Ads

Teringin nak pakai braces! Click Nuffnang untuk bantu kumpul duit pakai braces.

.SALAM.

Hihik. Tiba2 teringin na pakai braces! Awwww. Tengok gambar peserta2 contest, depa semua ada sepasang gigi yang cantik! Hihihi. I punya gigi ta teratur, huhu. Dahlah jonggang, ada satu gigi kat depan tu plak lagi jonggang je depan. Tapi saya tak sejonggang halimah jonggang eh. (Wah dah macam tongue twister da!)

OH. =.='

(Tapi papepun saya syukur sebab saya masih ade gigi) 
Hahak. 

Dulu saya punya gigi cantik juga, molek pulak tu. Until saya accident motor terlanggar bola yang dimain oleh mamat2 kacak di padang bola sepak. Konon2 lah kan nak try cuba test power kat depa, ada awek rempit bawa motor laju2 (tapi saya bukan minah rempit tahu =.=')


Last last I yang terlanggar BOLA okay BOLA yang tersasar ke jalanan ketika mereka sedang menendang bola tersebut. Oh bodoh gila, *&%$ betul lah korang ni main bola kat dalam padang bola, tapi yang korang g bantai tendang sampai ke jalanan tu sape suruh? Cis awek cun dah accident dah cane? Dah lah time tu bawak adik lelaki. Kasihan dia tercampak di hadapan dan saya jatuh tersungkur sehingga menyebabkan gigi depan saya patah setengah. SETENGAH OKAY! (Eh taklah setengah suku je!) Boleh bayangkan? Macam gini:


*Nampak tak tanda hitam tu?* Ye ye patah tang tu! +.+'


Benci gila. Masa tu low self-confidence kot. Sumpah senyum malu tunjuk gigi, rasa nak sorok je muka. Saya yang kuat membebel macam Oprah Winfrey :p terus jadi pendiam macam Mr. Bean. Hah bayangkan Mr. Bean ta cakap patah haram pun. :P (Tipu sangat kan?)

Terus terang masa accident tu dahlah luka sana sini tapi ta kesah pun luka-luka tu sebab terlalu risaukan gigi saya. Hahaha. Hampeh. Oh cite balik. Mamat2 hansem itu dengan lajunya beramai2 datang menghulurkan pertolongan dah mereka datang beramai2 ke arah saya, bukan adik saya. =.=' Obvious sangat kan lelaki di situ? hahaha. Ayat yang pertama mereka tanya:


"Awak awak, awak okay?"


Hoi bongok ke hape? Mestila tak gila. Pastu pegang2! Accident kot, nasib baik tade kereta kat belakang kalau tak free2 tade orang na join contest saya sebab tiada penulis dah. Faham kan? Tolonglah faham. =.='


Luckily, lokasi kejadian tidak jauh dari rumah saya. Kalau tak korang2 yang perasan kacak tu lah kena bawak kami pulang ke rumah jumpa iba bapa saya minta maaf, reti? hahak.


Lalu pulang rumah kena bebel ngan mummy lama2 gila. Sapa suruh bawak laju2 kan? Aiseyman, layankan ajelah. :p


Saya berkeadaan kehilangan sedikit gigi selama setahun! :'(
Bayangkan kena bercakap sipu-sipu malu sebab mereka akan perasan gigi saya kena curi tar jalan. 


Lalu tiba2 ALLAH memberikan petunjuk-Nya. Wahhh. Saya ke klinik kesihatan Segamat Johor untuk check-up, kebetulan kat situ ada klinik gigi. Eceh konon nak check gigi, tapi last2 tanya doktor tu:


"Doktor gigi doktor gigi, boleh tak tampalkan gigi saya yang hilang sikit ni balik?"


Lalu sang doktor berkata:


"OH boleh je! No problem lah!"


Babeng ouh I terkejut beruk kot. Ingatkan ta boleh, yelah selalu check gigi kat sekolah nganga2 ada lubang tampal ngan besi tapi ta pernah tahu plak leh tampal gigi balik dengan gigi lain. (Okay cetek ilmu sains gini lah kan, harap maafkan kekhilafan saya) Hahaha.


Lalu dengan gembiranya sayaaaaaa ada gigi cantik balik! Ceh balik bilik jumpa Efa sipu2 senyum, ingatkan dia perasan rupanya dia buat dek je. Oi oi, I dah ada gigi baru balik lah, ta nampak meh?? Saje saje senyum kambing banyak kali kat dia tapi dia buat dek je. Cis! Yehooo, sini2 saya ada gigi baru. Last2 bagitahu juga Efa:


"FA FA, nampak tak apa yang lain?"
(sambil tersenyum gembiranya)

"Ape? Ntah lah!" 
(sambil membelek buku semula)


"GIGI ni lah, dia dah dibaiki!"
(lebih kurang gitu lah ayatnya)


"OH ye ke? Wah Baguslah!"
(sambil senyum balik)


=.='
(cakap tu je?)


