Ads

You never miss them, until they're loved by someone else.

.Assalammualaikum.


P/S: Baca Dari Atas Sampai bawah, baru faham, mesej dapat disampaikan dengen lebih JELAS & TERANG. Harap Maklum.


Bunyi tajuk entry kali ini menyedihkan kan? Tapi ini lah realiti. Silalah ambil masa seminit jenguk, terjah & baca entry saya pada kali ini please semua. Ini adalah untuk kita semua, ya saya mulai sedar hampir 80% pengguna blogger tegar di blog list saya adalah kaum Melayu. Ya kaum Melayu yang sangat saya sanjungi dan kasihi. 

 
Pepatah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" laungan Hang Tuah, biasa dengar? 



Masihkan relevan pepatah ini pada masa hadapan nanti? Bercakap secara logikalnya agak sayu di situ. Melayu kian MELAYUUUUU. ME+LAYU = LAYU. Saya kata gini, anda marah? Anda geram bukan? Ada rasa nak tumbuk saya tak? Ini realiti yah kawan2, tidak saya bukan mahu menjadi racist di sini, jauh sekali ingin memperlekehkan kaum lain yang ada di Malaysia ini. Tetapi ini lah yang berlaku pada saat dan ketika ini. Melayu kian mundur, sedangkan ini adalah bumi, tanah tumpah darah kita. Saya kata kita ditindas, anda setuju? Saya kata kita makin lemah anda setuju? Saya kata kita terlalu bertoleransi, bertolak ansur, anda setuju?


Tidaklah! Saya bukan Puteri UMNO, jauh sekali ahli politik tetapi melihat dari sudut bangsa, saya kecewa melihat melayu masa kini. Kita semua bagaikan tidak mengambil peduli perkara yang berlaku di sekeliling kita. Ya YA kita hidup bagaikan katak dalam tempurung. Sudah! JANGAN MEMBANTAH! Jangan jadi buta, Pakar ekonomi mahupun business, Ya rakan sekampus saya di UiTM Segamat, anda bagitahu saya Kuasa EKONOMI negara kita dikuasai siapa? Secara kasarnya lihat sekeliling anda.... berapa banyak kedai Melayu di sekeliling anda SELAIN daripada kedai makan? HAHHHH, okay lihat bengkel2 motor, supermarket, kedai cat, hardware, logam dan sebagainya dikuasai oleh? TEPUK DADA tanya jawapan.... Boleh?


Ya saya tahu saya agak lantang membicarakan soal ini di sini, tetapi saya lakukan ini demi bangsa saya, demi maruah melayu yang kian dipandang hina, kian diperlekeh. Tidak, jangan malu untuk mengaku salah! YA ini masalah yang berlaku ketika ini kawan2. Banyak agenda politik yg kian dipermainkan, diperdebatkan di media massa sekarang terutama bila tibanya masa untuk PILIHANRAYA UMUM yang ke 13. Tidak saya bukan berpolitik, mahasiswa seperti saya tidak layak berucap atau berpolitik tetapi saya bercakap dari sudut bangsa, saya sayangkan bangsa saya. SAYA TAK SANGGUP MELIHAT BANGSA saya ditindas dan terus ditindas.


Anda bayangkan...... Jika sekarang ini pun di parlimen kita menang majoriti mudah, pelbagai pihak mempersoalkan bangsa kita, bahasa kita, kedaulatan raja kita, apatah lagi apabila negara kita dipegang bangsa asing! Hahaha. Anda rasa anda boleh bergelak tawa seperti sekarang ini? Anda rasa adalah mudah bagi anda untuk mendapat pekerjaan kelak? Atau mungkin anda rasa anda akan menjadi setaraf bangsa2 lain? HEY WAKE UP LAH PEOPLE! Tak payah nak malukan diri sendiri.... Ni bukan negara kau lagi, AKU DAH TAKE OVER SEMUAAAAA SEKALI! HAHAHA (Gelak evil) dekat depan muka anda, Apa yang akan anda rasa?? 



Sedangkan ni tanah nenek moyang anda semua, mereka berhempas pulas mencari kemerdekaan, mereka bersusah payah mengerah keringat untuk mencapai apa yang ada pada saat & Ketika ini, tapi bila sampai kat anda semua? HANCUSSS!!!


