Ads

Ketenangan yang dicari akhirnya telah ditemui

Salam...

Wah belog kuh!!! Daku amat merinduimu. Ok fine saya hilang selama satu bulan kerana saya sangat rajin mengupdate fb dr belog. Ok tak tak tak saya tipu. Sebenarnya saya sedang mencari diri sendiri yang hilang. Too many problems = stress lalu semua benda cam xde mood je nak buat kan? T_T Redha jelah. Lalu ku cekalkan hati untuk mencari jawapan dan terus mencari di mana silapnya, hingga akhirnya sampai 051209 saya telah temui ketenangan dan kasih saying yang begitu abadi disuntik ke dalam diri ini bagaikan steroid dimasukkan ke dalam badan ini sehingga saya menjadi addicted into it! Ok ok saya melebih2! :p


Tanggal 5-6 Disember saya bersama 5 rakan dijemput untuk menghadiri kursus ESQ 165 Way yang khusus bagi meningkatkan leadership kami sebagai MPP (padahal dah hampir mantan kan?) hahaha. Tapi syukurlah kerana kursus yg sebenarnya dijalankan pada awal September kalau tak silap telah ditunda pada bulan Disember 6 hari sebelum saya mencecah usia 20 tahun! Alangkah bahagianya saya kerana Allah telah memberikan hidayah-NYA kepadaku sebelum daku mencecah usia 20 tahun di mana hati manusia menjadi keras dan sukar menerima nasihat! <-- okay ni efa yang kata keh. Hahaha. Alhamdulillah Syukurlah ke hadrat illahi dengan limpah kurnianya dapat kami (Efa, Reefa, Sony, Abg & Aizat) dapat bersama-sama berkumpul di majlis ilmu ini yang diasaskan oleh Dr Ary Ginanjar seorang pakar motivasi & Spiritualitas daripada Indonesia. (Pergh mcm bagi ucapan pembukaan majlis forum perdana hal-ehwal islam) hahaha. Tapi memang teramat best kursus tersebut sehingga saya tak tahu nak buat laporan macam mana untuk diberikan pada HEP apabila buka sem kelak! (dah terbayang muka kak Midah cekak pinggang marah2 kenapa laporan tak hantar lagi, Maaf kak Midah!) penceramah eh bkn apa nak panggil eh pakar motivasi iatu Pak Firdaus yang sumpah gila punya sporting + Kelakar macam MR BEAN + Tiba2 boleh bertukar menjadi serious dan menengking2 (Ok bukan tengking tp tinggikan sore sikit) + terserlah kehumoran nya membuatkan anda tidak kering gusi dan boleh menangis tanpa henti! TRY LAH KORANG!!! Hahaha. Pengalaman dua hari yg tidak mungkin dapat ku lupakan seumur hidup telah membawa kami menyusuri inner & outer journey berserta penerangan lanjut mengenai Emotional Spiritual Quotient (ESQ) way 165 yang bermaksud 1 nilai, 6 rukun iman dan 5 rukun islam. ESQ bukan badan dakwah tetapi leadership centre yang byk memberikan motivasi-motivasi untuk personal self-development. Saya telah membaca berpuluh2 buku motivasi termasuk THE SECRET tetapi tidak boleh menandingi ESQ Book & Training. Modul2 yang member impact yg begitu besar sehingga kita yakin dan mampu mencari persoalan “WHO AM I?” yang acapkali ditanya oleh diri sendiri dan saya yakin anda akan mendapatkan jawapannya di sini.


Bukan itu sahaja, ia juga membawa kita bersama mengenali pencipta kita yang MAHA AGUNG dan siapakah yang benar2 mencintai diri kita. Saya tak mahu bercerita lebih mengenai kursus ini anda haruslah “FEEL THE EXPERIENCE” by yourself. Walaupun yuran nya agak mahal tetapi ia amatlah berbaloi2 (iklan celcom skit) Serious anda pasti tidak menyesal sekiranya anda mengikuti program ini. Jangan lah diri anda hanya mempunyai IQ dan EQ yg tinggi kerana ia nya tidak mencukupi untuk menaiktarafkan diri anda. Seperti dalam lagu DEMI MATAHARI nyanyian SNADA “Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan, beruntung bagi yang mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya” jadi renung-renungkanlah rakan2 semoga anda tergolong dalam golongan org2 yang beriman dan diredhai Allah... Insya-Allah! Saya sentiasa mendoakan rakan2 saya.. :) Tidak kurang juga, kita dapat byk kwn baru! Hehhehe. CIK NUR SU’ADIAH adalah antara salah seorang alumni ESQ yang saya yakin cukup mempunyai perwatakkan yang menarik dan suka mengusik orang lain! Hahaha. Babe you memang carik pasal. :p hahaha. Nice knowing yah! ^_* BFF Okeng. Yang paling seronok sekali bukan sahaja dapat stay hotel dan makan makanan yang sedap2 berlaka tapi yuran penyertaan adalah seumur hidup, jadi anda boleh g recharge di mana2 kursus ESQ pada bila-bila masa! BEST DOWH!!! Tambah keyakinan terhadap diri sendiri dan saya sentiasa mengalu-alukan kedatangan kawan2 dan saudara mara saya untuk mendaftar menjadi peserta ESQ. TAK RUGI cari ilmu. Tapi sangat rugi jika tak cari ilmu! Kan kawan2 kan? Hehehe. Saya berasa lega kerana akhirnya ketenangan yg dicari selama ini telah ku temui dan saya ingin mencintai DIA dengan setulus hati saya. Amin. :)


