Ads

Entry Bajet Hot Part 2: Walaupun Tak Seglamour Yuna, Hanis Zalikha, Fatin Suhana Mahupun Fatin Liyana namun tetap mak laku!

.SALAM.

Entry bajet hot kali ni menampilkan mereka2 yang hot kebaboommmm tapi bukan I okay. Jadi no no no, jangan salah sangka! 

:D

Juga entry kali ni penampilan istimewa sang permainan Ice Skating yang digeruni sesetengah pihak sebab takot jatuh malu ramai orang lihat keletah anda tergolek terjatuh di rink tersebut. -.-'


Aisey, tak jatuh camne nak belajar bangun semula? hahaha.


Hahahaha semalam tanggal 27.12.2010 kami sekeluarga ice skating berkumpul semula setelah 3 minggu tidak skate yah. (Nasib baik ada voucher pemberian Sunway sempena Hari Jadiku yang ke-21) Aww, terima kasih Sunway sponsor saya main ice-skating RM18 semalam! Sayang Sunway Pyramid! (mahu kau tak kasi, aku duku kang, aku ni pelanggan tetap ice rink kau tahu, sampai mamat cleaner pun kenal aku!) Lalu kami (Khai, Munzir, Eyla memang geng sekutu skating ni, kalau lepak ice rink pusing2 kalau tade sorang mesti ramai skaters dah havoc tanya mana yang lainnn!) Wah bajet glamer je dalam rink tu nok! hahaha. 

Punya lah skate skate dan skate sekali tuh kan tiba2 lepak lah hujung penjuru rink tu. Eceh konon2 nak jadi pemerhati or rink guard lah kan (padahal ramai gilaaa manusia nak skate laju2 pun ta berani -.-')  Lalu terjadilah situasi ini:


Cermin Ice-Rink diketuk (tuk tuk)
.
.
.
Ape lagi dengan penuh kehanseman daku menoleh!

Mak cik tu bagi isyarat sambil pegang kamera nak snap gambar aku bersama anak2nya yang sedang dok lama dah perhati aku skating dari luar! 

Pergh sumpah malu siot! Lalu dengan senyuman kera sumbang aku pun melakarkan isyarat 'peace' dalam rink tersebut.

Gambar di'snap' dan auntie itu berlalu pergi sambil tersenyum ke arahku!

OH MY GOD? Dapat tak apa yang cuba I sampaikan di sini? 


Nampak tak korang?
Tolonglah nampak. +.='


HAHAHA, sumpah kat situ gelak kuat2 ngan Munzir dan Khai. Demo ni dah dok heboh2 wah Yuna Yuna. Vavi sungguh segan dah kot muka merah menyala dah I kat situ!


Opssss, tak habis lagi di situ! Ade kakak kat tingkat atas plak, shueet shueet (alah yang bunyi macam orang dok mengorat tu) 


Dia pun nak tangkap gambar I jugaaa! OH GOD, apa saya bukan YUNA! Tapi takpe peminat2 harus dilayan nanti masuk statement dalam dada2 akhbar kata Yuna sombong padahal yang dorang ingat Yuna tu sebenarnya Eyla. Tak pasal2 kakak I yang glemer2 tu kena banned sebab sombong di public! hahaha. (Sumpah rasa nak lempang diri sendiri sebab perasan nak mampuih!) 


Lalu daku pun melakarkan peace sekali lagi berserta senyuman yang menampakkan gigi ke arah kamera kakak tersebut! Aiseyman, malu dowhhhh! hahaha. 

Kakak tersebut pun menunjukkan signal "GOOD" (thumbs up lah!) ke arahku. Eceh punya lah malu ape lagi, blah lah Eyla skate pulak! hahahaa. XD
AYAT SKEMA GILA MACAM AYAT NOVEL! hahaaha.


Lalu, Munzir pun memberikan pendapatnya. 


ME: Malu ah Mun, Eyla bukannya seglamour Yuna pon. Tak lawa pun. Apetah lagi Hanis Zalikha, jauh sekali Fatin Suhana, Lagi2 Fatin Liyana ala yang Mun kata lawa tu!



Mun: Ehem ehem Eyla ni layankan aje dorang. Dorang tak tanya Eyla layan je, gunakan kelebihan itu. Kalau dorang tanya barulah jawab Eyla bukan Yuna! Adoyaiii!



Me: Hehehe, (gelak ala2 kerang busyuk!) Oh gitu eh? Okay okay!