Akhirnya saya boleh tersenyum gembiranya semula! :D
ALHAMDULILLAH TERIMA KASIH YA ALLAH.


Begitulah sedikit sebanyak kisah gigi saya. Macam haram jadah je cite entry pasal gigi. Kesian korang kena dengar cerita mengarut macam ni. Aiseh!


Actually teringin nak buat braces. Masa sekolah dulu kan ade kerajaan bayarkan betulkan gigi tapi dengar list dia panjang berjela2 macam boleh buat wrapping paper toilet kan? Hahaha. Lalu terfikir nak buat kat swasta jek. Cepat sikit ak? Tapi tapi, fulus manede nak buat! Kak Long saya, Nur Hazwani betulkan gigi dia, cost almost RM5000 above! (Terbeliakkan mata anda) hahaha.


Okay okay jum funding betulkan gigi saya sebab ada orang kata gigi saya macam train kereta api yang bahagian depan tu. :( OH JAHAT SUNGGUH ANDA! Saya terasa tahu. Tapi ta kesah pun, gigi saya lengkap semua, anda tidak! (hahaha, gelak jahat pada Munzir Ahmad Jazuli) Saya suka gigi besi kaler2 macam ni:


Wah pelangi! :D


*Awieee, PINK KALER!*


Dengarnya ada juga braces macam ni, famous blogger XIAXUE pakai. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca entry ni:




Wow, pakai plastic je? I LIKE THIS!

*Esok juga nak jumpa doktor tanya tentang ni*


Hahhaa, okay saya nampak gigi di mana2 di blog saya kali ni. hahaha. 
Ngek betui lah.


Teringin nak pakai sebab nak dapatkan MILLION DOLLAR SMILE macam mereka2 yang femes ni:

JENNY JENNY!

JESSY JESSY!

SCARLET SCARLET!


And lastly, our favourite PRINCESS DIARIES:


ANNE HATHAWAY!


Lihatlah mereka begitu anggun sekali gigi mereka. (Walaupun saya tahu sesetengah mereka mungkin melakukan pembedahan untuk dapatkan gigi macam ni tapi ta kesahlahhhh) Mereka tetap nampak cantik senyum lebar!

Envy naik berkali ganda2! Oh negative itu tidak baik okeng! Jadi apa lagi kawan2! Bantu saya fund untuk betulkan gigi dengan menekan advertisement Nuffnang saya setiap kali anda masuk tahu! hahaha. 

(INI UGUTAN BUKAN PAKSAAN!) 


Jadi apa pendapat kawan2? Adakah saya perlu betulkan gigi saya menurut gambar ini?


*GIGI? FAIL!*


Hihihi, jadi ape lagi? Tinggalkan pendapat anda di ruangan Kasih Sayang tahu! :P (post a comment) lah. =.=' 


Papepun ALHAMDULILLAH SYUKUR saya masih ada gigi. XD


.Adoyai punnn.




6 Comments!:

Rizha. said...

eh you pon ada cerita di sebalik gigi erk ? hahaha. i pon sama. waktu 5 tahun. i main see-saw tue dengan anak pengasuh i. entah macam mana dia buat, habis kena dagu i kot papan tue ! damnn ! patah gigi atas yg depan ! Agrhh itu lah last gigi i cantik, skang dah tak tersusun rapat mcam dulu. Now okay lah but tak perfect mcm dulu. gigi bawah je tersusun rapi. haha ;D

cik DV said...

hehe...aishh..sudah hampir jadi model dah pun...hehe..tapi takpe2...kumpul duit dulu..

farhah adeli said...

if u really want it. then go for it. nanti duk teringat teringin sampai ke tua kang. hehe. =)

shaz said...

gigi? belum fail pun. ok apa. ;)

❤Nadhratul Basyirah Amirudin❤ said...

huish..tragis nie...takpe2..jnji muke tak berubah wajah! gigi leh baiki kan..kalau mke! tak pasal2 kene wat plastik2 gitu..hhehehe

Reen Shah said...

akak , nasib kita sama T.T

tapi shaz kena tumbuk dengan budak lelaki masa kecik ,
pastuh gigi depan patah teros !
abis gigi dah tak cantik , sedih ouhh :'(