Sekarang bagitahu saya, kat mana anda nak hidup kawan2? Pergi overseas? Hah silakannnnn, tapi "pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri", BETUL? Tapi korang mana ada negeri dah? Dah kena take over, REMEMBER??? Jadi nak hidup merempat kat mana? KAN DAH JADI MACAM NI,


YOU NEVER MISS THEM, UNTIL THEY'RE LOVING BY SOMEONE ELSE!!!!!! HAHA...


Mana negara yang korang banggakan sangat tu? Mana mana?!!! Hah jawab kat anak cucu korang weh, MANA!!!! (tiba2 mimpi cicit anda datang dalam mimpi dalam keadaan yang daif dan menghinakan bertanyakan soalan ini pada anda "Moyang, mana kita nak pergi sekarang ni? Kita dah xde tempat tinggal?") SAMBIL menangis merayu! Hah jawab lah! Anda nak jawab "Taklah cu kita kena jadi mat rempit, kita kena pergi merompak, merogol dan sebagainya." BEGITU? OH GOD tolonglahhhh sedar bangsaku! Jangan jadi BUTA!!!


Masih ingat lagi sumpah kita:



Relevannya saya mengutarakan mengenai persoalan ini supaya anda boleh buka mata, Pilihanraya makin dekat, tetapi peratus remaja yang sudah mendaftar untuk mengundi adalah sedikit sekali. Anda mahu ka lihat negara anda diambil alih oleh kuasa asing? YA YA, memang bodoh lah saya ni ala pehal cakap pasal soal politik pulak, adoi aku nak belajar nak kerja, ahhh takde masa lah nak fikir politik2 ni semua, tetapi ingat survival orang melayu ada di tangan anda, kuasa ada di tangan anda. Oleh itu undilah calon yang tepat weh, yang mampu menaikkan maruah bangsa melayu ke takuk yang sepatotnya tolonglah korang. Saya merayu dengan kerendahan hati, saya tak mahu kuasa politik kita pula diambil alih oleh orang asing!


Peringatan: Ingat apabila sesebuah parti telah menang 2/3 majority dalam parlimen, MAKA parti itu layak untuk menggubal undang2, dasar2 yang terkandung di dalam perlembagaan sesuka hati merea sahaja. Jadi adakah anda mahu mereka mempersoalkan kedudukan dan menggubal dasar2 yang masa ada kini yang banyak membantu orang melayu? WEH SEDARLAH DOH, kau ni dibantu kerajaan sedia ada, duit PTPTN, korang belajar, subsidi tu siapa yg kasi, kerajaan kan ORANG MELAYU??? Jadi xde kerajaan sekarang ini, anda rasa anda layak ke dapat keistimewaan tu lagi??? 


Renung2kan lah semua. Tolonglah ini untuk kelangsungan bangsa, survival bangsa melayu kita for god sake!!! Ingat kerajaan melaka runtuh pada tahun 1511 betul?? Jadi kalau ALLAH mahu melihatkan keadaan kita ini, bila2 masa ALLAH akan jatuhkan kita pada tahun 2011 ini BiAR KITA SEDAR, tapi anda rasa ketika itu masa belum terlewatkah? Anda mampu untuk kembalikan apa yang anda telah hilang? Ingat ya, air mata darah sekalipun penyesalan tidak akan mampu untuk mengembalikan apa yang telah anda hilang pada saat itu. 


Jika direnung kembali, Allah itu penyayang, dia masih lagi memberi kaum MELAYU peluang untuk memperbaiki apa yang salah dan kurang dengan kemenangan majoriti mudah pada pilihanraya 3 tahun lepas, ALLAH mahu MELAYU itu SEDAR! Bangkit dan rampas semula apa yang telah hilang jadi sekarang ini ayuhlah bangkit, PERTAHANKAN HAK KITA sebagai penduduk asal TANAH MELAYU, ini TANAH kita, jangan biarkan ia ternoda oleh bangsa asing yang bila2 masa sahaja menunggu peluang untuk merampas hak kita.


Anda tahu wasiat RAJA2 kita yang terdahulu? INI WASIAT ya, AMANAH berat yang akan dipersoal ALLAH di akhirat kelak... Jadi kalau tak tunaikan nak jawab apa dengan ALLAH nanti?

HAH AMIK KAU Kalau ada lagi besar memang lagi besau lah aku buat!


    * Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit  yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

    * Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

    * Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

    * Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

    * Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

    * Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

    * Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).



