Ads

Mencuci Dosa dan Surah Al-Fatihah

Wahai Tuhan jauh sudah.
Lelah kaki melangkah.
Aku hilang tanpa arah.
Rindu hati sinarmu.

Wahai Tuhan aku lemah.
Hilang berlumur noda.
Hapuskanlah terangilah.
Jiwa di hitam jalanku.

Ampunkanlah aku.
Terimalah taubatku.
Sesungguhnya engkau.
Sang maha pengampun dosa.

Ya Robbi, izinkanlah.
Aku kembali padamu.
Meski mungkin takkan sempurna.
Aku sebagai hambamu.

Berikanlah aku.
Kesempaatn waktu.
Aku ingin kembali.
Kembali…

Dan meski aku tak layak.
Sujud padamu.
Dan sungguh tak layak.
Aku…


Assalammualaikum W.B.T,

Saya demam dan diberi MC selama 3 hari. Lama kan? Allah bagi saya rehat dan hapuskan dosa-dosa saya selama di ESQ & menjadi Master of Ceremony(MC jugak) pada MPKP yang lalu. Banyak ter-mengumpat kot! hehehe. Taklah, saya redha dan bersyukur atas ketentuanNya. (Susah sokmo nak zero kan mind kan?) Sebab setan itu terlalu banyak, di mana-mana je bisikan dia tau. (Setan betul!) hahaha. Lalu Allah anugerahkan saya demam yang ber-temperature 38.7*c ok. Lalu tercatatlah nama saya di senarai nama pelajar INFLUENZA LIKE ILLNESS (ILI) pada hari itu. Nerbes nerbes ni asal lak aku ILI? Pastu kena amik darah Oh yeah (La sangat) huhuhu. Tak tahan sakit sampai merengek3 menahannya. Sengal btol minah ni. Pastu dapat ubat yang punyalah banyak adoi sampai menggigil tubuh ini seperti giggles (hihihihi) dalam cte happy tree friends itu (aww cutenya kaw kaler pink!) Sebaik doc kate xde pape, just banyak kuman dan bakteria yang sudah bergerombolan membiak dalam darah (asal rase ayat cam luc** eh?) hehehe. Tak tak, otak jangan kasi kaler biru dan kuning! Setan dekat nanti, no no no! :p

Hehehe, takmau cte pasal diri saya, saya mahu bercerita pasal kelebihan surah Al-Fatihah yang kita baca setiap hari terutama ketika solat 5 waktu. Adakah anda sedar bahawa Allah menjawab surah al-fatihah yang kita baca itu? Tak percaya? OK amik:

Alhamdullilahir Rabbil ‘alamin…..
Maksud:
Segala puji bagi ALLAH, TUHAN semesta alam
ALLAH menjawab: HambaKU telah memuji akan DAKU..

Ar Rahmanir Rahim…..
Maksud:
MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG.
ALLAH menjawab: HambaKU telah menyanjung-KU

Maliki Yaumiddin…..
Maksud:
Yang menguasai hari pembalasan.
ALLAH menjawab: HambaKU telah mengagungkan DAKU..

Iyya kanak budu Wa iyya kanastain…..
Maksud:
Hanya ENGKAUlah yang kami sembah dan hanya kepada ENGKAUlah kami memohon pertolongan
ALLAH menjawab:
Inilah tali penghubung antaraKU dengan hambaKU. Dan hambaKU itu boleh meminta apa sahaja.

Ihdinas Siratal Mustaqiim…..
Maksud:
Tunjukkan kami jalan yang lurus..

Siratal Lazi Na an’amta Alaihim,
Ghairil Magh Dubi ‘alaihim wa Ladh Dhalliin….

Maksud:
Jalan yang ENGKAU telah anugerahkan nikmat ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
ALLAH menjawab:
Semuanya itu adalah khusus untuk hambaKU, dan terserlahlah kepadanya apa sahaja yang ia pohon.


Lalu, Nikmat Tuhan Kamu yang mana lagi yang mahu kamu dustakan?


Salam 165,

EyLa


1 Comments!:

Nur Suaidah Bachok said...

i pon ade wt post psl al-fatihah ni jugak..yeah !! same2..