Ads

Harga Minyak RON 97 naik 10 sen lagi.

 .Salam semua.


Jap jap nak iklan sat:

Wahahaha, Uncle Ben Ashaari yang famous amos tu follow Eyla.. Hahaha. XD

Terharu jap. :')
Thanks Uncle Ben!


 Anyway ni kisah yang sebetulnya:


Harga RON 97 naik 10 sen lagi


KUALA LUMPUR 4 Jan. - Harga minyak petrol RON 97 sekali lagi diselaraskan kepada harga baru melibatkan kenaikan 10 sen menjadi RM2.40 seliter berkuat kuasa esok.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal RM1.90 seliter.

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman, kenaikan harga minyak petrol RON 97 sebanyak 10 sen adalah kerana mengikut harga pasaran minyak mentah dunia.

Menurutnya, ketika ini harga pasaran minyak mentah dunia mencecah AS$100 setong.

"Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran semasa.

"Ketika ini, kerajaan tidak lagi menanggung subsidi untuk minyak petrol RON 97 dan kenaikan ini memang tidak dapat dielakkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, kenaikan itu mengikut perkiraan yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Pada 1 November lepas, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter dan pada hujung bulan itu juga ia sekali lagi mengalami kenaikan sebanyak 15 sen menjadi RM2.30 sen seliter.


- Courtesy of Utusan Malaysia


Hm nampaknya memang tak dapat dielakkan lah kan? Lepas ni semua barang pun naik sebab kos pengangkutan naik. Takpelah, terima dengan redha jelah. ^^ 




2 Comments!:

My Life My World said...

Akak pakai minyak murah jer dik. Ron 95 ... hari tu pun dah naik 5 sen. Terasa jugak lah.

Pewitttt ... En. Ben follow Eyla ;). Makna nyer blog awak pun femes jugak dik. Syabas!!!

Ismi Azraf said...

Harga minyak xnaik 10 sen.
Cume diselaraskan.(teknik main tatabahasa)
Kalau dikaji sebenarnya harga minyak antarabangsa masih rendah,jadi mahal sebab Malaysia xdaftar dalam negara anggota dan sebab2 "tertentu".
kemungkinan 2011 akan berlaku sekurang-kurangnya 3 kali lagi kenaikan harga minyak di Malaysia.