Bangkitlah ANAK-ANAK MELAYU sekalian, tiada masa untuk meleka lagi, ini adalah masa hadapan kita, masa hadapan anak2 kita, cucu cicit kita kelak! Ini bukan perkara untuk dibawa gelak, bukan perkara untuk diperjudikan, dipermain2kan, ini adalah untuk kelangsungan BANGSA MELAYU yang saya & kita cintai ini.....



Anda marah bukan jika ada yang mengambil & merampas hak anda? Anda GERAM bukan? Anda tercabar bukan? JADI tunggu apa lagi, bertindaklah dengan segera.... Sikap tunggu dan lihat memang tak wajar digunakan ketika ini, sekarang sikap PERTAHANKAN HAK kita matlamat paling utama sekali. Daftar mengundi, dan buat lah pilihan yang bijak bukan sahaja untuk kepentingan anda tetapi untuk kepentingan semua pihak.



Saya tidak mewakili mana2 pihak, saya mewakili bangsa melayu dalam mengutarakan pendapat ini. Terpulang kepada kalian untuk menilai saya dari segi mana pun tapi, SAYA SAYANG BANGSA MELAYU dan saya mahu BANGSA kita dipertahankan sehingga ke akhirnya....



Sekian ucapan saya kali ini, sebelum berpisah saya tinggalkan anda dengan lagu yang saya kira cukup menyentuh emosi saya, saya sayangkan lagu ini sepertimana sayangnya saya pada bangsa saya:




Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini


Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan



  Sumpah, saya sayang anda semua.... Bantu saya untuk bantu anda! :)


Motif: Yang dah cukup umur pergi daftar mengundi, dah daftar jangn lupa keluar mengundi PRU 13 akan datang ni. Lepas tu, undilah parti yang menaikkan & mengangkat martabat Melayu, Simple kan? 

SPREAD THE WORD!



49 Comments!:

ierawkxz said...

besau! :)

ejai said...

great baby...hidup umno..

DaddyDian said...

nice artikel! ;)

b a m b a m ' s said...

tetiba rasa macam nak amek parang pergi berperang!!perghhhh~! tabik spring sama kamu!

salam ziarah dr cik bambam..folo u~ :P

Jom singgah blog cik bambam! :)

missbby said...

hai..salam kenal..just love this entry! Kita perlu buka mata dan sedar!...

athirah said...

menusuk kalbu gila baca ni... semua tu betul... hurmmm...

Sunah Mohammad said...

salam zainatun~

oh my..bersemangatnya kamu! ;)

AL-QASSAM said...

melayu mudah lupa!!

orang melayu lagi lupa sejarah.

orang melayu bangga di bumi tidak nyata

bangga jadi majoriti di bumi malaysia.

melayu lupa walaupun majoriti hakikatnya minoriti

melayu di bumi sendiri pun bermusuh

melayu tapi lain2 prinsip

melayu pas
melayu umno
melayu pkr
melayu bebas

majoriti lagi kah bila 4 parti ini saling berpecah belas

melayu lupa

kita yang berbalas bagai nak mati

cina tersenyum

satu2 hak melayu terhakis

kita warga belia. berfikiran terbukalah, banyak membaca

baru melayu tidak akan mangkat dijulang.

takbir!!

rizwan's sweetheart said...

sayangkan... kesedaran berpolitik belia kita sangat kurang... ramai sangat belia melayu yg tak mendaftar... selama ni dorang idop dalam zon selesa. dorang rasa akan selamanya selamat... tp dorang tak sedar yang 1 ari, bile dorang sume tak mengundi belia bangsa lain mengundi dan pastinya bukan calon orang kita yg akn dorg pangkah

Zainatun Adilah said...

iera: hahaha, kesalahan tatabahasa eh? :p

Zainatun Adilah said...

ejai: yah undilah parti yg mempertahankan melayu!

Zainatun Adilah said...

daddydian: thank you vm!

Zainatun Adilah said...

cik bambam: jom jom! Amik parang watpe amik pen, mulut kita perang cara halussssss

Zainatun Adilah said...

missbby: yeah betul! tanpa kita melayu mudah lupa!

Zainatun Adilah said...

athirah: jadi apa lagi? Gunakan kuasa anda sebagai rakyat malaysia! keluar mengundi!

Zainatun Adilah said...

sunnah muhammad: semangat itu penting demi maruah bangsa!

Zainatun Adilah said...

al qassam: setuju 100%! Bangkit! ayuh melayu maju!! ALLAHUAKBAR!