Nampak tak betapa nakalnya bakal adik ipar Eyla tuh? hahaha. (Geli dowhhh!) hahaha. Itulah sedikit sebanyak cerita mengenai tempias Yuna dalam kehidupanku. (Okay dah mula perasan balik!) terima kasih kerana menjadi seorang yang glemer. Lalu kerana anda saya juga glemer di dalam ice rink bila semuaaaaa orang dok tanya:


"Kembar Yuna eh?"


"Yuna tu kakak awak ke?"


Dan yang paling tak boleh blah:


"Yuna eh?"


CISSS Korang ni buat kami gelak sakan ar!


Yuna mana ada adek badek, sekali lagi, DIA KAN ANAK TUNGGAL! 

Aiseyman. Hahaha. Langsung tade pape kaitan dengan dia lah comel2 sekalian. XD


Tapi jujur saya pernah lepak sama mak, ayah dan auntie2 dia di VIP room time Yuna & Hana Tajima event aritu. :) Thanks to 'that person'. Mak Yuna memang baik, dia suruh makan semua dan masa salam dia boleh kata:


I Like your Style.


I was like OH MY GOD?!! hahahaa. Lalu menjawab:


Ye ke Auntie? Thank you! (Sambil senyum2 tersipu malu!)


I LOVE YUNA STYLE TOO Auntie! <3


Pengalaman yang menerujakan. 
(Dalam kamus dewan ade ke eh ayat ni? Eyla main bedal je!)


  Sneak peak yesterday event:

Thanks Baby Amirah, Feeza sebab join gila2 kami dalam ice rink! XD
 

Muka minta penampar. -.-'

Eyla, Mira & Feeza. BFF Guys! :)

Geng Gila Kentang! XD

Eyla kau gemuk! Ke dorang yang kecil2? :p

Kami lah Ice Rink conqueror!

Bintang2 berkelipan!


hahahaha. IT WAS SO MUCH FUN! Tak sangka boleh jadi macam artis, kat public ada orang nak tangkap gambar semua. :') Pengalaman yang mengasyikkan! Bhahaha.


Oh kat sini sekali gus saya nak share 7 tips kepada sesiapa yang teringin main ice skating atau pun tak pernah main dan nak cuba main ice skating:

1) Elakkan pakai seluar ataupun baju kaler terang untuk mengelakkan bontot anda basah kelihatan apabila anda terjatuh. Hihihi.  

- Ini penting, mengikut pengalaman (Aisey poyo sangat macam dah main dari 6 tahun!) apabila anda terjatuh, bontot (maaf ayat sedikit kurang ajaq di situ) anda akan basah especially pada hari ramai public skater turun padang nak main ice skating. CONFIRM rink akan basah lalu apabila anda jatuh automatically bontot anda juga akan turut basah bersama! Hahak! :p Contoh jeans macam ni:




Jadi elakkan malu dengan mengenakan jeans atau seluar berkaler seperti ini:




OKAY? :D



2) Tak payah lah nak pakai seksi seksa main ice skating dik oi, kang kami yang hebat (ehem2) boleh terjatuh bergolek-golek melihat kebonjolan anda di sana sini dalam ice rink tu kang! Hihik.

- Ini juga penting yup cek mek molek, tak payah lah pakai baju terbonjol sana sini, pendek sampai macam spenda pun ade hah aku nengok pastu main ice skating! Bukan sebab jeles ke hape dek non, tak kuasa aku, tapi kalau lu jatuh wa juga yang susah ma kena skating dalam ice rink yang dahlah basah berdarah pulak tu ma. Aiyaaa! Manyak susah oh ini macam. Selain itu, anda mengundang bahaya kepada skater lelaki apabila mata mereka ligat melihat kecantikan anda sampai terlanggar orang lain! Kan dah susah kan? :p Nak pakai seksi2 pegi clubbing, tayah main ice skating!


3) Ikat tali kasut tu biar ketat2, sampai atas buat ikatan 'X' nya kalau tak susah nak gerak dalam ice rink tuh! PERCAYALAH!

- Ini amat berguna, sesiapa yang rasa dalam ice rink tu tak leh jalan lah, sikit nak jatuh lah, percayalah bahawa, anda ikat tali kasut tak ketat oi cik mek molek! Adoyaiii. Jadi ape lagi! Ambil langkah bijak dengan betulkan kasut anda dulu sebelum masuk bermain. Bahaya lah sayang oi, kaki mudah melecet faham tak?



4) Bagi beginner belajar jalan kat tepi dulu, buat lah 2 3 round dulu baru proceed ke pertengahan ice rink.

