Ads

Tips & Usaha Untuk Berconvo! (Bagi Bakal2 Graduan)

.SALAM MAAL HIJRAH semua!.

Ewah konon2 dah lama tak update, jadi tajuk ingatkan gempak lah kan? Tapi eleh pasal convo je? Yo yo lah Eyla.


Hahaha, tapi jangan tak tahu! I WAS BLUR pasal everything about convocation sebab? Sebab malas na baca buku panduan lah! hihihi. Taklah. Sebab takde guidance yang membolehkan saya menjadi pandai tentang convocation. Al-maklumlah anak pertama dalam keluarga yang berconvo. Walaupun diploma je, wa bangga wehhh! XD




Okay fine apabila anda sudah selesai menjalani sesi selama 6 semester tanpa ada carry paper lagi, anda dimestikan (bukan diwajibkan eh) untuk menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke berapa2 pun lah ikut batch anda. Harus diingati anda mesti 'Bersih' (tiada carry paper lah maksudnya) baru leh combo! (eh silap, convo!) 

Seterusnya, pada awal semester bermula (setelah anda dah habiskan part 6 diploma ke, degree ke) anda haruslah datang ke UiTM semula untuk melakukan process clearance. Apa itu clearance? Okay bukan pergi jumpa mcik cleaner untuk bersihkan bilik anda di hostel yang bersepah tu, tidak tidak tetapi anda harus berjumpa hulubalang2 besar UiTM untuk membersihkan nama anda di UiTM.

Bagaimana caranya? Oh gampang saja! :) 

1) Pergi ke pejabat Hal Ehwal Akademik (HEA) hah pada siapa yang tak pernah melawat gudang HEA, inilah peluang keemasan anda! :D
- Minta mereka borang untuk process clearance anda, 2 copy diperlukan okay, satu untuk simpanan HEA, manakala satu lagi untuk simpanan Bendahari. :)

2) Isi borang tersebut lah, adalah mintak macam biasa, Nama, IC, kad matrix (adoyaiii kena bgtahu juga ka?) lalu anda harus berjumpa mereka2 ini dan minta tandatangan serta chop mereka:

  •  Pejabat HEA
  • Ketua Program anda. :)
  • Ketua Asrama/kolej anda untuk process clearance dari ape2 saman kalau kain langsir hilang ke, dinding diconteng "I Love you" ke. Settlekan saman tersebut tahu!
  • Seterusnya, perjalanan diteruskan lagi ke LIBRARY UiTM! Hoyehhh kalau ada saman yang tertunggak tu, silalah jelaskan tau. 
  • And then anda harus ke pejabat Bendahari untuk process menge'check' samada anda ada yuran yang belum diselesaikan. 
  • OH lupa anda juga harus ke pejabat ko-kurikulum untuk ambil sijil ko (ala yang korang join kesat la, bomba lah ape kejadah) dan jumpa pegawai mereka untuk process pengecopan borang tersebut. 
P/s: Oh saman DIWAJIBKAN untuk disettelkan. Kalau tak nama anda akan disenarai merah di senarai pelajar2 convocation & transcript anda akan ditahan. (Takleh convo lah kiranya, adoyaiii) :p
 
(Bila orang berpengalaman bercakap, yelah kena bayar denda RM50 ouh lewat pulang buku T__T)
OKAY! Dah settle semua? Apa lagi submit lah borang itu semula ke Pejabat bendahari & Pejabat HEA tau! Kalau bawa kad matrix, kad matrix akan digunting sedikit kat bahagian bawah tu, oh no! :(


LALU, setelah itu, maka bersihlah nama anda di dalam UiTM dan anda berpeluang memenangi tiket ke Majlis istiadat konvokesyen UiTM! Eh, spa kata dah settle abis? Blom lagi ar! :D

Okay anda kena login ke laman web ini http://konvokesyen.uitm.edu.my/ untuk process confirmkan maklumat anda tahu? Sila check nama anda, semua butir dir lah senang cite kat situ. Pergi kat link Pengesahan kehadiran/semakan denda/cetak borang jubah

Okay ikut je instruction kat situ! And then tunggu lah waktu untuk bank in yuran konvokesyen di mana anda akan dapat Beg, jubah, buku, transcript, scroll & etc.
 
Oh bayaran boleh dibuat di kaunter Bank Islam atau guna ATM. Tapi I guna kaunter dan dapatkan resit serta SIMPAN elok2 tahu:


Horaayyy horaaay! Dah settle bayaran? Tunggu jelah waktu keemasan anda! :) UiTM ada banyak sidang untuk convocation tahu. Bergantung pada fakulti & program, jadi masa anda diberitahu di web tersebut lah, sidang ke berapa, pukul berapa & juga anda giliran yg ke berapa. :)

Macam ni:


Oh anda juga di wajibkan melalui process untuk pengesahan graduan di KPT punya website di sini.http://graduat.mohe.gov.my/kpgv5/pengesanan_c.jsp


Lalu dah settle anda harus print slip ini:



Ewahhh, SELAMAT MAJU JAYA bagai! :') 

Masa pengambilan jubah juga disertakan sama, so tayah lah nak risau. :)


Seterusnya, disingkatkan cerita, pada hari bersejarah anda, datang awal ke Hal Ehwal Pelajar di menara SAAS (pelajar UiTM tak tahu, I sekeh kpala sorang2) dan berehat2 di situ sementara menungguh giliran anda dipanggil. Dah tu ape lagi? Tangkap gambar lah dengan jubah anda tu! 