Zainatun Adilah said...

rizwan's: yah itu lah gunanya orang macam kita ni nak sedarkan mereka! jangan jadi tak sedar dek untung! lupa daratan, maruah bangsa tergadai...

KatekateKite said...

Fuhhhhh!!!......
Terbangkit! dan SEDAR dengan artikel nih!

Thank u Zainatun Adilah, penulisan yang mantap! dan sangat menyentuh minda dan perasaan!



-----------------------------------
Jom singgah KatekateKite!
Ada cerita baru : Online Shopping | Vintage Casio Gold Watch

Woofer Storm said...

slm.,.

ni dia,ni barulah melayu sejati.,.sy bukan org melayu,tapi sy bngga jika sy dikenali sbgai org melayu..malu dgn orang melayu skg ni,suka sngt pada perubahan yang tidak ketahui macam man perubhan yag dimaksudkan..jangan ubah apa yang tidak sepatutnyab diubah cukup la,nanti raja hilang arah,rakyat entah kemana..nampak sngt pembangkang ni semua nak rosak kdudukan agama islam tu sbgai agama rasmi dlm ngra ni,nak ckp smpi pagi tak siap ni..malas nak buat entry pasak ni,takut kena tarik leh nuff pulak..hahaaa men2 je la,bukan apa ramai blogger yang taksub sngat dgn tuk tua tu,nnti bising2 tak dpt maksuk syurga pula sy nnti.coz lesen syurga tuk tua tu yang pegang..peace...


follow sni^^

nur aisya humaira said...

Ye melayu semakin layu!!=(
remaja melayu makin jauh tersasar...
di mana kite dimase depan...siapa pemimpin negara akn datg, andai melayu masih ditakuk yg paling bawah...=(

radin fadli said...

patriotik ...i loike!!!!

Phat said...

memang tepat sekali ape yg di tulis...kita x yah pegi jauh la..tgk ape yg dah jd kat Penang....??renungkan la....

Bicara Sungai Pinang said...

please inspire all.. tolong .. sedar anak-ank muda melayu ni .. yang dah terlalu selesa dengan kehidupan.... aku .takut,, aku takut dek kerana kealpaan kita apa yang kita kecapi sekarang tidak akan dinikmati oleh anak cucu kita...

Anonymous said...

Bagus sungguh artikel ini...teruskan perjuangan....-Kesuma Dewi

hardy boy said...

Nice entry & good info.
Saya singgah & follow awak.hehehe (^_^)

Anonymous said...

"until they're loved" :-)

tulisan menarik. memang belia Melayu / Islam ramai tidak ambil peduli akan senario politik sekarang. lihat sahaja di IPT. undian di peringkat IPT, tidak semua yang bersemangat. mereka tidak berpandangan jauh. leka dengan muzik indie, social network, blog, etc. bagi mereka, latest headlines adalah latest tweets / status fb rakan-rakan / yang mereka ikuti.

dan betul, kaum bukan Melayu, pandai mengambil peluang. tapi adakah ini salah mereka? tidak. Melayu sendiri yang mudah lupa dan leka dan lalai dan tidak ambil peduli.

jika melayu itu tinggi semangat Islam nya, sepatutnya mereka berada di barisan hadapan. belia melayu menjadi ikon dan teladan keapda semua. dan sebenarnya, perkara ini tidak shj terpakai keapda melayu shj, tetapi apa juga kaum di malaysia yang beragama islam. jika mereka muslim yang sejati, keadilan inshaAllah terjaga di bumi kita.

maka, pandangan saya, jangan terlalu taksub dengan kaum kita. penting, tetapi bukan yang terpenting. Islam, agama kita menjadi terpenting. dengan Islam, membentuk sahsiah kita. menjadi belia yang berpandangan jauh dan lebih bertanggungjawab.

sekadar berkongsi.

Maryam Fatanah said...

hye awak..first time dtg sini and yes saya setuju dgn apa yang awak katakan.skrg bangsa kita kian goyah ..mana silapnya..tepuk dada tanya selera..sy yg blaja kat uitm ini..almost mane2 pergi di beritahu tntang perkara ini..waimanya disini...sbg bangsa melayu kita haruslahpertahankan bgsa kita sbb ni mmg tanah kita..tade tmpat lain dah..sy sndiri tkot ape yg bakal terjadi satu hari nnt dgn bgsa kita ni..