- Ini juga penting ye, nak belajar balance badan bukannya senang, dulu masa I first time main pun sampai 12 kali wa jatuh kot! (Ceh ingat lagi masa tu tahun 2006 kot!) :p Dah tu faham2 lah, start dari tepi dulu, paling basic! Melainkan anda dah main lebih sekali dah boleh jalan skating sume baru leh main tengah2. Kadang2 ade skater ice hockey dalam ice rink. Mereka ni telah dilatih untuk skating dengan lajuuuunya. Kalau terlanggar korang kan dah susah? Sat g dorang yang kena banned untuk bermain, bukan korang! Korang cedera dah susah pihak pengurusan ice rink tu! 


5) Selalu je mereka dalam ice rink tu tanya "Macam mana nak jalan eh? Asyik jatuh je!" 

- Ini sering terjadi. Senang je petua dia. Rasa2 nak jatuh je, "BEND YOUR KNEES" skit so that u can balance yourself. Agak2 nak jatuh cepat2 buat macam ni:


 Okay dah faham? :)


6) Belajar untuk jatuh! Barulah ada semangat nak bangun dan cuba bermain semula! Percayalah, pada mulanya ia akan sedikit malu tapi lama kelamaan ianya akan menjadi hobi yang sangat seronok!

- Hahaha, semalam kawan saya Feeza mengajak Mira untuk jatuh. Dialog dia berbunyi seperti ini:


"Trylah jatuh! Best kot! Baru lah main ice skating namanya"

Tiba2 Mira pun terjatuh!

"Hah Gitulahhhh! hahaha, best kan jatuh? Baru lah main ice skating namanya"

Mun mencelah:

"Abes tu ktorang ni kiranya dah lama lah tak main ice skating?" (dengan nada berlagak!)

Hahaha, hanya mampu tergelak!

Khai blur! -.-'

Hahaha, tak jatuh anda tak belajar erti kehidupan. Kan? Dah jatuh bangun lah balik, pastu teruskan kehidupan. Nak malu2 segan2 buat ape? Tol tak? Yang penting jangan mengalah dah teruskan mencuba-cuba lagi! :D


7) Lastly, practice makes perfect. Bukan senang nak skate laju2, buat backward, crossover semua kalau anda malas nak turun ice rink practice. 

- Saya tidaklah hebat mana pun, but I cherish this hobby by turun main ice skating every week. (walupun mak tak suka, hobi tetap hobi!) Tiada petua untuk hebat main ice skating, cuma perlu practice yang kerap & determination yang tinggi. Saya dan kawan2 skate saya jadikan ice rink sebagai tempat kami bersuka ria, bergelak ketawa, tempat menari2 (Al-maklumlah tak dapat clubbing, clubbing kat ice rink pun sangat fun what!) Walaupun saya tiada kasut saya bahagia ada teman2 rink guard yg tolong reservekan satu-satunya kasut khas buat saya bila saya turun untuk skate. XD Sayang single blades!


Hihihi, jadi kat sini saya nak membuat cabaran para blogger yang berani untuk (kira saya lah yang bayo!) turun ice skating bersama sampah seperti saya (Gelaran mun pada saya sebab saya ibarat sampah dalam ice rink, ramai je langau hurung nak kenal) Faham tak? ;p 


Oleh itu dua tiket untuk turun ice skating bersama saya secara PERCUMA akan diberikan kepada sesiapa yang teringin dan mahu belajar main ice skating bersama saya yang poyo konon2 hebat ni dengan melengkapkan slogan seperti ini:



"YA! Saya mahu bermain ice skating bersama Miss Eyla dan rakan-rakannya kerana......" 
(tidak melebihi 20 patah perkataan)



Contest end: 10.1.2011


Ayuh sahut cabaran main ice skating bersama saya dan teman2 saya secara percuma selain dapat mempelajari teknik2 untuk ice skating secara berkesan!
(BAJET TERRER AH KAU EYLA!) 





Terms & Conditions:


1) Anda haruslah tagged 5 orang kawan yang anda ingin ajak main ice skating bersama juga. Pujuk mereka supaya menjadi followers saya juga. :p

2) Hari dan waktu untuk ice skating tertakluk kepada jadual saya. Biasa saya suka skate weekdays, tak ramai orang, ice rink tu kami yang punyaaaa!!

3) Sebarkan maklumat ini kepada rakan2 anda supaya mereka boleh mengunjungi blog saya. :')

4) Tinggalkan slogan anda pada post a comment entry ini okeng? :)
TERIMA KASIH!


Terima kasih daun keladi,
Terima kasih bunga melati,
Ada masa lawatlah lagi,
Agar saya sentiasa wangi!


VODOH MUNYA PANTUN! hahahaha.


Tak kenal mereka2 yang ada pada tajuk saya kali ni? Hah ni dia:


Yuna. Eh SALAH, Ni EYLA!

