Ads

Jalan Pulang Ke Pangkuan Tuhan Terlalu Luas

Firman Allah dalam Surah al-Imran ayat 135-136 (maksudnya): "Dan mereka apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa mereka, melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka tahu (akan salah dan akibatnya). Orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal."

..
..
..
..
..
..
..

Baca tu janji-janji Allah! :)

..
..
..
..
..
..
..

Ada lagi satu, IQRA' teman2 Bacalah Dengan Nama Tuhanmu!
..
..
..
..
..
..
..

Firman Allah dengan penuh syahdu dalam Surah Al-Zumar ayat 53 (maksudnya): "Katakanlah: "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

..
..
..
..
..
..

Pulang lah ke Pangkuan Allah. :'(
..
..
..
..
..

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 6-7 (maksudnya): "Sesungguhnya orang-orang yang ingkar itu, sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak memberi amaran, mereka tetap tidak akan beriman. (dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka, pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar."


Assalammualaikum,
Rindu-rindu! hahaha. Maaf kawan2, lappy rosak, x sempat nak update belog. Lagipun saya amat busy (walaupun dah jadi mantan MPP) since terlalu byk kerja yang perlu dibereskan sebelum tamat waktunya. :p Dah bace firman2 di atas. Saya rasa agak tenang dan bertambah takot kepada Yang Maha Esa. Saya sudah menjadi terlalu sensitif dengan dosa sekarang ini sehingga saya menjadi tidak keruan apabila melihat ramai anak-anak remaja yang melakukan banyak perkara yang tidak berfaedah dan merugikan diri sendiri. Saya mahu menegur tetapi apakan daya saya yakin mereka pasti tidak akan mendengar apa yang ingin saya ucapkan.*sigh*. Hanya hati mampu berdoa agar ALLAH bukakan hati mereka dan melimpah ruahkan rahmat ke atas hati & jiwa mereka agar mereka menemui JALAN PULANG KE PANGKUAN TUHAN YANG TERLALU LUAS. :') Amin.

Setakat ni je kot. Will update this blog soon!



SALAM 165,
EyLa





0 Comments!: