Ads

Derma Darah

Assalammualaikum

Hye semua, maaf lah tak sempat nak buat entry baru. Ni baru ada masa nak buat! ^__^


Apa khabarkah semua? hihihi.

Okay okay topic pada hari ini ialah derma darah. Kebanyakkan orang akan pengsan bila tengok darah. Kenapa ye? Ntah I pon ta tahu! hahaha, yang penting, semalam adalah kali kedua saya menderma darah saya ini.


Kali pertama ketika I di PLKN Kelantan. Time tu bf I (cina kot dia) hahaha, dia tak bagi I menderma. Sedaya yg mampu dia cuba menghalang perlakuan itu. hahaha. Tetapi atas dasar ingin memberi sumbangan kepada negara, I berkeras juga nak menderma. hahahaa. Yang comelnya dia marah, tapi at the same time dia tgk I dari jauh pastu pastu sanggup tunggu I (sebab time tu I adalah orang yang terakhir menderma T___T) hahaha. 


Naik bas dia buat muka, marah agaknya. Tapi pengalaman menderma time itu adalah seperti berikut:


Masa time nak tahu jenis darah kan dia cucuk dengan something pastu jari automatically berdarah kecil. hhihi. time tu dah cuaks kot! Rasa macam nak pergi wad pembedahan (like WTH?) Aku ni takot darah ke? 


ahhaha, pastu dah tahu jenis darah (I darah A ye kawan2 jadi kalau pape hal berlaku pada saya tolonglah derma darah A pada saya)check blood pressure suma dan akhirnya tibalah masa yang ditunggu....


Nurse datang, senyum2. (Ambuih happy kau eh nak amik darah aku?) 


Lepas tu dia letak beg darah tu. Then dia start cari urat di tangan kiri. Aiseyyy bertambah cuak bila tgk jarum. (Pengsan @_@) hahaha, okay tipu. Pastu first dia masuk, salah kot! Gila kauuuuuu!!! Cari lah urat betul2 wei! Pastu dia keluarkan balik jarum dia cucuk tempat lain pulak!


WTH!!! Sampai 2 kau cucuk aku? Grrrr!!! Lepas tu dia suruh relax je (relax kepala lutut kau kau cucuk aku 2 kali weh!) pastu kuar lah darah melalui tiub2 itu... Masa tu rasa macam lega gila....


Tapi tapiiiiiii masalah masih belum berakhir! Darah I stuck, dia tak mahu keluar. Nurse datang cuak cuak pastu cakap kat I:


"Relax dik, jangan tegang2! Genggam2 tangan tu!"


Sekali dia tamo kuar jugak! hahaha.

Nurse bertambah cuak dan cuak! Aiyokkk, aku mati kau tanggung yer! ^^ hahaha, pastu kakak tu give up tak penuh pun beg blood tu dia dah cabut.


Hahaha, pastu balik kem pening2 macam nak pengsan, lepas tu lebam la tangan ku 2 minggu kot, kaler kunen besar.... Bf 'lama' ku tu risau dia bukan main kan? Tiap hari anta limau sebab I terbaring di katil sehari suntuk lepas menderma. (Dalam hati yes, tayah g kawad!) hihihi. XD


Ni pengalaman pertama derma darah. Hahaha. Tapi pengalaman semalam tade pape yg menarik pun, tapi diabadikan di dalam gambar kenangan. Hihihi. Yang penting nurse tak berani buat tangan kiri lagi sebab dia tak jumpa2 jgk urat. (Kes seperti kes pertama!)


Lalu tangan kanan dijadikan korban. 
Ape lagi menderma lagi lah semalam...



Hahaha, oh yah minggu ini adalah minggu tanpa contact lens untuk ke kuliah! 
(ceh ayat tak tahan!)



Tgk tu tgk tu, urat saya berwarna merah hasil pengeluaran dan penghembusan darah ke beg darah. 
(Ayat merapu abes, maklumlah saya bukan pelajar medic!) 



Hah ini adalah beg darah ye kawan2? :D



Okay jangan gelak, saya memang tak lawa pun.T__T



Jadi inilah darah saya! Semoga ia dapat berbakti kepada manusia yang memerlukannya, AMiN~ :)


P/S: Semua gambar ini dirakam oleh kamera HP Samsung Corby I. 
(gigih pulak kan nak bawa DSLR ke mana-mana?)


Pengalaman yang menerujakan disambut dengan pening2 kepala pastu rasa nak pengsan. Nurse suruh baring balik kat kerusi tu dan berehat so that I tak pengsan... hihihi..


Juga terima kasih kepada Zura & Nita sebab tiba2 terasa nak menderma darah juga! :D Love you guys!


Yang bestnya tentang derma darah ialah dapat makanan free dan dapat sijil! Nak tahu pengalaman ini? Rasakan sendiri! :D


Pergi lah menderma kalau anda mampu dan cukup berani. Bukannya apa, sekali sekala berbakti kepada negara pun apa salahnya kan? Kita ni bukannya askar mahupun tentera yang berjuang kepada negara, tetapi paling kurang tak pun kita telah membantu mereka yang amat memerlukannya kan? :)


Selain itu ingatlah bahawa jika kita berbuat baik kepada sesama manusia, nescaya ALLAH akan juga berbuat baik kepada kita.


Akhir kata saya sudahi kuliah saya dengan wabillahitaufiqwalhidayah, assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh! 

hahahahaa..


Dah macam penceramah agama kan? :D




2 Comments!:

Unknown said...

waaaaaah :)
iera ta boleh derma! darah saya cair :(
kurang haemoglobin :)

bact. said...

saya nak menderma
tapi saya takot jarum
hahahah