Ads

Semoga Arwah Dicucuri Rahmat Serta Kasih Sayang Daripada ALLAH. RIP akak. :')


Assalammualaikum


Walaupun sudah lewat malam, saya mahu ke Janda Baik esok pagi jam 7.30 sudah harus berkumpul, tetapi saya ingin membuat entry khas kepada sahabat yang saya sudah anggap seperti kakak sendiri. Arwah Nurul Khairiyah, seorang kakak yang baik dan sentiasa tersenyum walaupun sedang menghadapi tekanan dan stressful situation.


Arwah telah meninggalkan kami semua, geng2 Fasilitator UiTM pada petang tadi sekitar jam 5 kerana accident motor di Bulatan Bistari, atau lebih dikenali dengan bulatan UiTM ketika mahu ke McD Seksyen 2 pada pukul 12.30 malam. Arwah melanggar divider jalan dan badan arwah dikatakan tercampak sejauh 40 meter di dalam bulatan dan kepala arwah terhentak ke divider jalan. 


Arwah dikatakan cedera parah dan mengalami kecederaan di kepalanya. Ketika itu arwah ditemani Presiden kami, Zaharin Haris dan beliau adalah saksi kepada kejadian yang meragut nyawa arwah. Sejauh mana kisahnya, hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya. Tetapi arwah koma tidak sedarkan diri selama seminggu dan mengalami pendarahan otak juga tulangnya patah di 10 bahagian sehingga doktor tidak membenarkan arwah sedar. Arwah di rawat di ICU sepanjang tempoh seminggu ini.



Arwah kak Nurul accident pada pukul 12.30 malam, 24hb Mac yang lalu... Kini beliau meninggal pada 31.3.2011, iaitu pada tarikh yang sama saya kehilangan sahabat baik saya ketika di form 5 dahulu, juga akibat kemalangan motor.
Ya ALLAH, sesungguhnya hanya KAU yang maha berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.....



 Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh Nurul Khairiyah dan ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang beriman. Kawan yang membaca, ayuh sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah, semoga arwah tenang di sana.... Kepada keluarga arwah, tabahkan hati, sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi arwah...





Nurul Khairiyah (1988 - 2011)
Al-Fatihah



Kenangan bersama arwah :'(



Kepada rakan-rakan yang saya kasihi, sila berhati-hati di jalanraya... Periksa kenderaan anda sebelum menggunakannya. Peka akan keadaan sekeliling, anda mampu mengubahnya~



P/S: UiTM telah kehilangan seorang pelajar yang bijak pandai ini. We all LOVE YOU akak, forever & always. Rest in Peace...



Boleh x x payah jerit2 APRIL FOOL? FOOL you lah stop fooling yourself!


oh sila baca pautan ini:

http://syahrilkadir.wordpress.com/2009/05/02/jangan-kerap-keluar-malam/


Moga kita semua mendapat manfaat darinya~








15 Comments!:

sizuka[Izzati] said...

Al-Fatihah~

A'IM said...

AL-FATIHAH...banyakkan bersabar

aliaa farhana said...

al-fatihah....semoga arwah ditempat kan di kalangan org2 yg beriman....

Erra Kyra said...

AL FATIHAH~

sedihnyaa...xmampu kehilangan yg tersayang..

Syed Ahmad Fathi said...

Innalillahiwa inna ilaihirajiun.

aiesya said...

alfatihah~

Rizha. said...

Al Fatihah, takziah kepada keluarga arwah.

Mizz Dayana said...

Al-fatihah.

FH said...

Innalillahiwa inna ilaihirajiun.

sy knl arwah.. tp x pernah b'ckp la

nadiahismail said...

al-fatihah. minta izin share ye kat fb sbb kami 1fac.

KatekateKite said...

Al-Fatihah...... T_T

---------------------------------
Satu April Dalam Sejarah . . .

nur ikhyar dee said...

al-fatihah....
moga rohnya dicucuri rahmat...

♣dya aien♣ said...

Innalillah..Al-Fatihah utk kawan eyla..semoga dia d tempatkan d kalangan org2 yg beriman..

ChitChatChirpy said...

i really2 miss her..relly :'(..Al-fatihah..

syahira said...

al-fatihah juga kt kak cahaya . walaupun cuma ade 3 hari dpt jpe arwah , time perkhemahan kat smk bandar tasik kesuma , saya pun rindu ngan arwah . mase sekejap tu mmg xkan sy lupakan smpai bila2 .