Ads

ISLAMISTHEWAYOFLIFE - "KESYUKURAN!!!"

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dengan zatMu yang Maha agung lagi Maha Sempurna, hambaMu yang kerdil lagi dhaif memohon petunjuk dan inayah agar dapat menyebarluaskan kasih Ilahi. Juga mampu hingga ke akhir hayat meraih cinta dan redhaMu, ya Rabbi, ya Rabbul 'izati..... :) :) :) AMiiiiin ramai-ramai!

Dahulu...
Mungkin diri sentiasa mengosongi,
tidak kenal erti kekuatan nurani,
kekosongan menyinggah dan sering menyendiri,
teman-teman ramai yang silih datang & pergi,
susah & senang di hadapi sendiri,
kenal illahi tetapi sering menjauhi,
hingga hidup kosong tak berpenghuni.

Kini....
KAU sentiasa di sisi,
menemani jiwa & hati yang sepi,
membuat ku kembali meyakini,
bahawa aku tidak lagi bersendiri,
KAU berada di hati & mencintai diri ini,
aku yakin KAU berada di sini kini,
sentiasa mendekati & menemani,
membuatkan ku kenal erti cinta nurani.

Masa Hadapan....
Aku mahu dan berharap KAU kekal di sisi,
menemani jiwa & hati yang sunyi,
memberiku cahaya ketulusan hati,
KAU kekasih abadi, KAU kekasih sejati,
membuatku yakin KAU mendengar luahan hati,
mengabuli doa & cita cita diri,
hamparan kesyukuran tidak terperi,
Yang ku harapkan menuju cinta illahi....


Perghhhh. Ni bukan jiwang okay. Ni luahan rasa editor. Assalammualaikum teman-teman. Apa khabar semuanya? (ecececee, macam buat talk show pulak!) Topic hari ini.


Jeng jeng jeng.... (drumroll lagiiii!)
.
.
.
.
.
.

Kesyukuran!!!


SYUKUR ALHAMDULILLAH.... :) :) :) :)

Amaran: Ini bukan thanksgiving yang dok dibangga-banggakan oleh omputeh itu kay, saya tak tahu itu sambutan apa, dan saya tak sambut kayyyy. Jadi jangan harap nak dengar saya dok bersyarah topic thanksgiving tu. hukhuk...


Tapi saya nak cakap saya syukur ALLAH sayang saya, teman-teman & kaum muslimin serta muslimat sekalian. Saya juga bersyukur ALLAH lahirkan saya beragama islam. (waidddup saya bersyukur saya dilahirkan!!!), saya bersyukur saya menjadi ummat NABI MUHAMMAD rasul junjungan kita semua yang amat kita cintai & sayangi, saya syukur saya dilahirkan dalam keluarga yang sempurna (walaupun hari-hari dengar nenek membebel T_T hahahaha), saya bersyukur saya dilahirkan dalam keadaan yang cukup sifatnya (Walaupun rabun jauh, oh no, kena beli contact lens banyak2 spare part jadi mata T_T nangis lagi), saya syukur saya dilahirkan comel & cute sampaikan YuNa pon muka macam saya hehehe (ecece, tak lah gurau je!! HIGHLIGHT EH SAYA BUKAN RIAK, GURAU SAJA), saya syukur saya sekarang belajar di UiTM Di Hatiku, saya syukur saya ada teman-teman seperjuangan yang baik, ikhlas serta redha menerima diri ini (Serious sedih sbb eyton ni suka over-react tapi korang still juga mahu kawan saya, terima kasih T_T saya terharuuuuu P/S: tak nak sebut name nanti ade yang terasa so sape-sape yang rase die teman-teman saya tu HAH, MEMANG ANDALAH ORANGNYA!!!, jgn Down Wehhh...), saya syukur ALLAH beri saya kesempatan jadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan dapat berkerjasama dengan mereka2 yang hebat (two thumbs up & clap laju laju buat kita semua!! (>.<') dan rase-rasenya kalau saya senaraikan kesemua kesyukuran saya kehadrat illahi memang ta cukup weh belog ni cursor tepi die ni jadi kecik sbb panjang sangat keh! (P/S: tak paham takpe, tapi buat-buat paham dah lah keh ngeee~)


