Ads

Rockaway Festival 2011 - Hanya terbaik dari yang terbaik. Sum 41 & Dashboard Confessional Confirm!


Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Semalam saya tidak sempat untuk mengupdate blog kerana terlalu sibuk dengan tugasan harian. Semalam saya ke Press Conference Rockaway Festival 2011 yang bakal menggegarkan Malaysia dengan persembahan artis2 yang mantap dari dalam mahupun luar negara. Nak tahu siapa lineups untuk event terhangat selain Rock The World ini? Hah berikut adalah artis2 yang bakal beraksi di pentas 12 jam tanpa henti di Car Park A Bukit Jalil pada  8 Oktober 2011 ini nanti. Berikut adalah press kit mereka yang telah dicopy paste hehehe.


Kuala Lumpur, MALAYSIA – 9 Ogos 2011: Rockaway 2011 kini kembali dengan barisan artis yang lebih menggegarkan dan akan memberi sedikit kelainan. Dengan konsep yang terkini Rockaway 2011 akan menggabungkang barisan artis tempatan dan luar negara sekaligus menyelaraskan slogannya iaitu Festival Rock Terbesar di Malaysia & Rantau Asean.

Rockaway 2011 akan menampilkan antara artis-artis rock terbaik di Malaysia seperti ONE BUCK SHORT, LOVE ME BUTCH, JASON LO, HUJAN, METALASIA, POP SHUVIT & PROJECT E.A.R, MONOLOQUE, DEJA VOODOO SPELLS, THEY WILL KILL US ALL, KYOTO PROTOCOL, MASSACRE CONSPIRACY dan ramai lagi. Kami juga telah memilih empat buah kumpulan secara online diantaranya adalah DICHI MICHI, BUSCO, TRES EMPERE dan OH CHENTAKU.

Untuk memantapkan lagi acara pada hari tersebut, ROCKAWAY 2011 akan mempersembahkan kumpulan rock ternama antarabangsa iaitu SUM 41 & DASHBOARD CONFESSIONAL. Festival rock yang akan berlangsung selama 12 jam ini bukan sahaja yang pertama di Malaysia dengan barisan artis-artis yang mantap tetapi ia sebagai pentas untuk mereka mempersembahkan lagu-lagu tebaharu mereka.

Kejayaan Rockaway yang pertama pada 2009 dengan kehadiran 10,000 penonton dan 300,000 tontonan secara online adalah pendorong untuk kami menyiarkan sekali lagi secara langsung di laman web rasmi Rockaway 2011.

Rockaway 2011, anjuran One Buck Short & Friends dan Livescape akan berlangsung di Medan Letak Kereta A, Stadium Bukit Jalil pada 8 Oktober 2011.

Tarikh : 8 Oktober 2011
Tempat : Medan Letak Kereta A, Stadium Bukit Jalil
Masa : 12 tengahari – 12 malam
Harga Tiket : Jualan terhad pada RM 68
*Harga tiket-tiket yang lain akan diumumkan di laman web Rockaway

Untuk butiran lanjut, sila layari www.rockawayfest.com


hahaha, sounds awesome kan kan? Tak boleh blah SUM 41 pun ada kot! Band kesayangan kuuuuuu! :P Ini adalah flyers event tersebut:



wohooo! Who's thrill? haahaha. Berikut adalah siri interview ku bersama Vocalist  (mooky) and Drummer (Imran) One Buck Short, mereka yang bertanggungjawab membawa Event ini di Malaysia:




1) Basically what is Rockaway 2011?

- Originally the idea is from Jack & Jill. Mereka ingin mengadakan road tour satu Malaysia tetapi kami mencadangkan instead of doing that kenapa tak buat satu event besar di mana semua boleh datang berkumpul beramai-ramai untuk menikmati musik. Pernah buat rockaway 2009 tetapi tahun lepas kami tak depan buat kerana world cup dan sebagainya jadi idea itu dibawa semula pada tahun ini.

2) Who's gonna sponsor this event?

- Sponsor cannot be revealed yet but we promised you this will be an event of the year with a lot of sponsor since we have to pay the band and all so yeah, we will revealed the sponsor soon! So wait up!!

3) Masih ada tempat kosong ke buat local band untuk turut serta di dalam Rockaway festival ini?


- Yes yes! We still open for those yang ada lagu and want to contribute their song semua can send us the details to livescape dan kami akan mempertimbangkan permohonan mereka mengikut kesesuaian masa dan waktu.

4) Pesanan buat semua peminat scene music di Malaysia.

- We want you guys to join in!!! Let's have fun and tickets is already available, go grab them and don't missed out this magical event of the year!



 Kebetulan semalam birthday Raul. So happy birthday dude! XD


 Hm mereka juga baru release sigle terbaru mereka berjudul carilah duit!



So who's going???



 P/S: Makanan sodap sodap belako!



 

1 Comments!:

nn said...

excited kerana dashboard confessional. tapi ongkosnya ngak ada. alah. hopefully ada yang belanja. it's a month away from my birthday. hehe