Akulah Aqilah Itu said...

dulu lecturer aku cakap, students boleh lagi get involved in tunjuk perasaan, demonstrasi politik and all. Sekarang tak lagi. Kadang2 suara youth tu penting jugak.

Aku macam, oh ye? Faham,tapi masih belum cukup matang untuk buat sesuatu. =)

|wawa| said...

awesome!!!!good job dear..

AyuJelitaz said...

mcm sebak plak bila pikir2 nasib org melayu pada masa akan datang.... semua berantakan demi kepentingan peribadi....org2 dlam politik melayu sendiri yg menjahanamkan org melayu... bercakaran, penghinaan, caci maki dh spt jadi perkara wajib utk menunjukan kuasa 'sapa hebat' masing2 sehingga lupa pada dasar perjuangan sebenar mereka menjadi ahli politik.. lagi sedih bila agama di politik kan... aduh!

anyway, i luv ur entry here.. awesome.. ;D

Anonymous said...

dari penulisan dah tau you berpihak pada mana..semua statement agak bias.mungkin ada yg betul tapi ada yg x boleh diterima. contoh,ek knp perlu dipertikaikan plak sapa bg duit ptptn, tanggung kita blaja..i think you should do more research bila mengutarakan sesuatu pandangna kerana boleh meyebabkan salah paham dan perbalahan..PTPTN sbg contoh saya amik is not gov money..is ours.RAKYAT ok...mak bapak kita yg bayar cukai yg beribu2 tu..that's gov punya responsibility nk agih2 kan..

itu baru satu..

sbnrnya byk lagi..tapi yg baik boleh di amik iktibar..yg tak betul perlu diperjelaskan..

Anonymous said...

Agama(Islam) bukan terletak pada Parti..so kite ada hak memilih !semestinya parti yg pertahankan negara, bangsa dan rakyat.

roseq said...

i'm coming from nowhere tapi sangat suke ni.
sangat bersemangat ye..
saya belum lagi 21 tahun dan masih belum boleh mengundi
but i'm really looking forward to it.
at least nanti kalau apa2 berlaku dekat bangsa atau negara yang kita sayang ni kita tak boleh salahkan orang lain yang tak buat keje tapi ini semua salah kita yang tak ambil berat
some people told me that politic is suck. teruk macam shit
but then u look at it again.
that shit la yang akan pimpin kita nanti.
and i once told my senior how excited i am untuk pergi mengundi. tpi dia cakap untuk apa semua tu
it's better for us to follow adults around.
please la
nak follow dan ambil mudah?
in the future siapa la yang akan ambil berat kalau semua lepas tangan.
nice post.
let's spread the world.
btw, i'm also looking forward to be puteri UMNO.
nice kan??

Linus said...

Sorry, but I must disagree with the views posted here.

Firstly, from a scientific perspective, there is no such thing as race. "Scientists have long been saying that at the genetic level there is more variation between two individuals in the same population than between populations and that there is no biological basis for race."(Nature Genetics 2001)

Arguably, you could say that we are Malay because of our shared historical background and culture. However, with the constitutional definition of "Malay" being so wide as to include whomever professes the Islamic religion and practices the Muslim way of life, we see Chinese Muslims, Indian Muslims and even ARABS (who are not Malaysian to begin with) being defined as Malays. What I mean to say is, in this case, Malays in Malaysia don't even share a historical background or culture.

Is it Islamic to place a certain race above another? Is it correct, as a Muslim to deny other people of opportunities just because they are of a different race? Is this what we, as Muslims practice?

Besides, I don't think the problems in our country are racial problems and I don't believe they can be solved by being proud of being a certain race (which you might not even necessarily be part of because of my point in the second paragraph.) Are the Americans developed because they are Caucasian and proud of it? Are the Europeans successful because they are happy about their skin colour? My answer is a resounding NO. They are proud to be American or French, or Swiss etc. In the same way, I don't think we should be looking at race in this narrow way. I'm proud to be Malaysian and I hope that you are too.

I hope this comment is approved. I believe in rational, intellectual discourse to solve problems, don't you?

the raihan said...

Hello.
Saya sangat setuju dengan komen diatas, Linus.
Dan saya rasa adalah wajar jika anda memperbaiki tajuk tulisan anda.

Apa-apa pun, just a gentle reminder.

PTPTN/etc adalah duit rakyat.

