Ads

Showing posts with label isu panas. Show all posts
Showing posts with label isu panas. Show all posts

Salam Ramadhan.

1 Comments!


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!


A lot happen recently. Kadang kala manis, kadang kala duka, tetibe ketawa, tetibe menangis, tetibe gelak sakan pula... Hehehe. Tapi tu pahit manis yg terpaksa ku tempuh. Jadi layankan aje...


Ya mmg sy dah lama x blogging, alasan paling mudah: Sibuk. Huhuhu


Tapi pasni janji taknak sibuk2 sampai xde masa nak blogging. Ada banyak benda nak share ni. Antaranya ialah my instagram.


My official Instagram is:


Dekat sini I share like everything. My picture, my thoughts, my feelings, my current mood and my activity. Tahniah to Instagram sbb dah ade instavideo. Dapatlah share sore + muka x sememeh kejap selama 15 saat. -__-

Pssttt: Follow la kalau sudi. Sy di sana like 24 jam? Hewhew


Anyway utk digelar hipster yg mengikuti arus kemodenan sy juga ada account keek (ala video pendek2 yg famouskan Mawar Rashid tu ahemmmm):





BUT....................

I always miss blogging :(


So sepanjang ramadhan I would love to share my thoughts, my daily routine by kembali berblog... To be honest I can share everything here compared to any other places. Mcm twitter dia jahat xleh tulis bebyk kena 140 Character (syg tak sesuai dgn i olls yg byk cakap ni), mcm instagram ade gambar je (kalau tulis caption bebyk org malas baca, yeah I know sbb i pon buat benda yg sama kiki), Keek pula boleh buat video 35 saat je (kejam sangat nak bebel panjang2 mcm mak2 dia x bg), mcm youtube pula malas nak edit video (letih i olls edit video). So option lain yg tinggal hanyalah blogging. :(


Anyway Salam Ramadhan pada semua. Rajin2 lah klik iklan yg ada kat atas, bawah, kanan, kiri mata u alls utk bg sy duit raya lebih sikit tahun ni. Okies? Deal!

Nah baca doa ramadan sebelum tidur:



Baca sebulan punya terus. Settle! K lah BYE!


Kak Ton Comel!





PANASSS: AF9 belum Bermula tapi dah mula cetuskan Kontroversi dan ASTRO hina Penonton?

15 Comments!
Assalammualaikum teman-teman.


Okay entry hari ini adalah entry wajib baca. Ayuh kita lihat kontroversi yang berlaku ketika belum lagi bermulanya Akademi Fantasia 9. Korang tahu kan Akademi Fantasia tu ape? Ala rancangan reality TV yang duk melalak lalak nyanyi menuju puncak puncak puncak tu. Tak tahu lah aku puncak mana yang nak dituju. Puncak Alam kot? Ke Puncak Perdana? Hahahaha.


Yang penting belum sempat pelajar2 AF9 dipilih untuk dibawa menuju puncak, siang2 lagi realiti TV ni dah cetuskan kontroversi. Panas Panas!!! Ai tak sudah2 AF ni bikin kontroversi. Pada awal pembikinannya Astro selalu dituduh menipu undi dan sbg. Dan baru2 ni, 25 orang pelajar telah dipilih berdasarkan undian Online & Pilihan Juri. Yeah mungkin ini bukan isunya, tetapi isunya adalah:


1) Di atas dasar apakah pemilihan 25 pelajar AF9 pada kali ini? Adakan benar pilihan penonton dijadikan sebagai salah satu terma yang telah disyaratkan oleh pihak astro?

2) Wajarkan bagi syarikat terkemuka seperti ASTRO yang mempunyai pasukan PR yang kuat dan kukuh menghina para penontonnya dengan mengeluarkan perkataan 'menyalak' di FB AF9?

3) Sebaran fitnah tentang gambar keputusan undian yang dikemukan oleh salah seorang peminat AF9 disangkal oleh Admin AF9 Astro?



Mak aih! Banyak ni Astro kena bako kali ini. Encik Astro di sini saya ada beberapa hujah yang ingin saya kemukakan. Harapan saya agar penulisan saya pada kali ini sampai kepada pihak Astro dan harap perkara ini dapat diselesaikan dengan matang.


Soalan 1:

  Adakan benar pilihan penonton dijadikan sebagai salah satu terma yang telah disyaratkan oleh pihak astro untuk pemilihan peserta AF kali ini?


