Ads

Exclusive: B2GATHER dan Warga UiTM Segamat.

Assalammualaikum.

Skema skema skema! Gila blog skema je. Maaf blog asyik cite pasal agama je. Bukan sengaja tapi saya punya suka la. hahaha. Tak tak, sengaja ingat mengingati. Itulah yang saya mampu lakukan, nak berdakwah dengan bagi ceramah kat forum agama hal ehwal islam kang tak cukup banyak ilmu pulak, nak jadi trainer ESQ wanita untuk kids sahaja ade. So cane? Kat blog jelah saya cuba menyampaikan dakwah secara penulisan. Terpulang lah ingin membacanya atau terus menekan "x" tanda tutup apabila nampak entry blog saya pasal agama je. YE, saya dah GILA. Saya mengaku saya gila. Tapi tidak apa2 mungkin gila saya akan membuahkan hasil suatu masa kelak, Insya-ALLAH. Apa kata arab jahiliah ketika nabi Muhammad SAW cuba menyampaikan dakwah dan kebenaran kepada baginda? "KAU GILA MUHAMMAD, KAU GILA!" Jadi kesimpulannya? Fikir dengan mata hati bukan dengan mata kepala. 

OH YEAH, saya tidak tahu apa masalah saya pada anda yang saya pun tak tahu haruskah saya persepsi pada kalian atau tidak. Tetapi saya memohon maaf sekiranya sepanjang saya berada di UiTM Segamat dalam kelas B2GATHER sekiranya saya pernah menyakiti hati kalian atau menguris perasaan kalian dengan ungkapan-ungkapan yang tidak harus dikeluarkan dari mulut saya malahan perbuatan saya. Jutaan maaf saya hulurkan dan harap kalian sudi memaafkan saya. Sekarang saya ingin lakukan ZMP=Zero Mind Process iaitu dengan cara memohon maaf dan sila redhakan perbuatan saya terhadap kalian. Saya sendiri tidak tahu mana salah dan silap saya tetapi hanya ALLAH lah yang maha melihat dan mengetahui segala-galanya lalu saya pohon maafkan saya jika selama ini saya ada melakukan kesalahan kepada kalian. Sungguh saya merasa sangat gembira berada di samping kalian semua dalam kelas B2GATHER. Anda semua sangat best dan sporting! :) Saya doakan kalian berjaya di dunia dan akhirat Insya-ALLAH dan halalkan segala ilmu yang kalian telah curahkan kepada saya sepanjang kita bersama di satu kelas yang indah dan ahlinya Masya-ALLAH sungguh hebat sekali. Sekiranya kalian memerlukan bantuan saya, jangan segan silu untuk menghubungi saya dan saya akan berusaha sedaya upaya untuk membantu kalian dengan sepenuh kekuatan saya, Insya-ALLAH. Semoga kalian berbahagia dan bergembira sentiasa. Halalkan makan minum saya juga ya~

Juga kepada seluruh warga UiTM Segamat terutama ketika saya menjadi Majlis Perwakilan Pelajar (Seki & MPP) dan Pembantu Mahasiswa (PM) yang saya pernah lakukan apa-apa dosa terhadap kalian, sila ampuni saya dan redhakan lah perbuatan saya itu. Sesungguhnya insan tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan walau sebesar zarah pun. Jadi saya seikhlas hati memaafkan kalian semua jika kalian pernah melakukan kesalahan pada saya tidak kira kecil mahupun besar. Saya redha kalian menghina, mencemuh, mengumpat saya atas kesalahan yang saya lakukan terhadap kalian walaupun pada hakikatnya bukanlah saya yang melakukan sedemikian rupa pada kalian. Buku UiTM Segamat telah saya tutup dan letakkan titik noktah terhadapnya semoga ALLAH Merahmati perjalanan suka duka saya semasa berada di tempat yang segar amat itu.

Wah wah, ayat macam dah nak mati je. Hahaha. Atau ucapan early Hari Raya Aidilfitri, Gile. Tapi saya tulus ikhlas menaip ucapan maaf ini semoga kalian sudi memaafkan saya. Zero-Zero yah! Kepada warga UiTM Segamat yang masih kekal di sana, teruskanlah perjuangan kalian di bumi Segamat itu. Hargai dan kenangi setiap detik yang berlalu. Kepada warga UiTM Segamat yang telah pun meninggalkan dan mengangkat kaki daripada wilayah Segamat itu, ingatlah bahawa perjalanan kita masih panjang! Laluilah ia dengan tabah dan teruskan perjuangan di mana sahaja kalian akan berada kelak semoga ALLAH memberikan rahmat kepada kalian kerana bahawa sesungguhnya:

LUASNYA RAHMAT ALLAH SWT

Firman Allah SWT: "Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "Azabku, akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertakwa dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami." [Surah Al-A'araf:156]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasullah s.a.w. bersabda: Allah SWT menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagia. Dia menahan di sisiNya sebanyak sembilan puluh sembilan dan diturunkan ke bumi hanya satu bahagian. Dari satu bahagian inilah seluruh makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain sehinggakan binatang mengangkat kaki dari anaknya takut terpijak atau menyakiti anaknya.
(HR. Imam Bukhary dan Muslim)


EyLa

 


3 Comments!:

wanwan said...

saya pon nak meminta maaf sekiranya ada buat silap salah pd saudari zainatun adilah...samaada sengaja atau tak...sedar atau tidak..harap maafkan juga...biarlah hubungan persahabatan kita kekal sehingga ke akhir hayat

Zainatun Adilah said...

Amin... Thanks bob! :)) BFF~

D said...

jangan mintak maaf bercerita pasal agama..ada org mintak maaf kerana terlalu byk berdakwah?=)
teruskan usaha berdakwah/ saling ingat mengingati dgn penulisan..u got the talent!
peace EtOn!~jenguk2 la blog akak jgk kalu rajin...huhehe..