Ads

Tak suka jadi WANITA? Kenapa????


Assalammualaikum.


Hah sini cek nak habaq ni! Tak suka jadi wanita? Alahai kenapa? Dok pehe lah, oghe laki sume dok kalut nak jadi betino kome nak jadi jante? 
(Ape aku merapu ni oi tolonglah stop! DISASTER!)


Tak ni betul ni. Yang tak suka jadi wanita aka perempuan aka gadis aka gugurl aka I'm not a girl not yet a women ni knp oi? Ce citer ce citer! Nanti sat nak tanya Britney Spears ape maksud lagi dia tuh still blur2 lagi ni abes tu dia ape? -.-'




Jadi nak dijadikan cerita, saya nak bagitahu antara kelebihan2 wanita di sisi ALLAH SWT. Oleh itu berbahagialah anda dan juga saya kerana dilahirkan menjadi wanita ini...


Kenapa? Hah Baca ni!


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola
emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Hadis nabi mengenai wanita:
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal
 tersebut, jawab baginda:
  

"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"


Jadi sekarang nak menyesal lagi jadi wanita? Aisey, bersyukurlah! Cukup tak berkenan bila keluar awek pakai tudung tapi tgk BF pengkid, Astaghfirulhalazim. Mampu berdoa je dalam hati. -.-'


Ni ape kes ni? =.=' 
(Kanak2 bawah umur sila tutup mata anda!)


Jadi sama2lah kita bersyukur dengan nikmat yang ALLAH telah berikan pada kita. Kalau bukan DIA ciptakan kita, maka tiadalah kita di muka bumi ini betul? :) Jadi personally, SAYA BANGGA MENJADI WANITA! 




P/S: Macam mana ye perasaan wanita dengan wanita? Hmmm... Nauzubillahminzalik! huhuhu.




4 Comments!:

Unknown said...

alhamdulillah..;)

Unknown said...

alhamdulillah..;)

Unknown said...

alhamdulillah..;)

NIA said...

yewwwww geli tgok gambar yg 2 org tuh.