Saya confiuslah, kawan2 saya juga begitu. Bukan apa kami pelik kenapa pelajar yang begitu tinggi undiaanya, setiap hari dok wallpost aku suruh undi dia dan setiap hari tu jugak lah muka aku gigih melawat page ASTRO untuk mengundi dan alhamdulillah beliau telah mendapat undian yang agak tinggi tetapi beliau tidak berjaya ke TOP 25? HAHAHA~ Gelak galak aku! 

Kenapa jadi begitu ye? Ye ye, dalam terma dan syarat:



Astro akan memilih dua puluh lima (25) peserta (“Peserta Peringkat Separuh Akhir”) daripada empat puluh (40) peserta yang disebut di atas dengan mengambil kira undian-undian umum yang diperolehi daripada Undian Dalam Talian, di mana undian-undian tersebut akan menyumbang lima puluh peratus (50%) dalam pemilihan Peserta Peringkat Separuh Akhir tersebut.



Hah, ada kan undian secara online? Tapi yang peliknya ada peserta yang undiannya ciput mak aih (tak mahu lah sebutkan siapa kan?) tapi berjaya ke TOP 25? Undian Juri dia sampai 50% ke sampai dia berjaya mara ke peringkat seterusnya? Gila hebat peserta tu! 


Ada peserta undian mak aih, aku rasa dia tayah masuk AF pun aku memang salute dia sebab dia dah cukup glemer dah tapi tup tap tup tap TAK TERPILIH? WTH?

Ke propa ASTRO nak pancing kami semua supaya menjadi ahli astro supaya kami dapat undi kawan2 kami? Ini kah cara anda membuat kontroversi lagi?

Okay lawok2! Bak kata Usop "KITA BAKO JE!" hahahaha.


Bila diajukan soalan ini kepada Admin Astro apa jawapan yang mereka beri? Hah, ini adalah benda kedua yang menjadikan isu ini semakin panass...


Soalan Kedua:

Wajarkan bagi syarikat terkemuka seperti ASTRO yang mempunyai pasukan PR yang kuat dan kukuh menghina para penontonnya dengan mengeluarkan perkataan 'menyalak' di FB AF9?


Ini yang aku tak puas hati ni, tang ni memang aku Hot! Bukan hot ape, ye walaupun aku ni tak grad lagi daripada Fakulti Komunikasi & Pengajian Media UiTM tapi aku manusia biasa pun tahu PR tu ape. Ape tu PR? Bukan menambah burukkan keadaan tetapi membaik pulih keadaan, menenangkan pihak yang inginkan jawapan.... Ini tak, ini adalah apa yang dikatakan kepada peminat FB AF9 daripada pihak Admin:



 Kalau korang tak nampak, tekan pada gambar ini. :)


See? Nampak matang dan rational ke Astro mengeluarkan statement seperti ini? Ye aku memang EMO Astro tak masukkan kawan aku yang berbakat tu tapi aku lagi bertambah2 double triple emo bila astro keluarkan statement macam ini? OMG, sumpah ASTRO memalukan pihak PR Media Massa dengan statement seperti ini. Tak wajar lah korang! Memalukan industri Public Relation. 


Bukankah tugas PR menyediakan jawapan yang wajar dan berkesan untuk menenangkan pihak kami yang kebuntuan dan emosi ini? Bukan mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia ada keruh ini....


Betul kan kawan2 PR saya di UiTM? Wajarkan statement ini keluar dari pihak ASTRO? Sebuah syarikat terkemuka yang gah laksana bintang di langit bla bla bla, tapi bila buat statement, ini yang berlaku?


 Balik balik jawapan ini yang kami terima:



Alahai, jawab tu biar bersopan lain kali. Kami ni penonton ASTRO yang boleh dikatakan setia kerana kami sanggup mengundi kawan2 dan menonton AF tiap tahun walaupun tonton Final pun takpelah kan dari tak pernah tahu AF tu ape betul tak?


Macam budak2 je perangai nak komen2 macam ni dalam FB! KELAKAR DOW!


Ko ingat manusia yang menyokong AF9 ni ANJING nak guna perkataan menyalak2?


Lagi satu bertambah angin dan angin aku arini sebab tak pasal2 kerana hal ini members AF9 di FB telah dituduh secara melulu dikatakan meng'edit' gambar2 keputusan undian terakhir para peserta AF9. WTF? Don't you have any better answer Encik ASTRO??


SENTAP MAK NOKS! ~



Soalan Ketiga:

Sebaran fitnah tentang gambar keputusan undian yang dikemukan oleh salah seorang peminat AF9 disangkal oleh Admin AF9 Astro?


