Ads

Kesayangan & Kecintaan Seluruh Umat Islam Di Dunia.

.Assalammualaikum salam sejahtera kepada anada semua moga bahagia!.


Hahahhaa. Macam lirik lagu! :) Ya ya, hari ini adalah Hari Maulidur Rasul. Apakah itu Maulud Nabi? Hah jangan tak tahu ada sesetengah daripada umat baginda tidak mengetahui apakah itu Maulidur Rasul.


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.


Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.


Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.


Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.


Hihik, sumbangan wikipedia. Nak elobrate panjang2 sendiri kat mereka cipta pulak kan? Jadi copy paste jep, mintak halal ye encik wiki. 


Alahai, apa susah sangat nak selawat ye? Kalau susah sangat apa kata kita berselawat dengan alunan muzik sambil2 dengar MP3 ka, ipod ka, tambah pahala macam my all-time fave song:



Raihan selalu di hati. :)


Lirik Lagu:

Ya nabi salam alaika
Ya rasul salam alaika
Ya habib salam alaika
Solawatullah alaika

Ya rasul kau bawa cahaya
Menyinari alam buana
Bumi tandus
Subur kembali
Rasa gembira di hati

Lahirmu membawa rahmat
Memimpin ke jalan selamat
Akhlakmu yang sungguh memikat
Contoh buat seluruh umat

Mulianya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru

Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah

Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman sentosa


 SALAM MAULIDUR RASUL SEMUA!

Best kan lagu ni? Jadi renung2kanlah dan selamat beramal! ;)



 
 


0 Comments!: