Ads

Subjek: Mari Mengenali Penjagaan Muka dan Muka-Naik.

Assalammualaikum. Ye ye, arini saya tak nak membebel pasal keluarga saya. Esok okay untuk yang seterusnya dan seterusnya! (^^)v Saya bukan malas, saya malas (Malas jugak kan Eyla T_T) nak cite nanti korang gelak2 lagi. Kesian auntie2 and uncle2 I. ;p Kepada sesiapa yang telah komen, I lapppp lap youu veryyy dah mucho mucho. hahaha. (OMG Spanish dah berabuk, tolonglah cakap Spanish dengan saya, saya merayu pada andaaaaa semua) hahaha. Nanti lupa lah babe, cite Spanish kat TB pun dah takde ada plak cite SHE-WOLF yang tak mungkin akak ku layan sebab layan cerita 'CAHAYA' kat astro Prima setiap hari Jam 3 sebab ade DUDE HERLINO (OMG, YOUUUUU HANSEMMM BANGAT dehhh) bhaha. Cerita tu jadi bersemangat nak tengok hari2 sebab ada DUDE and kalau tak memang I takkan layan lah macam cite 'TASBIH CINTA' yang nak buat plan pun kena bagitahu as if penonton semua bodoh tak tahu apa yang dia nak lakukan.


~Awww, Indahnya Ciptaan ALLAH~

Korang yang lelaki jangan jeles k bila baca blog ni sebab korang sume pun hansem sebab bace entry ni. *Ehem3 Wink* hahaa.. Thanks sebab bace. Okayyyy Back to story morry cite hari ini berkisar tentang penjagaan kulit dan raut wajah untuk kawan2 kat rumah tu especially bagi kaum hawa ya dan juga accessories yang digunakan untuk muka sebelum pergi outing (Muka-Naik a.k.a make-up okay pada siapa yang tak faham) Okay zasss, kita terjah:

 * I just Bought from Gardenia, Eh salah Guardian OU*
Neutrogena Hydro Boost

Cleanser: RM29.90
Toner: RM28.90
Moisturizer: RM45.90
(HARGA main bedal je sebab dah lupa Tapi total RM110 gak ar)

Okay a bit details about this neutrogena range of skin product. Eceh, dah macam promotor Guardian. Okay i mengaku I TERPEDAYA dengan pujuk rayu promoter Guardian tu. DIA yang PAKSA i beli product niiii. OH NO! Semua salah KAU KAUUUUUU. Kau telah memusnahkan hidup ku, kau telah menghancurkan hatiku (wehhhh Eyla, over nampak?) Maaf fellowss.. hahaha. Promoter tu cakap product ni sesuai untuk kulit muka yang kering dan kusam lagi masam bertambah garam dan asam pedas. Bhaha. Tak tak, ini serious. Dia kata die boleh hydrate kan kulit kita menjadi segar bugar seperti anggur yang ditanam di Venice okay. (Tipu lagi, wahaha) Sebenarnya kalau nak kasi kulit cukup hydrate minum air masak 8 liter setiap hari pun dah cukup! :D Okay serious mode balik. Memang ok lah so far pakai product ni. Harga pun not bad. Aritu beli 3 set which consist of Cleanser, Toner and Moisturizer (okay buat pengetahuan semua ini adalah basic face treatment untuk wajah anda, HARUS okay) dapat percuma dari amoi (amoi ke?) die bagi percuma beg Neutrogena (Sebab hari SABTU is SELANGOR NO PLASTIC BAG DAY okayyy) and percuma scrub untuk black head dan UV Protection. Baik sungguh hati kau eh sebab kau dah berjaya tarik aku beli kan kan? AHHH SUDAH, aku takkan terpedaya kerana kau lagi, PROMOTER tak sedar diri (wah Eyla EMO lagi) tak tak, dia gurau saje. :D

Okay sini nak show die punya pamplet curi kat Google. Thanks DARLING.
 
*Paham2 lah nak buat ape kalau tak nampak*

Hahaha, excited gila pakai product ni. Tiap malam gigih mengurut pipi yang AZAM kata dah macam telurrrrr ni. T_T Kau memang sengal. sebab tu aku x pernah suka kat kau. hahaha. Actually dia ade lagi satu kena pakai, Essence nama dia tapi takde duit banyak a nak beli tu. Mahallll! Siapa nak sponsor bolehlah donate kat tabung kemanusian Essence Eyla. Bayar guna Paypal okay, tak mahal RM60 je. Tolonglah sponsor T_T. hahaa. Tak gurauan semata. Tapi kalau betul pun apa salahnye kan. hahahaa. Okayyyy enuff about penjagaan muka sekarang kita beralih pula pada Muka-naik yang saya gunakan. 

Okay cuba teka, saya suka tengok cerita korea. Saya suka tengok mamat hansem sorang ni yang lately asik terbayang2 di minda dan sering kali serta acap kali berada di dalam fikiran saya. Awww. Kenapalah kau hansem sangat bang oiiii! Kau dah attract 10 juta orang suka kat kau tau tak, TERMASUK I. :p Cuba teka siapa? Cepat siapa cepat dapat hadiah 'KAU MEMANG HEBAT' ditaja oleh nenek depan rumah saya... AYUHHH. Hah? Nak hint?? Sure can one, die berlakon Boys Over Flowers dan namanya LEE MIN HO. OMG, did I just tell you the answer? Woppsss, nampaknya hadiah itu buat sayaaaa~ Hahaha. 

*Kau memang sexual attraction lah sayang* 

Dia saya munya okayyy. Okay sekarang cuba teka dia jadi model untuk product ape? tak tahu? tak tahu? U ols bukan peminat sejati die lah cmtu, DIA Model ETUDE HOUSE lah. Yang kedai die semua decorate kaler PINK tu. Ya ALLAH, LAWA KOTTT! (Tiba2 terngiang2 lagu Baby Justin Bieber plak, cane??) hahaa.

*Rumah kau memang cantik, nak satu?*

I have full range of ETUDE house basic make up macam ni.

*Paham2 lah nak buat ape kalau tak nampak*
 1. Etude Dream On Base Slim & Cover
2. Etude Baby On Foundation
3. Etude Peach Skin Pact
4. Etude Petit Darling Eyes Matte
5. Elianto Eye-Liner
6. Chanel Blusher Limited Edition
7. Etude House Aqua Sherbet Mist * 
8. Etude Juicy Pop Tube No. 11
~After Make-Up Remover From Secret~
(yang Pasti Most of Them Di-sponsored By)

hahaha, excited gila pakai ni bila keluar. Confidence level pun naik dengan baik. bhahaha. GILA. Okay quick recap pasal ETUDE HOUSE AQUA SHERBET MIST eh. tu je. Okay this product actually dia macam spray tau, u spray kat muka after dah put on foundation, compact powder, blusher semua so that your make will long last sampai satu hari. YEAH, I tak tipu, sangat susah nak dapatkan di ETUDE House branch sebab selalu out of stock, Bengang! T_T akhirnya, dalam genggaman. best gak la. Sejuk... hahaha. Okay okay nak pesan je ni deh, kalau keluar setakat nak pegi beli ikan kat kedai x sampai 5 minit dari rumah kau x payah lah beria2 nak pakai heavy2 make-up macam ni. Tu keje gila weh, xde sapa nak mengorat nye kat kedai ikan tu unless ade mamat hansem selalu beli ikan untuk mak dia kat situ tapi HELLO! ade ke lagi mamat cenggini kat dunia? hahaha.

Pesanan ringkas lagi, tak payah susah2 nak tiru macam saya (PERGH EYLA BAJET FEYMES!) ah sebab saya bukan Hanis Zalikha yang lawa dan memberi influential yang besar kepada blogger2 di luar sana tu. Saya nak berkongsi cerita je okay! Tapi ingat kecantikan ada pada hati sanubari kita okay. Tak payah nak over sangat dalam pemakaian mahupun keterampilan (unless ade DINNER okay) hahaha. Ingat tu. ALLAH tak suka orang yang berlebihan. Ecece. hahaa.


Okay dah penat mengomel,
Update Later~

12 Comments!:

SaiyidahAisyah said...

ahaa. etude product tu comel gile packaging! :D
menarik perhatian ni.
btw, mesti mahal ann?
itu yang tak best nak dgr tu :p

Zainatun Adilah said...

Saiyidah: yahhh, betul. Comel comel gilaaaa...
Mahal. Ada promosi je i beli kalau tak bye2 etude. haaha
:D

jane said...

aduiiiiiiii

i suke lelaki bju merah ni tau...

tgk dalam cinta medina

ewwwwwwww;)

Zainatun Adilah said...

hahaha, ye ke? tahu xpeeee! CUTE gilaaa!

+akufobia+ said...

uhhuhh.malas nak habis banyak duit.minum air banyakbanyak.yeaa.terima kasih air.

SaiyidahAisyah said...

lagu ni best jugeee! sape nyi yee?

MarelFira said...

wah dia da pki neutrogena..aish, btul ka eja nih..hee

Zainatun Adilah said...

AkuFobia: hahaha, air adalah ubat terbaikk!

Zainatun Adilah said...

Ecah: Rapuh, Opick. Lagu opick semua best3!

Zainatun Adilah said...

Marel: Betul dah tu si cantik! :D

otak ketat said...

aduh. mas satria! haha. dude cute! tp aku lg suka baim wong and rionaldo stokhorst. hee.

SaiyidahAisyah said...

babe! i pergi etude tadi. i beli eyeliner die. nga sale. mura gileee! :D
hehee.
ehh yang dream on base tu untuk ape ehh?
mcm best je :)