Saya akan rajin update belog ni since sifat malas adalah sifat syaitan kan? :p jadi saya dah penat menjadi hamba syaitan selama ini, jahil dan begitu bodoh mengikuti segala arahan si setan yg tidak akan pernah berhenti merasuk dan merosakkan anak adam hingga ke akhir dunia. Oleh itu, stop it setan and i akan sentiasa patuh pada arahan Allah sekarang! Jadi back-off setan2 dan jangan harap aku nak ikot kau lagi. Penat keh penat! Bukan dapat pape pon (melainkan balasan neraka bila dah mati kelak) sedangkan klw ikot Allah banyak manfaatnya okeyh kawan2. :D Contohnya seperti:

1) Kelebihan Sujud


Sujud lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.


2) Fadhilat Solat

Hazrat Abu Zar RA berkata,

“Suatu ketika Rasulullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda, ” Wahai Abu Zar.” Saya menyahut, “Saya, Ya Rasulullah.” Kemudian Baginda SAW bersabda, “Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapat keredhaan ALLAH TAALA, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok.”


3) Kelebihan Zakat

• Badannya bersih dari dosa-dosa.
• Dibebaskan dari api neraka.
• Puasanya diterima.
• Pasti memperoleh Syurga.
• Keluar dari kubur dalam keadaan aman.
• Semua kebaikan yang dia lakukan pada akhir tahun itu diterima.
• Dia pasti mendapat syafaatku pada Hari Kiamat.
• Dia akan melintas di atas Sirat bagaikan kilat yang menyambar.
• Mizannya akan berat dan penuh dengan kebaikan.
• Allah Taala akan menghapuskan namanya dari daftar orang-orang celaka.


“Lalu nikmat manakah yang kamu mahu dustakan?”


Hahaha, cukup-cukup buat sekarang. Akan diupdate lagi kelak! Selamat membaca kawan2! :)




Eyla

5 Comments!:

Nur Suaidah Bachok said...

seriously !
it touched me a lot~
sy tidak tahu bagaimana nk tulis.
tpi telah disampaikan oleh kamu dengan sangat baik eyla !!
wow ! sungguh terharu..!cemburu kerana tidak punya bakat sebaik kamu.
tapi ku bersyukur kerana mampu menulis dan sekurang2nya hidup dibumi ini..
Subhanallah atas kebesaran Allah. memeberikan nikmat kepada hamba2nya..alhamdulillah~

eyla!tanx again sbb ade nama i.. hehe. nway, akn ku update blog selaras dengan diri. huhu~

Saiyidah Aisyah said...

salam sahabatku. :)
betapa hati ini berasa sangat lega melihat perubahan dalam diri kamu. tak terkata.
kamu sangat bertuah kerana mendapat hidayah dariNYA tepat pada masanya.
saya juga dalam process mendekatkan diri kepadaNYA jua.
terasa diri ini sudah alpa dan lalai serta jauh dariNYA. ya dan kita tiba masanya kita sama-sama sedar. :)
marilah kita bersama menuju puncak keredhaan ilahi yang hakiki. sesungguhnya itu lah membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. insyaAllah. :)
JAGA DIRI.

*maaf ayat i tak sebarapa, saja mhu mengingatkn. semoga kita bersama mendapat manfaat darinya. AMIN

Anonymous said...

you get what you deserve.
Hidayah dah sampai on time, taniah dan selamat beramal. Sama2 kita buat yang terbaik terhadap ilahi tanpa jemu.
Good Luck!
:)

Unknown said...

waa...nice entry :)

Anonymous said...

051209? my bday