Ads

PANASSS: AF9 belum Bermula tapi dah mula cetuskan Kontroversi dan ASTRO hina Penonton?

Assalammualaikum teman-teman.


Okay entry hari ini adalah entry wajib baca. Ayuh kita lihat kontroversi yang berlaku ketika belum lagi bermulanya Akademi Fantasia 9. Korang tahu kan Akademi Fantasia tu ape? Ala rancangan reality TV yang duk melalak lalak nyanyi menuju puncak puncak puncak tu. Tak tahu lah aku puncak mana yang nak dituju. Puncak Alam kot? Ke Puncak Perdana? Hahahaha.


Yang penting belum sempat pelajar2 AF9 dipilih untuk dibawa menuju puncak, siang2 lagi realiti TV ni dah cetuskan kontroversi. Panas Panas!!! Ai tak sudah2 AF ni bikin kontroversi. Pada awal pembikinannya Astro selalu dituduh menipu undi dan sbg. Dan baru2 ni, 25 orang pelajar telah dipilih berdasarkan undian Online & Pilihan Juri. Yeah mungkin ini bukan isunya, tetapi isunya adalah:


1) Di atas dasar apakah pemilihan 25 pelajar AF9 pada kali ini? Adakan benar pilihan penonton dijadikan sebagai salah satu terma yang telah disyaratkan oleh pihak astro?

2) Wajarkan bagi syarikat terkemuka seperti ASTRO yang mempunyai pasukan PR yang kuat dan kukuh menghina para penontonnya dengan mengeluarkan perkataan 'menyalak' di FB AF9?

3) Sebaran fitnah tentang gambar keputusan undian yang dikemukan oleh salah seorang peminat AF9 disangkal oleh Admin AF9 Astro?



Mak aih! Banyak ni Astro kena bako kali ini. Encik Astro di sini saya ada beberapa hujah yang ingin saya kemukakan. Harapan saya agar penulisan saya pada kali ini sampai kepada pihak Astro dan harap perkara ini dapat diselesaikan dengan matang.


Soalan 1:

  Adakan benar pilihan penonton dijadikan sebagai salah satu terma yang telah disyaratkan oleh pihak astro untuk pemilihan peserta AF kali ini?


Saya confiuslah, kawan2 saya juga begitu. Bukan apa kami pelik kenapa pelajar yang begitu tinggi undiaanya, setiap hari dok wallpost aku suruh undi dia dan setiap hari tu jugak lah muka aku gigih melawat page ASTRO untuk mengundi dan alhamdulillah beliau telah mendapat undian yang agak tinggi tetapi beliau tidak berjaya ke TOP 25? HAHAHA~ Gelak galak aku! 

Kenapa jadi begitu ye? Ye ye, dalam terma dan syarat:



Astro akan memilih dua puluh lima (25) peserta (“Peserta Peringkat Separuh Akhir”) daripada empat puluh (40) peserta yang disebut di atas dengan mengambil kira undian-undian umum yang diperolehi daripada Undian Dalam Talian, di mana undian-undian tersebut akan menyumbang lima puluh peratus (50%) dalam pemilihan Peserta Peringkat Separuh Akhir tersebut.



Hah, ada kan undian secara online? Tapi yang peliknya ada peserta yang undiannya ciput mak aih (tak mahu lah sebutkan siapa kan?) tapi berjaya ke TOP 25? Undian Juri dia sampai 50% ke sampai dia berjaya mara ke peringkat seterusnya? Gila hebat peserta tu! 


Ada peserta undian mak aih, aku rasa dia tayah masuk AF pun aku memang salute dia sebab dia dah cukup glemer dah tapi tup tap tup tap TAK TERPILIH? WTH?

Ke propa ASTRO nak pancing kami semua supaya menjadi ahli astro supaya kami dapat undi kawan2 kami? Ini kah cara anda membuat kontroversi lagi?

Okay lawok2! Bak kata Usop "KITA BAKO JE!" hahahaha.


Bila diajukan soalan ini kepada Admin Astro apa jawapan yang mereka beri? Hah, ini adalah benda kedua yang menjadikan isu ini semakin panass...


Soalan Kedua:

Wajarkan bagi syarikat terkemuka seperti ASTRO yang mempunyai pasukan PR yang kuat dan kukuh menghina para penontonnya dengan mengeluarkan perkataan 'menyalak' di FB AF9?


Ini yang aku tak puas hati ni, tang ni memang aku Hot! Bukan hot ape, ye walaupun aku ni tak grad lagi daripada Fakulti Komunikasi & Pengajian Media UiTM tapi aku manusia biasa pun tahu PR tu ape. Ape tu PR? Bukan menambah burukkan keadaan tetapi membaik pulih keadaan, menenangkan pihak yang inginkan jawapan.... Ini tak, ini adalah apa yang dikatakan kepada peminat FB AF9 daripada pihak Admin:



 Kalau korang tak nampak, tekan pada gambar ini. :)


See? Nampak matang dan rational ke Astro mengeluarkan statement seperti ini? Ye aku memang EMO Astro tak masukkan kawan aku yang berbakat tu tapi aku lagi bertambah2 double triple emo bila astro keluarkan statement macam ini? OMG, sumpah ASTRO memalukan pihak PR Media Massa dengan statement seperti ini. Tak wajar lah korang! Memalukan industri Public Relation. 


