Ads

Entry Wajib Baca: Surat Buat Lelaki Budiman.


Ini adalah surat yang ditulis oleh seorang wanita kepada lelaki Budiman 
(versi kenderaan awam) 
More to go soon! :)


Assalammualaikum W.B.T.

Kehadapan lelaki yang budiman lagi gentleman lagi hansem lagi gagah dan perkasa. Di manakah keberadaan anda semua? Saya menulis surat ini buat bacaan anda agar anda sentiasa peka akan keadaan sekeliling anda ya. Bukan niat saya hendak menyinggung perasaan anda semua apatah lagi mencabar kredibiliti anda sebagai seorang lelaki tetapi ini adalah luahan hati saya sebagai seorang wanita yang tidak mahu ke'budiman' anda terjejas kerana perkara yang kecil2 sahaja seperti yang saya ingin jelaskan sebentar lagi.


Wahai lelaki budiman,

Saya tiada kereta apatah lagi motor untuk membawa saya ke Fakulti saya di UiTM kerana bukan sebab saya tidak mampu (cover line) tetapi saya rasa dengan menaiki bas rapid KL hati saya menjadi lebih tenang, yelah tak payah nak fikir2 tentang duit minyak, kereta pancit, rosak tepi jalan betul? Jadi kami yang kaum2 hawa ini mengambil jalan mudah untuk menaiki bus, tetapi alangkah sedihnya kami melihat barisan lelaki2 yang saya gelar budiman duduk dengan sewenang-wenangnya di kerusi2 empuk bas rapid KL tanpa memperdulikan barisan wanita2 anggun yang berdiri macam nak tergolek2 bila bas nak berhenti secara mengejut. Malu tahu tak kami? Sudahlah duduk lepas tu buat muka sombong2 ala2 innocent konon2 macam anda tu tak bersalah! Di manakah kemachoan anda sebagai seorang lelaki? Apalah salahnya anda berkata sekali pada kami "Hai cik adik manis, mai lah duduk, kesian dia bawak barang banyak kan?"

Jangan risau kami tidak akan memukul anda mahupun membuka kuda2 kami, malahan kami akan memandang anda dengan muka yang bercahaya seperti character kartun Jepun sambil berkata di dalam hati, "WOW! Budiman a.k.a Gentleman gila Mamat ni! Kan bagus kalau dapat jadikan suami?" Hah! Bawaknya awek tu cun macam Lisa Surihani, tak ke happy kau dia kata gitu? (Tapi janganlah muka tak hodoh anda tamo kasi duduk juga, gila hampeh? -.-') Lalu kami dengan senang hatinya duduk walaupun anda terpaksa berdiri sambil tersenyum2 ke arah anda. :)


Wahai lelaki budiman lagi,

Kami amat senang sekali kerana kami telah disediakan "Ladies Coach" oleh pihak KTM berhad. Bertapa senangnya hati kami kerana apabila train penuh kami dengan gembiranya tidak perlu berhimpit2 dengan anda sehingga teraba sana teraba sini. Ish ish ish~ Tetapi kadang kala apabila train terlalu sesak, kami terpaksa masuk ke coach yang bukan dikhaskan buat kami, lalu kami terkejut kerana anda semua memandang kami seperti mahu makan kami? Wahhh dimanakah salah kami? Tidak tertulis pula coach lain adalah "Gentleman Coach" a.k.a Koc Budiman? Selepas itu kadang kala saya melihat senario di mana orang tua mahupun wanita mengandung terpaksa berdiri di dalam train kerana kerana anda berpura2 tidur, buat-buat telefon orang, main sms konon2 bajet sibuk sangat mengalahkan menteri (padahal naik KTM jew! -.-') untuk mengelakkan anda dipaksa berdiri untuk memberi laluan kepada mereka2 yang memerlukan kerusi ini.


Aduhai, muka anda sudah cukup kacak sekali lelaki budiman, sangat kacak seperti pelakon korea mahupun hollywood juga bollywood tetapi kenapakah perangai anda tidak kacak dipandang? Aiseyman, bawaknya suatu hari nanti orang tua itu ditakdirkan menjadi nenek dan atuk kepada pasangan yang mahu anda kahwini, apakah yang akan terjadi? HAH! Tu yang kita tak tahu tu. (Wah dramatik sungguh!)


Wahai lelaki budiman lagi lagi,

Saya tidak menunding jari ke arah mana mana pihak tahu kerana saya yakin, anda semua pasti ada sebab munasabah kenapa anda berkelakuan seperti itu. Cumanya saya terkilan kerana lelaki budiman saya lihat sudah tiada di budaya masyarakat kita kini. Adakah anda semua sakit kaki lenguh2 apabila berdiri terlalu lama di dalam pengangkutan awan? Jadi kalau anda lenguh, bagaimana pula dengan wanita mengandung yang punya anak untuk dikandung itu rasa jika anda tidak memberi ruang dan peluang untuk mereka mendapatkan keselesaan daripada anda? Ish ish ish, ta baik punya!

Lalu apakah perasaan anda apabila nenek anda yang mahu ke KL melihat keadaan anda dengan menaiki train (konon2 nak travel pakai komuter lah, nak merasa tak gitu?) tetapi nenek anda telah dihimpit2, diherdik2 malahan tidak diberi peluang untuk duduk, mampuih lenguh satu badan bila sampai ke rumah anda, silap2 haribulan sampai masuk hospital kekejangan otot. Nauzubillah~


Para budi-budiman sekalian,

Secara konklusinya, anda haruslah sentiasa beringat bahawa kenderaan awam adalah tempat anda menunjukkan ke"budiman" nan anda di samping membuktikan bahawa anda macho lah di hadapan khalayak ramai terutama sekali wanita! Oleh itu, siapa tahu anda bakal mendapatkan jodoh hanya dengan memberikan wanita insan yang comel lote (seperti saya ni) duduk apabila anda berada di dalam kenderaan tersebut! Kami tidak lemah tetapi kami mahukan LELAKI Budiman!!! Juga jangan lupa, buat sesuatu kerja itu haruslah ikhlas, semoga ALLAH sahaja yang dapat membalasnya, Amin! Akhir kata saya akhiri surat saya dengan pantun ini,


Pen merah pen biru,
Susah2 kita bako jerrr!!!


Pecah kaca pecah gelas,
sudah balas harap komen! 
(Ni Versi alaf baru!)


Sekian, meacih! :p 





3 Comments!:

Fakrul said...
This comment has been removed by the author.
kindergartenlibrary said...

ayat sweet !

KatekateKite said...

fuhhh...

betullah! kat Malaysia nih dah hilang laki laki budiman kot!

serius! mereka memang macam buat buat tak paham, mentang2 lah wanita yang ayu lagi comel nih semakin kuat!

hurmm.. =.='