Ads

Kasih Sayang Seorang Rakan

Hye. saya menulis lagi. kali ni tentang kesusahan dan kepayahan saya melalui semua cabaran dan dugaan saya especially dalam menjadi mangsa keadaan (selalu okay). T_T hahaha. saya x kisah langsung malahan saya bangga kerana selalu menjadi center of attraction. hahaha.. Okay tipu! bangga lah sangat, padahal selalu je menangis tepuk tepuk bantal kat bilik kan. (over pulak dah) okay kenapa saya menulis tentang ini? ini kerana saya nak menunjuk? oh tidak sama sekali. ini kerana saya amat bosan okay duduk di bilik MPP sekarang. hahaha. ;p tak lah tak lah, saya suka bercerita so saya nak bercerita lah pada anda semua. nak bace bace, tak nak bace sudey, okay! hahaha. Mangsa keadaan, define mangsa itu? The definition for mangsa is saya selalu menjadi korban, ia korban okay bkn korban untuk perayaan aidiladha ye, bukan bukan, tidak tidak! tetapi korban untuk dijadikan mangsa? WTF, ape ni? hahaha.


okay okay proceed eyla. nak cte cmne eh? hm pernah x rase bila kita x salah tp semua orang tetap nk menghukum kita atas kesalahan tuh?? pernah tak?? pastu bile kita dah mintak maaf, apology, forgiveness dan bermacam2 bahasa lain untuk memohon kemaafan tetapi tiada siapa yang ada untuk menghulurkan tanda kemaafan? okay sumpah sedih, gle sedih! hahaha. tapi takpe saya tak kisah sebab saya dah meminta maaf kan? jika orang itu tidak mahu memaafkan, adakah allah akan menghukum saya? mugkin ya mungkin tidak. hanya allah ajelah yang akan menghukum saya. tapi yang penting hati saya sudah tulus ikhlas meminta maaf dan memaafkan kesalahan semua orang pada saya. saya redha, inilah lumrah kehidupan kan? T_T walaupun terkadang rase terkilan malahan sedih dan juga kecewa tetapi saya pasti allah maha mengetahui segalanya, kan? Masya-Allah.


merapek rapek tapi citenya tak pun lagi kan? hahaha. tadi luahkan isi hati dan kekecewaan saya pada hakim (OMG, sumpah rase gembira hakim ada untuk mendengar cerita2 sedih saya, terharu! thanks hakim! (T_T') pastu tiba-tiba hakim kata "Hakim tengok Eton selalu jadi mangsa keadaan!" lalu saya terfikir sejenak. Adakah benar kata2 hakim itu? saya tanya pada hakim "Hakim am i that bad?" pastu Hakim jawab, "Eton, mcm hakim pernah cakap dulu, klw tiada siapa yang memahami dan mengenali Eton mereka tidak tahu bagaimanakah Eton sebenarnya" Ewah mcm pakar motivasi pulak hakim ni kan? ;p Kata2 itu membuatkan saya selalu menilai diri saya agar tidak "Judge a book by its cover because u never see what is their true colors" Betul tak? sebab itu saya selalu memberi peluang berkata pada diri saya supaya, "Hoi kau takyah lah nak judge org tu cmni lah cmtulah, kau tak kenal pon die sangat kan?" kalau saya tersilap maafkan saya insan yang lemah ini tetapi saya tahu hanya allah yang boleh judge diri kita. betul tak? klau tersalah judge orang kate 'termengumpat lah pulak kan?' hah dah berdosa besar betul tak? free2 je dapat dosa. hahaha.