Apa yang penting... KERJASAMA! EH tak tak, apa yang penting ialah adakah kita benar-benar bersyukur kepada-NYA? Adakah anda? anda? anda & anda?? (sambil tunjuk2 jari kat korang) Hahhhhh. tepuk dada cepat, tanya diri cepat. (pergh tibe-tibe teringat mimpi nan indah semalam, adehhhhhhh apa YOU buat dalam mimpi I ni? Tapi mimpi best best!) Hoi eyla, apa hang dok tersasar ni! Maaf teman-teman! Apa topic tadi? SYUKUR kan? Hah, ok syukur itu bukan makanan ye, bukan pakaian jauh sekali cekodok. BUKAN YE BUKAN. Tetapi syukur itu ialah:

Bersyukur terhadap nikmat Allah ertinya meletakkan pemberian Allah sesuai dengan empat persyaratan iaitu:

1. Sesuai dengan fungsi
2. Sesuai lokasi
3. Sesuai situasi
4. Secara optimal

Apabila orang pandai bersyukur, maka nikmat Allah akan ditambah lagi. (best best!)
Sebaliknya bila orang tak mau bersyukur atau kufur nikmat maka azab Allah akan diturunkan.

Wahai semua diri yang punya hajat di hati,

Sentiasalah mengingati; "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan akal fikiran agar kamu bersyukur".(QS An-Nahl: 87)

Dengan memerhati maksud ayat tersebut, terasa meresap suatu perasaan di sanubari kita...

Subhannallah! Alhamdulillah! Lailahailallah! Allahuakhbar!

MasyaAllah, Astagfirullah...! Selama ini kita sering mengeluh, merintih dan terkilan kerana tidak beroleh yang kita ingini... Tetapi sedikit sekali kita mensyukuri apa yang telah kita perolehi. Peringatan demi peringatan Allah beri kepada kita... dalam rangka kita menuju dan menghampirkan diri kepadaNya untuk memperolehi redhaNya.

Syukur yang mesti kita nyatakan tidak memadai dengan lafaz lisan sahaja, malah perlu dinyatakan dalam amal perbuatan dan cara hidup harian. Mentaati perintah Allah dan menghindari laranganNya adalah bukti syukur sebenar.

Syukur juga membuktikan penghargaan kita terhadap kebaikan dan pemberian Allah yang Maha Mulia kepada kita. Paling besar pemberianNya adalah dijadikanNya kita khalifah di muka bumi. Dijadikan pula dalam bentuk yang baik dan indah dengan potensi untuk terus cemerlang di dunia dan di akhirat. Ganjaran dari syukur itu akan menambah kebaikan kepada diri yang bersyukur; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmatku maka sesungguhnya azabKu sangat pedih".(QS Ibrahim:7)

Selalunya syukur dikaitkan dengan member karibnya iaitu SABAR. Setuju tak?? angkat kening!! >:)

"TAK SUSAH TAK MASUK SYURGA"

MAKSUD "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak-selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;

* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;

* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;

* tenang/teguh hati menghadapi cubaan atau musibah.


Jadi adakah anda-anda semua bersabar dengan ujianNYA dan bersyukur akan atas nikmat kurnianNYA? Ingatlah ALLAH tidak akan timpakan ujianNYA jika DIA tidak menyayangi & mencintai hamba-hambaNYA kerana itu adalah tanda DIA mahu melihat tahap kesabaran teman-teman semua. OLEH ITU JANGAN MENGELUH babe & Sentiasa bersyukur kalau ditimpa ujian!!! Mungkin ada yang menganggap asal plak aku kena senyum dan sabar padahal assignment banyak, duit sewa rumah tak bayar lagi, tu tak masuk bil air & elektrik, mak sakit lagi, gigi patah lah pulak. ADOOOOI!!! Gile ape?? Tapi harus diingat ALLAH SAYANG & CINTAKAN KAMU sebab tu DIA turunkan ujian dan musibah kepada kita untuk melihat tahap kesyukuran kita... Betul tak? Setuju tak?? Nak tak nak kena setuju jugak sebab.....






Bersyukurlah atas nikmatNYA,

LALU NIKMAT APA YANG KAU MAHU DUSTAKAN??
P/S: Sapa rase bersyukur bace post ni, sila-silalah tinggalkan komen!)

Salam Semut,

EyLa