Dalam Islam, tak di sebut mengenai bangsa. Kurangkan lah taksub dengan bangsa. Islam sendiri tidak melihat kepada bangsa, tetapi kepada akidah seseorang itu sendiri.


Dan lagi satu, terimalah hakikat bahawa China, India, etc adalah rakyat Malaysia. Cara anda sampaikan seperti tidak mencerminkan semangat kenegaraan.


Meritocracy, kawan-kawan. Setiap orang, tak kira apa bangsa sekalipun, perlu di beri hak sama rata, berdasarkan merit.

Wassalam.

Amie Tempoyak. said...

quoting from an anon up there :)

"jika melayu itu tinggi semangat Islam nya, sepatutnya mereka berada di barisan hadapan. belia melayu menjadi ikon dan teladan keapda semua. dan sebenarnya, perkara ini tidak shj terpakai keapda melayu shj, tetapi apa juga kaum di malaysia yang beragama islam. jika mereka muslim yang sejati, keadilan inshaAllah terjaga di bumi kita.

maka, pandangan saya, jangan terlalu taksub dengan kaum kita. penting, tetapi bukan yang terpenting. Islam, agama kita menjadi terpenting. dengan Islam, membentuk sahsiah kita. menjadi belia yang berpandangan jauh dan lebih bertanggungjawab..."

couldn't agree more. it's a good post u have up there, but then again berbalik kepada Islam yang tidak memandang kepada perbezaan bangsa & warna kulit, what matters most is taqwa kepada Allah.

really wish for a full-fledged zaman kegemilangan just like the days of Rasulullah.

just my 2 cents :) good effort on making this post tho.

aisyahnadiah said...

so maksud dalaman nye ialah...ingat jasa2 umno ke?? right?? oh no...bukak mate la...itu bukan duit kerajaan.. itu duit rakyat, and yes. they should spend it for our benefit. kite bayar diorang supaya buat kerja untuk negara. plis la...semua rakyat bukak mate. tu memang tanggung jawab diorang. but now...tak perasan ke, negara macam dah nak bankrup...duit asik tak cukup nak bantu rakyat.. it is because...u answer it urself la. kite bayar diorang suruh uruskan pendapatan negara, bukan untuk songlap..etc.

little lala lulu said...

wow! a great article!ada jugak org mcm ko!kalau mcm fb boleh like2,dah lama nk likeeee byk kali. melayu skrang more to moneyyy. smpai sgup jual bangsa lah kiranya. at least,i know ada org jgak berfikiran mcm aku. slalu ada ja org bgkang bila aku ckp about this thing.n yess,aku dr kecik smpai besar mkn duit kerajaan.sekolah kerajaan dlu2.buku teks krajaan pnya.skrang dh besar,belajar guna biasiswa kerajaan. but still,ada di kalangan kwn2 aku,yg krng reti erti bersyukur.still xappprciate apa yg org dh bg.=))))

Anonymous said...

DISAGREEEE sangat sangat. setuju dengan the raihan. Maybe ada yg betul tapi kebanyakannya err cannot be accepted at all. Sorry to say. Its just my personal perspective :D And dr penulisan tahu dah menyeru untuk sokong kerajaan. Sabar je =='

Anonymous said...

i totally agree with you.100%..

tp please check your grammar,
supposed to be "until they're loved"
not "loving". right?

thankyou i love you.

Anonymous said...

perlu lebih bnyk research sblm menulis...humm..dan..ada racist kt situ...anyway keep it up..

Anonymous said...

Salam.
Usaha anda untuk sedarkan bangsa Melayu agak baik tapi anda sendiri perlu tambahkan lagi ilmu tentang negara dan politik.

Soal begini tidak boleh dibicarakan berlandaskan emosi semata-mata.

Kaum lain, Cina, India, etc juga menyumbang kepada pembangunan n ekonomi negara, jadi secara relevannya mereka juga ada hak ke atas apa yang mereka sumbangkan. Jgn lupa, mereka jg sama2 membantu dlm kemerdekaan M'sia.

tiada istilah duit kerajaan, dari manalah kerajaan dapat duit? berniagakah? it's ours. mereka hanya diberi mandat untuk tadbir dan urus.

Maaf andai tersilap, saya hanya berikan pendapat n sy tak cukup umur pun lagi untk dftar mengundi.

Islam itu syumul. Islam lbh pnting drpd Melayu.