Ni Yuna! :p


Ni Hanis Zalikha. (Junior UiTM Segamat!) :p


Ni Fatin Liyana. (Blogger yang tak kenal, g bunuh diri!)


Ni Fatin Suhana. (My twins) OH GOD, HITAM GILA KAU EYLA! T_T


Hahahhaa, jangan risau babes & dudes! Saya akan jaga anda sepanjang didalam ice rink! Jadi jemput2lah masuk contest saya okay?


Saya tak hebat mana pun, setakat nak ajar korang balance, cara nak melangkah skate di dalam ice rink tu boleh lah, kalau nak suruh ajar spin, g mintak tolong coach hansem macam gambar bawah ni dalam ice rink tu nanti okay? :p 


Aww, kacak tapi bukan gay okay!



P/S: Contest "Looking Great With Smile By Miss Eyla" tu akan diumumkan senarai pemenangnya pada 1.1.2011. Sengaja je nak umumkan lambat2, nak kasi surprise! HAAHAHA. XD



OH Jangan lupa bagi details anda yang terpilih masuk pada saya secepat mungkin tahu! :)


SO STAY TUNED,

 

20 Comments!:

syufaa said...

omeee omaiii, really <3 ur style darl! :)

Anonymous said...

hai Yuna. eh, Eyla. haha. kalau i jumpa you pun mesti i tgk 3x nak make sure betul ke tak you Yuna.

tapi i nak say hi gak kat you sebab you zainatun adilah :)

www.eesyaheera.blogspot.com (malas nak sign in :P)

Rizha CUMA (FH) said...

muka you memang dh hampir seiras dengan yuna, agknya nt kalau i jumpa u mesti eh yuna ke ? wakakaka !
nak masuk tp u ckp schedule mesti weekdays, alamak i kelas full hari hari, hahaha bajet mcm nak menang. ahahaha ;D

نورول فريده said...

alamak memang muka yuna !
cantik <3

Zainatun Adilah said...

syufa: hahaha, thanks baby!

Zainatun Adilah said...

aeesyera: thanks juga! I dah link u kat my blog. :)

Zainatun Adilah said...

rizha: Scedule i bisa diatur lah! no problem ahhhh! Janji dapat have fun gila2!

Zainatun Adilah said...

nurul faridah: Hihihi,thanks jugaaa! :D

Rizha CUMA (FH) said...

hahaha nak masuk, pls lah eyla bg i menang ! hahaha. teringin nak tgk u main ice skating, tgk pon jadi lah ! ;D

Zainatun Adilah said...

rizha: hahaha, nak tgk? jom ah turun beramai2 nanti tgk Yuna main ice skating! hahaha. XD u i bg free entrance, rm2 je. hahaha. Nak main ke tak?

Rizha CUMA (FH) said...

haha i boleh tgk u main weekend je lah, kalau weekdays mmg x mampu. huhu. nak main tp segan lak ! haha.

Zainatun Adilah said...

hahaha, nak segan apenya. kalau main ice ngan i, konpem u tak segan punya. hahhaa/ :D kita g weekend lah!

NIA said...

OMG kite memang tak reti skating.HAHAHA pernah pegi skali dgn khai tp mcm buat malu jek.nanti blik Msia bleh lah join korg, tp tgok dri luar aje lah kot :P

Rizha CUMA (FH) said...

haha baik ! insyaAllah, giveaways nie i tak masuk la erk. i nak tuntut ilmu, biar berbayar means bayar entrace sendiri, nak ajak buah hati gak nie ! haha ;)

nurhazDV said...

kadang2..susah nak menjadi diri sendiri apabila sentiasa sama dgn org lain..lagi2..menjadi2 bayang2 public figure...tp takpela kan..nk wat cane...

ouh..i tot u duk uma semalam tolong ur mom...tak ea?hehe...takpe la...

and..i tak kenal fatin liyana la...hahaha...sian i kan?

farhah adeli @ far said...

seriously asyik bc entri eyla psal skating. rasa bersemangat nak skating semula selepas 3 taun tak main sbb fobia.

tapi tak reti la nak isi slogan. =( hehe. rasa nak join eyla pergi skating jeeee. tapi terpksa la bayar sndiri. haha.

adila zulkifli said...

haah la.muke u ade ala2 yuna..weeee...series2. :)

Anonymous said...

nak isi slogan, tp klu tak mng kte akan kuciwa. sbb x dpt g ice skating an miss eyla. hahahahahaha

GADIS INI said...

aah la.

ade iras2 yuna..

cute lol...

nora shioka said...

ouh adik yuna.....
kamo lg teror men skating...nnt ajar sye bole?huahuahua...