Ads

Simbiosis.


Assalammualaikum semua! :)


Kemeriahan menyambut ramadhan yang bakal kunjung tiba esok sudah hangat dirasai. Semua manusia berpusu2 ke shopping mall untuk membeli belah mahupun mencuci mata (tunggu gaji masuk lettew) Cek faham naaaa... hahaha. Padahal baru nak start ramadhan tu. Sabar jelah. Belum lagi bila hari raya bakal tiba. Silap2 shopping mall terpaksa mengendalakan operasi mereka kerana ketiadaan stock habis semua sudah dipulun ketika awal ramadhan. -___-' Masak.... hahaha


Kepada kaum adam, ehemmmmm.... Datang bulan ke matahari nak monteng puasa tu? Adudududu puasa lah kalau mampu. Sap kok tu lepas buka pun boleh kan kan? :P


Jadi pendek kata dah nak dkat musim ramadhan ni mulalah bazaar ramadhan dibuka merata2. Makanya nafsu serakah nak makan tu makan ni mulalah menjadi jadi. (pehal semua ayat nak kena ada mulalah?) T___T maka dengan itu orang ramai especially perempuan yang berazam konon2nya ingin diet tetapi dek kerana di bazaar terlalu ramai makanan makanya semua pun dia nak pulun. Muahahaha. Alhamdullilah kenyang perut makin kedepan. kihkih.


Jadi pesanan saya buat rakyat2 di luar sana especially wanita, silalah jaga makan anda <--- (perli diri sendiri juga). Juga jangan shopping tak ajak mahupun berlebihan kerana nanti saya jeles tak bertempat kerana budget saya beraya tahun ni amatlah sedikit. Juga kepada ibu2 di luar sana shopping jangan tak ingat dunia iaitu jaga anak2 anda kerana dikhuatiri mereka terlalu asyik melihat baju di sekeliling sehingga hilang dari pandangan anda.


Sehingga terjadilah kejadian di KL Sentral tadi, anak menangis terjerit2 mencari ibunya yang mungkin tidak perasan kehilangannya dan menjerit seperti ini:


"Ibu ibu kat mana kenapa tinggalkan **** sorang2 di sini!!"
(Nama terpkasa dirahsiakan atas tujuan tertentu)


Dan terpekik terlolong. T___T




Oh tidak, bukan Mia Sara. Sekadar gambar hiasan.


Yes aku kasihan sungguh budak perempuan comel itu. Adududu. Ingatlah kaum2 ibu (Yes aku belum kawen lagi jadi bukan kaum ibu) muahaha anak2 anda yang nakal dan tak reti diam itu kadang2 mampu menjadikan anda high blood pressure, jadi handle them with care. Ye ibu2 sekalian? :)


Tidak mahulah mendengar kisah ibu memohon bantuan mencari anaknya yang hilang di TV. Simpang malaikat 44 Nauzubillah! Sekadar ingatan dan nasihat jangan terasa pula ye ibu2 ku! :D


Jadi sekian sahajalah titah saya di blog usang ini. Sebarang komen mahupun keraguan bolehlah tekan punat Post a comment di bawah ini atau cara sahaja saya di FB. ^___^ Peace yawrrr!



P/S: Belum terlambat nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua pembaca setia blogku! (Ceh ade ke?) :p



1 Comments!:

Puan Surina Rashid said...

no more brekfessss!! T_T