Anonymous said...

Diasagree,

Ak dah lama daftar, cuma calon x layak diundi, paham maksud aku ?, ak x kan mengundi membabi buta atas nama majukan bangsa...n yet at the end ak mengundi org yg habiskan duit rakyat, n then u said undi the 'M' race untuk majukan 'M' race, pftttt

for me, ak undi atas nama agama... x guna ko undi the M race, padahal solat x pandai, bini rambut perang..

1 big example, prophet Muhammad (S.A.W), ader nabi perjuangkan mengikut bangsa, its always ISLAM, that is the main things.

p.s If someone is worth to be voted, the he will be voted. ko bagi someone is really worth to be voted, then i have no excuses !!!

Anonymous said...

urm...menarik artikel saudari..cuma mungkin ada beberapa perbahasan yg waja diteliti semula..pada saya, dalam memperjuangkan tanah air, mandahulukan agama iaitu Islam adalah lebih penting berbanding dengan mendahulukan bangsa itu sendiri..
Saidina Umar dalam ucapannya pernah menyebut, "Kita merupakan kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Barangsiapa yang cuba mencari kemulian, selain dari apa yang Allah Taala muliakan kepada kita (Islam) nescaya mereka akan mendapat kehinaan dari Allah Taala"
InshaAllah, seandainya berjaya kita menegakkan daulah Islamiyah di tanah air dan meletakkan hak-hak Allah SWT di tempat paling tinggi melebihi kepentingan seseorang individu itu sendiri, nescaya banyak perkara termasuk kaum Melayu sendiri akan terbela..
Ingatlah, Islam mungkin tidak akan terbela andainya Melayu itu diagung-agungkan, TETAPI Melayu itu PASTI terbela apabila Islam itu ditegakkan..
Wallahu A'lam.. :)

Anonymous said...

jgn slh fhm dgn post ni,bg sya penulis mnyedarkan kaum melayu krana pd asasnya melayu adalah beragama islam,berpesonaliti,bermaruah(dulu),tp situasi ini sngt berbeza skrg bila dikaitkan dgn bangsa melayudari segi agamanya,cara hidupnya,pemahamannya.jadi org melayu perlu melihat pd perspektif itu untuk mnjadi lebih baik tp lebih baik bkn untuk bersifat perkauman,demokrasi pntg untuk terus kekal aman.ya,betul kemerdekaan hari ini bkn hasil org meleyu shja.dari segi pemilihan pentadbir pula,jgn memilih untuk kpntingan duniawi shja,contohila Rasulullah dan para sahabat.selagi mereka(pentadbir)berpegang teguh pd agama islam,selagi mereka mengamalkan pegangan islam maka mereka layak untuk bergelar pemimpin,dan diundi kerana tgas pemimpin bkn hanya jga kebajikan rakyat ttp membimbing rakyat utk mnjadi umat yg berguna.bg yg bkn islam,tidak slh untuk dipimpin org islam kerana pegangan islam tidak pernah menganaiya manusia.jadi,berfikirlah dgn sewarasnya sblm membuat kptsn.

aiesya said...

Islam adalah agama..mmg harus diperjuangkan..

Melayu adalah bangsa..yg sama penting juga sebenarnya..

mereka yg kata, perlu adil dan saksama..menggunakan meritokrasi...fikir, berapa ramai anak melayu yg boleh masuk uni klu mcm tu...tahu quota untuk anak melayu masuk uni skrg mcm mana? tahu sejak kaum lain dibenarkan mentadbir IPTA, berapa bnyk jatuhnya jumlah % anak melayu yg dpt masuk uni? siapa yg pegang ekonomi negara? tahu? sbb diorang yg berkuasa, diorang mampu masukkan anak mereka ke IPTS...and now, IPTA..then apa jadi kat anak melayu yg tak dapat masuk tu? mampu org melayu nak hntr anak ke IPTS?klu betul, berapa kerat je?

betul, ptptn tu duit rakyat, yg dicontrol oleh kerajaan...sekarang kerajaan masih melayu...maka duit disalurkan juga kepada melayu, klu kerajaan bertukar kaum? kemanakah duit tu?

siapa yg byr tax? paling ramai? yg kompom takleh tipu or lari? org2 yg kerja kerajaan...siapa yg paling ramai kerja kerajaan? MELAYU! yg berniaga? exemption tu exemption ni..alih2 tak bayar tax..lari dari tax..siapa yg ramai berniaga??? boleh fikir sendiri sebenarnya duit tax tu paling bnyk duit siapa? maka, klu disalurkan lebih bnyk kepada tempat lain...bukan lagi sedih?