Gambar ini:



Gambar ini dipost oleh salah seorang peminat AF9. Ini adalah keputusan akhir semasa pengundian untuk 25 peserta AF9 telah ditutup tetapi gambar ini telah disangkal oleh pihak ASTRO dengan jawapan2 seperti ini:





Hahahaha, OMG! Ni jawapan ASTRO? Syarikat TV Cable terbaik di Malaysia (sehingga sekarang, tapi tak tahu lah kan apa bakal terjadi pada masa hadapan) Ini boleh dikategorikan sebagai fitnah. OH HELLO! Kawan aku tak dapat masuk aku boleh tolerate lagi sebab banyak lagi cara lain nak jadi penyanyi ke sayang tapi bila bab2 media mengeluarkan statement hampeh macam ni aku bertambah2 kesal dow. Serious aku kesal dengan pihak Astro, aku rasa bukan aku je, ramai lagi yang akan kesal kalau baca statement ni.



Ni jawapan yang diberikan oleh pemilik gambar yang telah post gambar ini di Astro, Kasihan dia tak pasal2 difitnah oleh Astro kan?





Hahaha, lawok lawok! Tapi at the same time saya kesal ini jawapan yang tidak berkualiti Astro mampu cetuskan. Kontroversi sangat kan? Tak baik gitu. Janganlah hina dan perlekehkan kami semua seolah-olah kami ni tidak bermaruah. Kami pertahankan mereka yang kami rasa berbakat. Tapi aleh2 kena setepek difitnah oleh kamu semua.


Tak payah bercakap soal law serta terma & syarat sebagainya kalau anda sendiri keliru dengan terma & syarat tersebut. Grrr!



Tak baik punya. Ingat kamilah yang memberi sumber pendapatan kepada anda semua, tanpa kami dok bayar g pos office beratur panjang2 nak bayar bil Astro ni tiap2 bulan semata-mata tanak Astro dipotong di rumah kami kerana apa? Kerana kami YAKIN dan kami tahu Astro memaparkan cerita2 yang menarik, mantap2 untuk tontonan kami sekeluarga. Kalau tak kami takde pasal lah nak buang duit bayar bil beratus2 kat ASTRO walhal kami boleh je tgk TV3, TV1 & sebagainya, FREE OF CHARGE, tak payah bayar pon!


Pada asasnya saya kurang berpuas hati kerana kawan saya tidak berjaya menjadi top 25 AF9, saya tak kisah pun, tak apalah bukan rezeki dia tapi yang buat saya angin ialah apabila kami sebagai penonton diperkotak-katikkan, dihina dan difitnah seolah2 kami ini tiada perasaan...


Harap pihak ASTRO dapat menjawab soalan2 kami dengan hati terbuka. Jangan cepat marah, mudah melenting kerana inilah kami, pelanggan anda. CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT! Always, remember that. 


Sebagai pelajar komunikasi saya kesal dengan statement2 yang dikeluarkan oleh pihak ASTRO. Tak guna apa yang dipelajari oleh Admin yang mengeluarkan statement tersebut (Jika dia adalah daripada bidang komunikasi juga) andai ianya tidak diaplikasi....


Juga kepada teman sekelas saya itu, SABAR jelah sayang. Ada hikmah kenapa ALLAH tak pilih awak sebagai salah seorang peserta. Jika kami pun dilayan seperti anjing, tidak hairanlah jika dia mampu melakukan perkara yang sama kepada awak. Bersyukurlah ALLAH tak pilih awak, ALLAH tanak awak rasa tertekan dengan tohmahan masyarakat sekeliling terhadap AF9 seperti yang dilakukan oleh I sekarang! :) 




Yang telah terpliih tu, TAHNIAH dan teruskan usaha murni anda untuk menjadi glamour melalui AF. 


No worries girl, I'LL ALWAYS SUPPORT YOU! 



Kepada pihak ASTRO, take note! Jangan lakukan kesalahan yang sama seperti ini kembali. Anggaplah entry saya pada kali ini adalah sebagai nasihat, bukannya untuk condemn dan menjatuhkan reputasi anda sebagai salah sebuah syarikat terkemuka di Malaysia.


Saya bising2 ni bukan sebab saya adalah fanatik realiti TV AF, saya tak pernah heran pun tapi saya bercakap atas dasar kemanusiaan. Respecting other people is very important okay especially when you're the famous brand in the WORLD! Note that. Thank you...


