Ads

Photos: Earthquake & Tsunami Hit Japan 2011.

.Assalammualaikum.


Baru2 ni dunia digemparkan dengan gegaran 8.9 skala ricter di Japan mengakibatkan Tsunami besar melanda negara tersebut. Oh scaryyyy! @_@


Ni antara photo2 sewaktu kejadian tersebut. Ya ALLAH lindungilah negara kami serta negara-negara lain dari bencana tersebut Amin~






Pergh dah macam cite 2012 dah!


Aww, gambar ini paling scary!!!








Kemusnahan teruk.... :'(


P/S: Tima kacih En Google atas gambar2 ini.

Marilah sama-sama kita berdoa kepada allah supaya kita terlepas dari segala bencana yang menyerang negara kita. Semoga allah memberi kekuatan kepada kita untuk tabah dalam menghadapi ujian dan musibah. Doa ini amat sesuai dibaca oleh setiap umat islam setiap kali selepas solat lima waktu dan juga boleh menjadi wirid bagi musafir yang ingin keluar negara agar dilindungi allah taala dari sebarang bala dan penyakit berjangkit.


Doa Tolak Bala


بسم الله الرحمن الرحيم

تَحَصَّنَا بِذِي اْلعِزَّةِ وَالْجَبَرُوتِ ، وَاعْتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الحَيِّ الَّذِي لاَ يَمُوتُ . اَللَّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذَا الوَباَءَ ، وَقِنَا شَرَّا الرَّدَى ، وَنَجَّنَا ِمنَ الطَّعْنِ وَالطَّاعُونَ وَالْبَلاَءِ ، بِلُطْفِكَ يَا لَطِيْفُ ، يَا خَبِيْرُ ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٍ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالمَيِن َ



Maksudnya :

Kami berlindung dengan Mu ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut kepada Mu Ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam yang ghaib dan kami bertawakkal kepada Mu ya Allah Tuhan yang hidup lagi tidak mati. Wahai tuhan kami jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat dan peliharalah kami daripada segala penyakit berjangkit, taun dan bala bencana, dengan ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkaulah ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad saw dan ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya. Segala pujian hanya bagi Mu ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam.


Amin Ya Rabbal Alamin. :)



Moga ALLAH lindungi penduduk2 Japan dan meningkatkan lagi kesabaran mereka dalam menempuh musibah ini.


♥ 


1 Comments!:

miss aisya said...

Thanks 4 da doa akak..
Jepun yg berteknologi tggi mengesan gegaran pon tak smpt buat ape2..besarnyer kuasa Allah kan akak?

Mungkin Allah nk bgitahu bhwa bumi ni hak-Nya, kita tak berhak walau seinci pon..