tak dinafikan, mmg kaum lain ade membantu, tak kata patut pinggirkan terus...tapi peratus kaum dimalaysia paling ramai siapa? itu gunanya ade quota...ikut peratusan..klu lupuskan quota tu...mcm mana anak melayu nak survive?

bukan nak cari gaduh...but its a fact..

ini tanah melayu...

klu kita berkerja dicompany X, 20 tahun, kerja kuat giler...naikkan keuntungan company,naikkan nama company..ape kita dapat? yes, kita dapat bonus, yes kita pangkat....tapi adekah kita akan ditawarkan syer company? adekah kita akan diberi % hak milik company tu? TIDAK kan??? sbb ape? itu company mereka...kita hanyalah pekerja...kita dibayar gaki, diberi benefits...but not hak milik...

same situation...kita boleh bagi benefits sini sana...tapi tak boleh serahkan semua...ini tanah melayu....

Agama is a totally different issue...

again, like org lain, my 2 cents..

Anonymous said...

Bsmlhrhmnrahim. Aslmkm wbt. Alhmdlh....syukur kpd Allah swt. Satu cetusan yg sgt matang, ikhlas n bertggjwb, sgt rare, menyentuh jiwa melayu sye, xtlalu politik, brnilai ilmiah tp dlm mse yg sme berkorelasi dgn dunia realiti (applicable n practical n x tlalu eutopia), cetusan berjiwa generasi 'millenium' yg inginkn kmajuan tp x mnidakkan akar tnah air, BERANI, cetusan yg sgt di perlukan oleh tnah air pd msa kni n ianya menjangkaui survival poltik mna2 parti poltik. Terima kasih atas cetusan anda...moga terus melontar cetusan ikhlas n btanggjwb anda...akn tnanti2 cetusan yg strusnye..doa sye mga anda d brkati Allah swt.. - matpis

Anonymous said...

alhmdlh..mksh ats ctusan anda. Ada pro n con...tp ianya ttp pmulaan yg baik. Xtrima bulat2 n xtolak mntah2...cetusan yg baik drp seorg gnerasi millenia. Klu lwn ckp mmg xhabis...u kata ape pun ttp org blh jwb@hntam blk..mmg xda ape yg mtlak mlainkn Dia kn..tp ianya ttp pmulaan yg baik.. Berbau mcm racist, tp bg sye x bsifat racist...racist adlh mmntgkn ssuatu bgsa sja n trus mnolak hak bgsa len...jd bg sye u xracist...n sye nmpk u lbh kata@tgur kt melayu bbndg bgsa len...so brave hu...BOLD.. Tntg ptptn tu pun ade pro n con....klu ada pmntaan utk wt rsearch n kajian dr sgi empirical thdap smber ptptn, sye blh ktakan cukai yg d byar olh rkyat xdpt mnampung dana ptptn yg bbillion dollar...ianya lbh dr skadar duit rkyat..n sye bckap dmi rkyat n sye adlh jge rkyat yg mmbyar cukai..cme sye dr bdang yg bltrblkgkn eknmi ngara..jd sye xblh mndabik dada kta ptptn dr duit sya sbgi rkyat@ dr rkyat kslruhanya..maafkn sye..sye kne pbtulkn yg mna x bpe tpat...sye amat teliti tntg ini. Sbb tu bla lwn ckp mmg xhabis..tiada yg lbh mutlak mlainkan Dia.. Akhir kta bg sya islam n melayu malaysia adlh sgt istimewa...tiada bgsa lain d dunia yg mmptahankn islam sptmana mlayu mlysia...n mgkn jka xkrn melayu mlysia@melayu tnh mlayu pd msa tu mka tiadalah islam d mlysia spt mna yg ada skang...n dek krn raja mlayu la mlayu lain mse tu hnga kni trus jd islam...no question..ttp islam...n thap pmhaman n pengamalan agma kta trus mbgun n mngkat dr zaman ke zaman...xda yg beza antra 1 sme len...yg akn mmbezakannya hnya Dia ble tbe msenya nnti...bkn kita..wallahualam. Dr Dia kta dtg n kpd Dia jge akhirnya kta akn kmbali...slm- matpis