah keraguan dalam hati, jangan persepsi. Kita tidak tahu bagaimana sebenarnya seseorang itu. Jangan lah hanya kerana dia tidak menegur sapa kita jadi dia ialah seorang yang SOMBONG. Ya mungkin saja dia malu, malu kan sifat nya manusia? Janganlah kerana dia tidak mahu menolong kita membuat kerja sekolah kita kita katakan pada dia bahawa dia kedekut ilmu? Eh mungkin saja dia sibuk menguruskan hal-hal lain yang jauh lebih penting betul tak? Jangan persepsi dong! Ia menambah sakit dalam hati, menambah titik noda dalam hati kita, kan dah makin banyak hitamnya betul?

 
Dek kerana banyak persepsi ini, ramai kawan terputus tali persahabatannya, ramai mereka yang bercerai berai, banyak yang memutuskan silaturrahim, banyak yang angkuh bergaduhan, setuju tak? Jadi bilanya negara dan bangsa kita nak maju? Bila kita mahu merdeka kalau asyik mengata itu mengata ini, mangadu domba itu ini, mengumpat sana sini sehingga bawa kepada kehancuran nilai moral yang semakin jauhhhhhh dalam masyarakat kini. Tipulah kalau saya katakan saya tak pernah mengumpat, mengadu tetapi kita nilai balik diri kita. Kita ni BAGUS sangat ke? Kita ni HEBAT sangat ke? Mungkin ada sebab mengapa perkara itu jadi begini. Tak begitu. Ini ialah salah satu penyakit hati yang kian menular dalam masyarakat kita kini. Bila kita nak BERUBAH?

 
Perkara yang harus dilakukan oleh kita ialah bahawa sesungguhnya kita harus meneliti diri kita sendiri sebelum mengadili dan menghakimi orang lain:  


Betul kan cartoon ni kata? KEEP TRYING! Setiap kali kau mengadili sesuatu yang buruk tentang seseorang, banyakkan istighfar kerana sesungguhnya kau telah mengadili diri kau sendiri tentang sesuatu yang buruk. Mahu kah ia terjadi pada dirimu? Bawa bertenang dan cuba untuk dekati seseorang itu, untuk mengenali hati budinya. Saya telah memaafkan mereka yang seringkali persepsi terhadap saya, kerana saya sedar bahawa persepsi mereka itu telah masuk ke dalam jiwa mereka sendiri. Betul tak? Semoga kembali ke jalan yang benar, wallahualam~

 

*Chrisye: Ketika Tangan & Kaki Bicara*





SALAM SAYANG,

6 Comments!:

sweetie2010.blogspot said...

Salam dik,

Yang penting siasat dulu dong dan jangan membuat telahan2 sendiri.Takut kita akan membuat dosa dan tentunya perhubungan akan musnah dek kerana tersilap telahan.

Anonymous said...

ngumpat dosa tu...
x baek...

Nur Suaidah Bachok said...

:) zero mind proses jom!

n a d said...

ngumpat je dah dose, ni lg firnah.. ish3.. insaf kejap.

izaanirfan said...

"Ketika kamu berjumpa dengan seseorang, ingatlah bahawa ia adalah pertemuan suci, apabila kamu mengadili seseorang itu, bahawa dengan sesungguhnya kau telah mengadili dirimu sendiri."

ini bukan hadis eton.. ini kata2 hikmah.. huhu..

anyway, to look from a different point of view, girl tu pon salah juga.. sape suh pakai seksi2.. kn dah timbul fitnah..?

sbb tu rasulullah pernah bersabda,
"tidak aku tinggalkan fitnah yg lebih besar selain wanita..."

huhu..
anyways.. ZMP~ :D

Saiyidah Aisyah said...

babe. i suke gile entry u yang ni hahaha. best dan terbayekkk! :)

looks like common things but benda ni la selalu nya manusia seperti kite terlepas pandang.

nak buat persepsi bole je but buat la ke arah positive. lagi baik untuk kesihatan hati. :)