Bukankah tugas PR menyediakan jawapan yang wajar dan berkesan untuk menenangkan pihak kami yang kebuntuan dan emosi ini? Bukan mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia ada keruh ini....


Betul kan kawan2 PR saya di UiTM? Wajarkan statement ini keluar dari pihak ASTRO? Sebuah syarikat terkemuka yang gah laksana bintang di langit bla bla bla, tapi bila buat statement, ini yang berlaku?


 Balik balik jawapan ini yang kami terima:



Alahai, jawab tu biar bersopan lain kali. Kami ni penonton ASTRO yang boleh dikatakan setia kerana kami sanggup mengundi kawan2 dan menonton AF tiap tahun walaupun tonton Final pun takpelah kan dari tak pernah tahu AF tu ape betul tak?


Macam budak2 je perangai nak komen2 macam ni dalam FB! KELAKAR DOW!


Ko ingat manusia yang menyokong AF9 ni ANJING nak guna perkataan menyalak2?


Lagi satu bertambah angin dan angin aku arini sebab tak pasal2 kerana hal ini members AF9 di FB telah dituduh secara melulu dikatakan meng'edit' gambar2 keputusan undian terakhir para peserta AF9. WTF? Don't you have any better answer Encik ASTRO??


SENTAP MAK NOKS! ~



Soalan Ketiga:

Sebaran fitnah tentang gambar keputusan undian yang dikemukan oleh salah seorang peminat AF9 disangkal oleh Admin AF9 Astro?


Gambar ini:



Gambar ini dipost oleh salah seorang peminat AF9. Ini adalah keputusan akhir semasa pengundian untuk 25 peserta AF9 telah ditutup tetapi gambar ini telah disangkal oleh pihak ASTRO dengan jawapan2 seperti ini:





Hahahaha, OMG! Ni jawapan ASTRO? Syarikat TV Cable terbaik di Malaysia (sehingga sekarang, tapi tak tahu lah kan apa bakal terjadi pada masa hadapan) Ini boleh dikategorikan sebagai fitnah. OH HELLO! Kawan aku tak dapat masuk aku boleh tolerate lagi sebab banyak lagi cara lain nak jadi penyanyi ke sayang tapi bila bab2 media mengeluarkan statement hampeh macam ni aku bertambah2 kesal dow. Serious aku kesal dengan pihak Astro, aku rasa bukan aku je, ramai lagi yang akan kesal kalau baca statement ni.



Ni jawapan yang diberikan oleh pemilik gambar yang telah post gambar ini di Astro, Kasihan dia tak pasal2 difitnah oleh Astro kan?





Hahaha, lawok lawok! Tapi at the same time saya kesal ini jawapan yang tidak berkualiti Astro mampu cetuskan. Kontroversi sangat kan? Tak baik gitu. Janganlah hina dan perlekehkan kami semua seolah-olah kami ni tidak bermaruah. Kami pertahankan mereka yang kami rasa berbakat. Tapi aleh2 kena setepek difitnah oleh kamu semua.


Tak payah bercakap soal law serta terma & syarat sebagainya kalau anda sendiri keliru dengan terma & syarat tersebut. Grrr!



Tak baik punya. Ingat kamilah yang memberi sumber pendapatan kepada anda semua, tanpa kami dok bayar g pos office beratur panjang2 nak bayar bil Astro ni tiap2 bulan semata-mata tanak Astro dipotong di rumah kami kerana apa? Kerana kami YAKIN dan kami tahu Astro memaparkan cerita2 yang menarik, mantap2 untuk tontonan kami sekeluarga. Kalau tak kami takde pasal lah nak buang duit bayar bil beratus2 kat ASTRO walhal kami boleh je tgk TV3, TV1 & sebagainya, FREE OF CHARGE, tak payah bayar pon!


Pada asasnya saya kurang berpuas hati kerana kawan saya tidak berjaya menjadi top 25 AF9, saya tak kisah pun, tak apalah bukan rezeki dia tapi yang buat saya angin ialah apabila kami sebagai penonton diperkotak-katikkan, dihina dan difitnah seolah2 kami ini tiada perasaan...


Harap pihak ASTRO dapat menjawab soalan2 kami dengan hati terbuka. Jangan cepat marah, mudah melenting kerana inilah kami, pelanggan anda. CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT! Always, remember that. 


