Ads

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Current issue: Propaganda Bersih? Cyberwar & Media Warfare.

2 Comments!


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera.


Pernah tak terasa meluat bila political issue dipropagandakan lepas tu kedua-dua belah pihak cuba untuk memanipulasi rakyat di mana? Di alam siber!


Youtube, Facebook, Twitter adalah powerful media yang boleh influence satu dunia untuk merasa marah, sedih, gembira, ketawa, terharu, simpati tetapi adakah sumber yang diperoleh itu adalah benar? Sejauh manakah keshaihannya? Inilah dipanggil revolusi 2.0. Di mana Mark Zuckerberg adalah billionaire yang membantu kerajaan mahupun pembangkang, menyogok rakyat dengan video2, propaganda tulisan, manuscript, dgn hanya 140 words sahaja mampu menarik perhatian satu dunia dan sebagainya.


Kegilaan media boleh menjadikan manusia taksub dan obses dengan dunia tanpa sempadan ini (seperti saya) :p


ONE WORD: MELUAT!


Malas nak berhujah panjang lebar, hari ini kita saksikan lah video youtube pihak Pro-Kerajaan dan pembangkang. Bagaimana mereka cuba menarik perhatian rakyat untuk mempercayai sesuatu perkara yang berlaku. Jadi tugas siapa nak menilai? Hah anda semua renung-renungkanlah dan selamat beramal.







:: HAHAA... THAT'S ALLRIGHT BECOZ I LOVE THE WAY YOU LIE!! ::


Sumber: http://1peluru.blogspot.com/







LAYANAN POLIS TERHADAP TAHANAN BERSIH


Sumber: http://yuseriyusoff.blogspot.com/







Truth that Cannot Be Covered - Bersih 2.0 09/07/2011



 Only after we cried, we felt the pain, we will treasure our life. For those who want to cover the truth, we hope you can feel the weight of life, and listen to the voice from bottom of our heart. We don't want any tragedy, and so we believe you are. -


Thanks for the support and the love guys. This video wasn't make for blaming or cursing. I believe all who loves malaysia will understand why we share this video. 


We join Bersih 2.0 for one reason, a fair and clean election.
We record everything and present some truth that people need to know.
We are not from any party, or any politics.
We only hope a better future for our country.


Please help to spread if you believe what we believe, about justice, and democracy.


We hope Dear PM, Home Minister, Inspector-General of Police can see this. 
We hope they can feel how their citizen feel. 
We hope of justice, a better future.
We love Malaysia.


Film covered by Canon 550D.
Music are copyrighted and some of videos and photos are used from Internet.


If you do LOVE Malaysia, there's no such Demonstration Guys!


I cuma nak lihat Malaysia ni aman damai seperti biasa. Di mana kita semua berusaha untuk mengekalkan keamanan kita yang sedang kita kecapi sebelum Allah tarik semula nikmat itu.


Bukan bersikap rasict tapi fikirkanlah, jika Malaysia dijajah semula, Chinese boleh pulang ke negara mereka di China manakala Indian juga boleh pulang ke India, tetapi Melayu, di manakah kita bakal berada? Kita tidak boleh lari ke mana2 lagi. Kita akan ditindas. T____T


Saya tidak mahu menjadi pengemis di negara sendiri. 


Kenapa tidak kita bimbangkan issue ini instead?







AKSI PENGKID MELAYU


T___T 


Bukan berniat serta bertujuan mengaibkan. Tapi sudah di YOUTUBE, tempat di mana video anda boleh dilihat satu dunia. 


Jadi setujukah Media Baru lebih pantas dari media tradisional?


P/S: Kenapa berblogging, beryoutubing, berfacebooking, bertwittering menjadi medan berperang antara satu sama lain? Send me your thoughts!!







Ramai mengkafir sesama Islam kerana politik.

2 Comments!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.


Ramai mengkafir sesama Islam kerana politik - Mahathir




Terdapat sebahagian umat Islam di negara ini terlalu mudah dikelirukan hingga sanggup mengkafirkan sesama agama yang menjalinkan kerjasama dengan orang bukan Islam apabila pemimpin mereka berpendirian sedemikian.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mereka begitu fanatik dan akan mengutuk serta mengkafirkan golongan Islam yang menjalinkan kerjasama dengan bukan Islam.


Bagaimanapun katanya, jika pada esoknya pemimpin mereka mengatakan perkara sebaliknya iaitu kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan, para penyokong mereka sedia melupakan tuduhan kafir yang dilemparkan sebelum ini.


"Orang Islam seperti ini mudah dikelirukan. Sekiranya pemimpin mereka kata siapa yang menjalinkan kerjasama dengan orang bukan Islam sebagai kafir, maka kafirlah orang Islam berkenaan.


"Namun, apabila pemimpin sama mengatakan boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam pada keesokannya, maka mereka akan kata ya, sekali gus melupakan tuduhan kafir kepada pihak satu lagi," katanya.


Mahathir berkata demikian dalam blognya di http://chedet.cc/blog/ hari ini.
Dalam blog itu, beliau turut mengulas mengenai kemunduran dan kemiskinan yang dialami oleh dunia Islam ketika ini dan kegagalan negara-negara tersebut muncul sebagai negara membangun.


"Soalnya sekarang kegagalan ini bukan disebabkan agama. Islam yang dibawa oleh Rasulullah 1,400 tahun lalu telah didatangkan dengan cukup sempurna.


"Namun, selepas zaman Rasulullah, telah berlaku penafsiran tentang agama oleh para sarjana Islam yang tulen serta golongan yang mengaku pakar tetapi sebenarnya penipu.
"Keadaan ini menyebabkan sebahagian daripada penafsiran ini berbeza sama sekali dengan Islam yang sebenar," ujarnya.


Di Malaysia katanya, terdapat pertubuhan al-Arqam dan Ayah Pin yang secara terang kedua-dua fahamannya bertentangan dengan Islam.


"Dua fahaman ini mempunyai pengikut masing-masing. Mereka percaya dengan apa yang dibawa oleh kedua-dua fahaman ini. Dalam dunia Islam yang lain terdapat banyak kumpulan yang serupa dengan al-Arqam dan Ayah Pin," ujarnya.


Dalam perkembangan sama beliau berkata, sudah tiba masanya umat Islam kembali mengamalkan ajaran Islam sebenar dengan menjadikan al-Quran dan hadis sebagai rujukan paling utama supaya negara-negara Islam mampu bangkit seperti negara-negara yang lain - UTUSAN