Pastu perbualan saya dan hakim tadi mengenai seseorang yang dikenali dengan R bukan nama sebenar. ku luahkan segala yang terbuku di dalam hati pada hakim. kerana die memahami saya hampir menangis tidak dapat menahan air mata, okay dah dua hari dua malam saya menangis menangisi penderitaan saya (tetapi pada masa yang sama saya melompat kegembiraan kerana Allah turunkan ujian pada hamba2nya kerana Allah sayangkan hamba2nya dan oleh itu Allah masih sayang akan saya! Oh yehhh! Alhamdulillah) tetapi deep inside saya tahu saya tabah! (tabah habis sampai mlm kejadian saya pergi main hujan jalan sorang2 kat UiTM sedangkan mereka sedang bersuka ria berkaroke di Pot Black) sungguh lah! Kerana orang yang menangis di dalam hati lebih sakit daripada mereka yang menangis menunjukkannya dengan mengeluarkan air mata mereka. itu menunjukkan mereka itu sangat tabah walaupun dah hampir banjir bilik itu dibuatnya! T_T nangis je tahu, ngek! hahaha. tak tak saya tidak berkata mereka yang tidak menangis itu tidak tabah ye, don't get me wrong tapi adakah anda mampu melihat diri anda merana menangis dalam hati daripada menangis dengan mengeluarkan air mata? oh tidak saya tidak sanggup ok! =.='


Cuma saya tidak mampu bercerita bagaimana penderitaan yang saya alami pada tuan tuan, puan puan, mak cik, kawan2 saya di belog ini. Biarlah ku tanggung seorang diri dan mencari jalan penyelesaiannya sendiri. Mencari jalan penyelesaian lebih mudah berbanding mencari punca permasalahan tersebut. buat pe nak dibangkit lagi kan? itu semua sudah berlalu betul tak kawan2? oh biarkan ia berlalu, hentikanlah menyeksa dirimu.... dah stop Eyla, "This Too Shall Past!" okay?? Relax ah! jom kita buat sweet escape g lari kat mane2 sorang2 nak? ahahha. dah-dah takyah nak buat gila kat sini, sat gi satu balai polis segamat, sungai buloh meroyan cari kau, dah nyusahkan orang. Bukan itu sahaja nanti B i pon naik meroyan cari, kesian kat die. Soorry B, Thanks anyway... Nobody love me like u do! :) I mcm tak nak susahkan u lagi lah, kesian u! T_T terkadang terfikir kenapa ada orang yang sangat sayang I mcm lelaki ini? (okay tiba2 hati terpasang lagu 'Lelaki ini' by anuar zain kan?) hahaha. Hanya Allah je yang mampu membalasnya b. Sungguh!


To Hakim, thanks for being such a nice and super duper friend! and tak dilupakan juga pada Amir (Evil Prince) kawan mespes dan mukabuku yang ku sayangi (mamat ni sumpah gentle, haih knp lah lelaki je suka kawan ngan aku) yang mesej tanya "Eyla Are You Okay?" dan juga pada Usher/Nabil yang selalu aje alert tentang statusku di mukabuku (yelah setiap kali ada masalah ku luahkan dekat shout out die mesti comment punya! tahniah Nabil! Anda peminat setia no.1 shout out saya! oh yehhh!) hahaha. dan juga kawan mukabuku saya yang telah comment walaupun merapu2 tapi sangat kelakar seperti Alip Paan (oh die bagi encouragement sungguh Happy), Taslem Raziff (mamat ni memang suka merapek), Hezlan Abd Ghaffar (Die ni gelak2 aje, x tahu pasal apa??), Saiyidah Aisyah (Oh baby ni mmg concern, hihihi), Abg Mat (hahaha. Blur dan pending kenapa lah ngan si eton nih?) dan rakan2 mukabuku saya yang lain juga tak dilupakan! Kesian pada Tiia juga dia mesti pending apa yang berlaku padaku sebab semua shout out ku ditulis dalam bahasa melayu! T_T hahaha. kasihan sayang!


Oleh itu pada semua keep on reading my belog and janganlah bosan bace post yang panjang lebar mcm ni, (letih gak nak menaip nih =.=' ) sebaik ada free time kat Bilik Mpp. Tihehehe. Jadi keluarkan bakat yang terpendam, luahkan hati yang merana dan teruskan menyokong industri belog Malaysia! Oh yehhhh! ;DD Sayang semua, terima kasih, xie xie and moga dapat menaip post yang panjang mcm ni lagi di masa hadapan kelak! Amin! tahniah Eyla! Bye Semua!


♥ Ketawa Dalam Duka,
EyLa

2 Comments!:

dobot said...

hope to know u better,
;)

Atilia said...

eyla, i follow ur blog tp jrg lalu2 sini. sorii.
hmm i ngaku i t'nangis waktu bc ur post ni. sgt menyentuh hati.