Hihhihi, Mata lebam bam! :)




Susah & senang saya, Efa. :')

Okay babeh aktiviti ini dilakukan apabila anda mempunyai masa lapang lagi (sementara menunggu mereka panggil untuk beratur lah, dah lah nama huruf Z no 862, Terima kasih mak abah! :p)

 Dengan bob, Class Rep bertauliah di dunia.

Dengan Hafiz & bob. Pstt, Hafiz tu ANC beb~


Lalu apabila anda dah pakai lawa2, jubah dan topi dan minta tolong kawan baik anda betulkan, anda akan dipanggil oleh pegawai HEP untuk beratur ikut nombor giliran!! Hip hip horaaay, nebes gila time nih! XD

Tunggu punya tunggu, beratur & beratur tibalah masa anda memasuki dewan dengan beratur yang panjanggggg gila! Wahhh jalan pakai 5 inch heels, gila jauhhh nak jalan! :')  

Ewah masa jalan2 kat red carpet nak masuk Dewan Sri Budiman tu, adelah kamera ape lagi i dan orang depan i punya lah lambai kan. Masuk screen besar oi, sume tgk! Femes sekejap cik kiah! :p

 Orang depan, ambuih cik kiah masuk TB! :p

Lalu masa beratur tunggu nak masuk dewan, mereka akan berikan anda kad ini sebagai tanda anda bakal graduan UiTM yang akan melangkah ke dewan yg penuh prestij itu. (wah ayat nak kaw2 punya!)

Ye ayah saya munya nama pun start huruf Z. T__T

Hehheee, lalu berjalan cat walking lah anda memasuki dewan Sri Budiman. Gila kot, semua teratur gilaaaaaa! BAGUS thumbs up semua urusetia. Pastu tunggu punya tunggu pasang video macam2 lah, ayah dan ibu lah, pasal Raja negara Malaysia lah sementara nak tunggu VVVVVVIP masuk! Adeh! 


Pastu nak tahu apa yang terjadi??? ANDA ALAMILAH SENDIRI! XD 
Pengalaman yang menerujakan! hahahaha. Sumpah tak tipu. Menangis, gelak, senyum tawa semua bergabung menjadi satu! Awuuuu! :)
Dah selesai, penuhi aktiviti anda dengan gambar bergambar kan? WAJIB tau!! :D

These picture, no caption, Untuk tatapan halwa mata. :) 







Cehhh, enough di UiTM kita makan2 pula! Lapar kotttt! Kalau nak bolehlah ke kedai auntie saya di Sek 7, Wang solo namanya. :)






Makan Nasi AYAM PENYET! Terbaik! Lapar lah pulak. :(





Saya bawa segerombolan askar2 melayu untuk support saya! Terima kasih anda semua. Sayang ketat! :')





Wah tiba2 terserempak dengan saudara mara. (Perkara biasa kan?) ;p

Lalu kalau korang rajin, ajak lah semua saudara mara ke mana? ke Outdoor shooting! saya ada juru kamera yang dijemput khas dari planet ultra ungu, ArifZahran, Muaz & Fauzi~ :)






Oh mereka kesayangan saya dunia akhirat! :)))



Seterusnya, dah abis convo sume ape lagi kan kan? SHOOTING STUDIO LAH kan! :D



Kali ni studio buatan, kat rumah je beb! Ini lah hasil kerja keras mereka semua:










 Adoyai, ramai pula yg convo semalam. :p



Hahahaha, rasa macam nak upload semua! :D tapi ni je yang termampu. Hihihi. Kalau larat, ada sedara mara datang hari kedua lepas convo dan anda masih lagi memegang jubah convo, ape lagi, tangkap lah lagi! :p






Hahahaha, dah settle! hari kedua anda haruslah hantar jubah dan topi untuk tuntut scroll tau! :) Jadi ketika otw ke UiTM walaupun cuti Maal Hijrah.

Harus bergambar tahu! XD

Dah sampai? Bagi je jubah & topi tu, sign pape yang patot, anda akan dapat benda ini:



Yeay maka anda sekarang adalah GRADUAN Universiti Teknologi MARA! 


Wah tahniahhhhhhh!

Jangan lupa peluk cium mak ayah, jumpa kawan2 semua ucap congrats, juga JANGAN lupa lecturer2 anda tahu! Ucapkan terima kasih pada mereka!

Okay dah penat dah malam nak tido!:)

Entry ini dibuat bagi mereka yang pending & blur untuk mengikuti konvokesyen anda. Gambar yang ada, sekadar tatapan sahaja. :')



Sayang semua,
 

5 Comments!:

NIA said...

Congratulations for your convocation Eyla :)

Syafiq Afandi said...

beb... tahniah2
hehhe
ape2pun
suma gambo dlm post ni mmg style r.. sume lawa2
..trget degree plak.. wishing u oldabes.. hehhe

Cik Kumbang said...

congrat awk :)

farah said...

congrats! seronoknye :)

zarifahmr said...

waaarghh cepat la tahun depannnn