Sebagai pelajar komunikasi saya kesal dengan statement2 yang dikeluarkan oleh pihak ASTRO. Tak guna apa yang dipelajari oleh Admin yang mengeluarkan statement tersebut (Jika dia adalah daripada bidang komunikasi juga) andai ianya tidak diaplikasi....


Juga kepada teman sekelas saya itu, SABAR jelah sayang. Ada hikmah kenapa ALLAH tak pilih awak sebagai salah seorang peserta. Jika kami pun dilayan seperti anjing, tidak hairanlah jika dia mampu melakukan perkara yang sama kepada awak. Bersyukurlah ALLAH tak pilih awak, ALLAH tanak awak rasa tertekan dengan tohmahan masyarakat sekeliling terhadap AF9 seperti yang dilakukan oleh I sekarang! :) 




Yang telah terpliih tu, TAHNIAH dan teruskan usaha murni anda untuk menjadi glamour melalui AF. 


No worries girl, I'LL ALWAYS SUPPORT YOU! 



Kepada pihak ASTRO, take note! Jangan lakukan kesalahan yang sama seperti ini kembali. Anggaplah entry saya pada kali ini adalah sebagai nasihat, bukannya untuk condemn dan menjatuhkan reputasi anda sebagai salah sebuah syarikat terkemuka di Malaysia.


Saya bising2 ni bukan sebab saya adalah fanatik realiti TV AF, saya tak pernah heran pun tapi saya bercakap atas dasar kemanusiaan. Respecting other people is very important okay especially when you're the famous brand in the WORLD! Note that. Thank you...


Kalau korang nak tahu lebih lanjut korang boleh lah LIKE (like ke?) FB AF9 di facebook.


AKADEMI FANTASIA 9



P/S: Pergh panjang lebo kau! Hamek! :D Oh maaf entry kali ni kurang sopan sikit...


P/S lagi satu: Tayah pandai2 nak kata aku edit kata2 yang dipetik dari FB ni, ni semua asli okay, original, terbaik dari ladang! ;p





16 Comments!:

Makbed said...

Boikot je af9 kali ni. rasa cam dah tak menepati citarasa je la. bek tgk american idol.

akmalhilmi said...

sebab tu smpi skg aku dah tak tgk af
huh

cukup2 la tu

Phat said...

astro mmg sial...nak untung saja....+ hancurkan org kita terutama org melayu...

bRaiN fReEzE said...

Uih.. Buruknye ayat.. Macam zaman budak2 skolah bergado..
Nape nk sampai tulis ayat menyalak?
Hello??? Awak tu patutnya menjawab secara profesional bkn tulis macam budak sekolah rendah menjawab!

ekin mahmud said...

bukannye best sgt pun af skang ni...pilih muka lawa2 je..sore harem..org pilihla yg ade bakat..sumenye politik je

cik EPAL said...

eh dah kua ke top 25?? siapa yang dapat?? ada link tak?

Nabilah Hannah Rafiq said...

dah lebih astro ni.
yelah dia lah sumber melalaikan orang melayu kita

radin fadli said...

kalau dia nak buat pilihan sendiri, thats fine.Tak payahlah dia nak tibai lagi duit pengundi kan, ini duit pengundi dia nak, tapi result tak telus...

syahir messi said...

knape af kluarkan isu meng'edit'screenshot tu? ak rasekan mmg af dah prepare awal2 ngan mendesignkan page undi tu simple2 je.. yg sng tuk diedit... bile dah jd isu psal screenshot, af fitnah mereka telah edit page tu.. wahh pndai tul af ni.. sbb tu selamba je af jawab kite dah mngedit.. dah prepare awal2... haih

Cikgu Fikri said...

Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....................(panjangnyer eeeeeee)

Biar betik?
ish..ish..ish...
Betul2 kontoversi ni..
anyoway, tgk MENTOR 5 best kott..
Ada salma...huhuhuh :)

EB said...

Da lama x tngk AF...
Lps AF4 x tngk lagi..

Nora said...

go eyla go..hehehe...

fariza fauzi said...

i x ckp u cntik i nk komen entri u..
haaahahah !
mmg ntah ape2 je dorg ni...
bukan nk beringat, kalau bukan sbb pengundi ntah dah bankrup dah astro tuu

Anonymous said...

Ada hikmah kenapa ALLAH tak pilih awak sebagai salah seorang peserta. Jika kami pun dilayan seperti anjing, tidak hairanlah jika dia mampu melakukan perkara yang sama kepada awak. Bersyukurlah ALLAH tak pilih awak, ALLAH tanak awak rasa tertekan dengan tohmahan masyarakat

ape maksud awk dgn ayat ni? ALLAH? awk sedar tak ape yng awk ckp neh???

ainakhani said...

wauuuuuuuuuuuuu HOT SIOTTT !

malas dah nak tengok AF. pelik masih ada yang support.

Anonymous said...

peningla dgn bnda ni smua...adoi...