Kalau korang nak tahu lebih lanjut korang boleh lah LIKE (like ke?) FB AF9 di facebook.


AKADEMI FANTASIA 9



P/S: Pergh panjang lebo kau! Hamek! :D Oh maaf entry kali ni kurang sopan sikit...


P/S lagi satu: Tayah pandai2 nak kata aku edit kata2 yang dipetik dari FB ni, ni semua asli okay, original, terbaik dari ladang! ;p





The Fashion Diary Part 2: Gadis Bertudung, Shawl Melaram. So? Tak Suka Tutup!

10 Comments!
.Salam. 

Wah berkobar nak update entry latest ni. Hari2 ade entry baru, thanks DIGI BEROKBAND. :) Tanpamu blogku tiada kan berisi. 
Alhamdulillah terima kasih lensa buruk sebab dah tuka gambar Fatin Liyana ke model2 tudung Fareeda. Erk? Ahhh lantak kau lah, tapi nama tu nama tu biar takyah state ta buleh ka?


Papepun pantun kau memang ta boleh blah. Aku suka cari kau cari kontroversi. terbaik dari ladang ah! Psstt pstt agak2 boleh ajar tak? (Nada perli) hahaha. Oh kami tidak melenting ya semua, kami cuma pertahankan apa yang perlu kami pertahankan. Tapi tiada guna menegakkan benang yang basah kan? So lu pikirlah sendiri....


Aku suka jadi rebellious oleh itu:


Papepun semangat berfesyen, melawa, melaram harus diteruskan. Wa tak heran korang nak kata apa, tu korang punya hak. Tapi tak suka tolong tutup, tayah nak susah2 up traffic blog aku ni, Aku tak suka publisiti murahan. (Tak pernah I beraku kau, tapi dah nasib kan?)


Okay oleh tu pada ahad yang lepas saya bersama rakan sefashionista yang anggun dan bergaya telah berjalan2 di Sunway untuk shopping2. Almakulumlah gaji dah masuk kan? ^^ Jadi ape lagi borong dan makan sakan lah nampaknya!


Memula nak bergaya gini.


Pastu kat Sunway memang kalau nampak ice rink kaki tak boleh nak diam, tangan menggatal nak keluarkan RM21 bayar untuk main ice skating sebab ada geng ramai turun padang aritu. DEM DEM!! Tapi takpe, shopping harus diteruskan dahulu. Ice rink kejap2 lagi boleh masuk!


Miss Saiyidah Aishah

Lepak Full House makan2, oh I am so fall in love with the decoration! :D


Then we had a chicken chop tersedap di asia. Ceh over exaggerated sungguh.






I tak peduli i nak cite jugak yang I ni kaki shopping, kaki melaram, kaki bikin havoc, kaki main ice skating semua lah. Nak baca baca, namo bace tutup clear? :D



Pantang nampak sale, kompem beli. :'D



Konon2 nak jadi geek lah pakai spek gitu kan?
 
Oh mereka couple paling Hot!


Superman si pendengar setia!





Lepas tu dah masuk kedai makan cantik2 ape lagi kan? BERGAMBOR2 lah nampaknya....



Comel kan kan? Patung tu lah!

Ceh konon2 dapat duduk kerusi cantik pura2 gelak kencang. :p
 

Ini kereta yang famous dekat luar FULL HOUSE SUNWAY PYRAMID. :)


The day was blast! Shopping tak hingat dunia beli sana sini, borong ETUDE HOUSE MAKEUP yang mak aih senyum lebar macik kaunter tu melayan I. Takpe janji I happy. Kan u ollsss?

Lepas tu sempat masuk rink selama 2 jam polish mana2 yg patot. Oh heaven tak ramai orang. Terbaik!

Sebelum balik harus ada gambar satu kan?


Mencapap? Syok sendiri? Gi mam! :D


Blog ku entry ku ku punya suka. Hahaha. Tak suka tak pe. Tak kisah pun.

:D


Okay dah malam nak tido esok nak g Sunway lagi. Jom shopping sama2 nak korang? :))









Panas: Sedikit Ulasan Mengenai "Gadis Bertudung, Shawl Melaram".

21 Comments!
 Salam semua.




Terasa dipanggil untuk buat ulasan entry hot di dunia blog masa kini. Ewah. 
Hm serasa kenal wanita di blog hamba ini. Gambarnya begitu familiar sekali. Kenapa letak gambar dia wahai hamba? Rileks-rileks sudah. Saya terasa seperti entry anda ada berbaur dengki dan jeles kerana followers dia sudah mencecah 10 ribu ka? 

