Ads

Motivational Series Part 2: Bila Saya Sayangkan Seseorang, Saya Sayangkan Beliau Sepenuh Hati Saya.

.Salam.


Saya ada seorang kawan. Dia seorang yang penyayang. hahahah. okay tipu, kisah ini bukan tentang sesiapa, kisah ini adalah tentang saya. Saya tahu saya memang suka membebel, segalanya adalah pasti tentang saya. Ya pasti adalah tentang saya.

Oh awak tahu semalam pertama kali dalam sejarah hidup saya, saya melihat warga asing ditangkap pegawai imigresen di tempat saya makan. Oh kasihan mereka. T__T Mereka digari di hadapan saya, oh sukarnya mencari rezeki di negara orang tanpa permit yang sah. Bape ribu ntah kena bayar untuk lepaskan mereka, saya tidak tahu.


Oh lupa saya ada berita gembira untuk dikhabarkan kepada semua. Harini secara rasmi saya dilantik menjadi fasilitator UiTM. Yehooo. Peluang terbaik mencari rezeki yang halal dan juga belajar benda yang baru. :) Alhamdulillah. Terima Kasih Ya ALLAH. 




Saya pernah diajukan persoalan sebegini oleh kawan saya:

"I tengok kan you ni suka cuba sesuatu yang baru lah, macam mana u buat eh?" - Kelasick Indie


Lalu saya menjawab:

"Ohhhh. Ye? Sebab I yakin campaklah I kat mana2 pun, Insya-ALLAH I boleh survive"


Wah ayat berlagak tahap gaban kan? cis cis! :D
Tapi secara jujurnya lah, saya memang sukakan cabaran. Saya suka pergi kursus, training di mana-mana jelah asalkan saya dapat menimba pengalaman baru & mencari kenalan baru. (Bukan BF baru ye) Walaupun hakikatnya adalah juga kadang2. hahaha. Okay tipu. :p


Sebab apa saya suka semua ni? Sebab dari sini kita belajar bahawa kehidupan itu adalah menyeronokan! Kehidupan bukan tertumpu pada diri kita sahaja semata-mata, ia juga tertumpu kepada masyarakat di sekeliling saya juga. Name all courses yang I tak pernah pergi? Kursus leadership, grooming, ethics & protocol, business training, skill management, marketing, personal selling, customer service, entrepreneurship, motivation, religious training semua saya penah pegi.




(Tapi disiplin nya tak tak juga kan?) hahahaaha. Ianya bergantung kepada individu itu sendiri ya semua. Sebab tu saya tak pernah peduli jika saya dikategorikan sebagai mencapap, poyo dan sebagainya. SO SO WHAT? Korang dapat ke jadi macam aku dengan mengumpat di belakang? Ironinya, kadang2 apabila kita lakukan sesuatu untuk kebaikan diri kita, kita akan merasa kepuasan yang amat sangat betul tak? Jika dibandingkan dengan kita melakukannya demi orang lain, kerana orang lain setuju?


Tak pernah terfikir, terlintas dalam kepala hotak saya saya nak menjadi seorang trainer, membuka syarikat training & development saya sendiri, kerana apa? Kerana saya selalu impikan ingin menjadi Duta Malaysia di negara2 asing, seperti france dan sebagainya. Ala yang keje kat kedutaan tu? Tetapi oleh kerana minat yang dipupuk sejak di kem PLKN lagi, saya ubah personaliti saya menjadi seorang yang BERANI, TIDAK TAKUT MENCUBA SESUATU YANG BARU.




Kenapa takot? HIDUP HANYA SEKALI. Bodohlah siapa yang mensia2kan peluang untuk menyinar kerana takot orang lain akan mengata di belakang mereka. Kenapa kita kisah akan pandangan orang lain? Bukankah pandangan kita lebih penting jika kita tahu ianya terbaik buat kita?




Tiba-tiba terasa entry kali ni macam takde kaitan dengan tajuk kan? HAHAHA. Sebenarnya saya pun jiwang jugak kadang2. Cuma bergantung pada mood lah, mood harini, emosi jiwang, jadi semua pun jadi jiwang beremosi lah! :p sengal kan? 


Saya nak cakap pada si dia, saya SAYANG dia. Saya HARGAI dia. Saya SUKA dia, Just they way you are. :') 

Saya juga nak cakap, saya akan sentiasa bersama dia, waktu susah, waktu senang, waktu sedih, waktu suka, waktu hujan, waktu panas, YA saya akan pastikan saya akan selalu di samping beliau. 




   





 




I LOVE YOU BABY, SO MUCH. :') 





 

1 Comments!:

My Life My World said...

Tahniah! Eyla, sebab dapat jadik Fasilitator :)