(Ini hanya andaian bukan tuduhan ye)


Kot ye pun jangan lah letak gambar, mention nama. Kan namanya dah buka aib saudara sendiri? Allah kata jangan buka aib saudara sendiri kerana suatu hari nanti Allah akan membuka aib kita juga. Nak ke? Ingatlah ALLAH tu maha Adil. Tak tak saya tak backing wanita yang memang semulajadi cantik itu, tetapi sebagai wanita saya rasa cukup terkilan kerana hamba telah mengeksploitasi gambar wanita tersebut untuk kepentingan hamba. Tak begitu?


Hormat menghormati, bukan budaya Umat Islam ke? Oh jangan kata umat islam manusia juga harus saling hormat menghormati walaupun kita berlainan bangsa, agama tak begitu? Dah dia kata tak boleh, hormat lah dia. Delete. Ni tak g cakap awak amik gambar dia kat google. Hormatilah dia:




Ya teguran anda memang betul, tepat sekali. Tetapi penggunaan nama dan gambar membuatkan orang ramai merasakan anda sedikit keterlaluan di situ. Ye sekarang dengan internet, segalanya pasti mudah. Terpulang kepada hak individu itu sendirilah. Hidup mereka bergantung dan tergantung kepada diri mereka sendiri. Betul? Dah dia nak letak gmbar besar2, cantik2, kaler2 banyak sana sini biarlah itu hak dia. Teguran itu bagus, ya saya tidak nafikannya tetapi biarlah berpada, gunakan kosa kata yang betul, serta kan dengan dalil dan bukti yang sahih agar kita yang membacanya menjadi: 


"WOW, asal aku rasa macam terasa je dengan entry dia ni? Baiklah aku akan cuba ubah apa2 yang patot!"


Ni tidak anda membuatkan orang merasa seperti:


"ai mamat ni sengaja cari pasal ke ape? Nak popular cepat lah tu!"

(menurut pandangan sesetengah individu ye)


Lepas tu samakan dengan Ana Rafali? Lah kenapa tak samakan dengan Pengasas Sendayu Tinggi tu, Puan Rozita Ibrahim yang sudah berpurdah tu? Ingatkan nak orang seperti dia untuk dijadikan bakal isteri tetapi...?


Bagi saya, sudah2 lah tu kalau nak cepat famous pun buatlah entry yang gempak, kebabom meletup yang orang tak meluat nak baca macam Hanis Zalikha, Uncle Ben Ashaari mereka ada pernah mengata dan mengutuk sesiapa dalam blog tak? Tapi still followers mak aih punya lah ramai, traffic setinggi gunung everest sehari. Tak begitu?


Tetapi melihat kepada apa yang anda tegurkan itu, tidak dinafikan memang benar. Manusia mudah alpa dan leka akan arus kemajuan dunia masa kini. Setuju? Teguran anda saya terima dengan baik, dengan hati yang tulus ikhlas. :) 
Terima Kasih.

Cuma itulah, nama dan gambar tu saya tak berapa berkenan lah duhai hamba. Kalau mahu bercerita tentang ini pun, ambillah beberapa gambar di GOOGLE yang tiada kaitan dengan sesiapa yang mampu mengaibkan sesiapa di ruang blogging ini. Blogging is fun tetapi jangan jadikan blogging tempat anda mengutuk manusia tanpa sedar & cermin diri anda sendiri terlebih dahulu macam entry ni:
 


Wowo, rasanya awek ni (Alice) macam kenal, ade dalam FB Eyla kot?


Tapi saya sangat suka dengan komen hamba yang ini:


Tahniah, FATIN LIYANA please mind this. :)



Dah jadi Public Figure, semua ni memang adat untuk ditempuhi tak begitu? Dah lah, berbalik semula terpulang kepada individu sendiri. Gadoh2 pun tak guna kan? Bagi Eyla dalam soal ini, tiada pemenang tiada pengalah. Masing2 harus ambil ikhtibar & betulkan mana2 yang patot setuju?


Saya tak belahkan mana2 pihak. Jujur saya sedikit terasa dengan entry hamba ALLAH ini tetapi pendekatan yang dibawa itu agak menjengkilkan.


Tapi saya suka ulasan blogger ini:



Ceh kalau setuju angkat kening! ^^



Jangan jadikan blog medan untuk kita bergadoh! Kan dah tak best kan? :)


Ni pandangan sahaja, SERIOUSLY NO OFFENSE PLEASE!