Ads

Bila Ally Iskandar & Afdlin Shauki pun mengaku.....


Assalammualaikum. :)


Semalam saya ditugaskan untuk menemani crew Ohbulan.com yang sudah semestinya Malaysia leading Entertainment Online News. Jadi sebelum smlm saya teman mereka untuk Majlis berbuka bersama Tune Group. Jadi adalah CEO Tune Talk, quite famous Malaysian Singer suatu ketika dahulu, J.LO. Hamai sumpah dia sangat cool dan peramah gila. Jadi kami bertukar2 number lah ape lagi kan kan? hihihi. Sempat bergambar. Dia mcm terkejut sikit sbb i nak tangkap gambar dgn dia. Maaflah saya ni tak keruan bila jumpa retis. Tapi kena cover2 sikit since al-maklumlah kita ni wakil media. So lepas ni jumpa dia dah xde2 nak tangkap gambar lagi. Maka rebutlah peluang yg ada! :p



  Lol. XD


Gmbar ini telah menimbulkan kejelesan yang teramat dalam kalangan Classmates. Mereka memaksa saya membawa mereka ke konsert Foo Fighters yang bakal dibawa masuk oleh Tune Talk seperti Justin Bieber, Paramore sebelum ini. Okay baik nak ikottttttttttttttttttt!!! :p Makanya back to the stories!! Semalam saya ke rakaman Mentor 5 Raya. Antara para retis yang hadir ialah of coure mentor and protege Mentor 5 tak berapa nak recall sangat seperti of course Erra Fazira dan Salma, Kak Ani dan Shiha, Ika, Noh Hujan, Ajai, Afdlin Shauki dan sudah tentu emceenya yang kacak juga turut serta bersama Ally Iskandar. (pssst, dia dah single sekarang)


I was seated in front with Ohbulan Media crew. First nampak abg Ally kat backstage masa dia nak tuka baju. Masa tu dia senyum2 hemo hemo je! hehehe. Lepas tu dah masuk semua dah lah barisan depan, sat g abg Ally lalu dan bercakap di microphonenya....


"La ingatkan Y*** tadi!" 


I pon macam..... Errrr, hahahaha. Gelak je. dan tergamam. Itu je yang termampu. Hahaha. Walaupun sebelum masuk ke dalam studio semua orang pandang muka pelik dan masing2 berbisik sesama sendiri mengatakan dialog seperti ini:


"Weh Y*** la, Y***!"


Dan daku dengan muka keayuan pun berjalan macam konon2 diva padahal muka dah merah padam. Haish haish. Kisah ini belum berakhir ya.... kami kemudian menonton rakaman Mentor Raya dan melihat Erra Fazira rapping, Afdlin Shauki jadi orang tak siuman, Black terlupa lirik... Opsss terlebih sudahhh! :P




Kemudian di kerusi depan tu mulalah Editor OhBulan En.H menuturkan bicara dengan reporter di sebelahnya. Reporter daripada Utusan itu menyapa dan daku menyapa dia semula. Tetapi alangkah terkejutnya ketikaku disapa beliau berkata:


"Saya mati2 ingat Y*** tadi, baru nak interview!" 


In this situation should i:
PICK ONE:

Y(^___*)Y


or 


(-___-)"


Hahahhaa. Apa yang termampu? Mesti korang berharap saya boleh dengan sepantas kilat daku meminjam gitar Noh Salleh dan menyanyikan lagu "OH BULAN" tetapi malangnya saya hanya mampu tersenyum dan berkata "OH BUKAN" Harap maklum. 


Tidak tidakkkkk! Kisah ini tidak berakhir di situ sahaja. Setelah itu saya di ajak oleh En.H untuk lepak di luar bersama reporter media yang lain. Semuanya memandang dan berbisik sesama sendiri. Daku berkata di dalam hati 'Ni mesti cakap muka aku macam Y*** lah ni! Haippppp.... Lalu duduk semeja bersama reporter2 lain dan juga PR manager yang lain2 juga.


Kisah di sini terpaksa dirahsiakan.....


Kemudian daku mengajak journalist OhBulan! untuk tangkap gambar bersama... 



Si abam macho single ini. hehehe. Senyuman kami sama kan kan?


Dan sempat juga daku menangkap gambar Noh Hujan diinterview oleh wartawan tentang kisah nya dengan MizzNina setelah berkahwin:





Hahaha, sumpah bro Noh ni kelakar gila. XD


Then bila dah nak balik kan kan, hahaha, terserempak sama Abam Afdlin. Ape lagi laju2 wa halang nak tangkap gambar tapi dia berkata:


"Jap ye bagi saya pergi toilet dulu...."
(Sambil jalan laju2)


Hahahha, sumpah lawak dia. :p


Lepas tu dapatlah sekeping dua gambar bersama beliau:



He's awesome lah! Tak sombong langsung.


Lalu kami masuk lift bersama2. Mulalah kisah ini.... Di dalam lift yang hening, Abg Afdlin menekan butang B1 dan B2 dan kemudian lift menyusur laju kebawah. Di dalamnya adalah saya, En.H, journalist, Afdlin Shauki bersama crewnya.... Maka tercetuslah dialog ini:


"Macam Y*** lah kau ni, biasa tak dengar orang kata macam tu?"


Dalam hati: Cis kena lagi. Abg Afdlin pun sama? Adudududu.


Taknak suasana jadi kelam daku pun menjawab:


Sambil tersenyum: "Ahhh, hari-hari kot" hehehe. 
(Senyum malu2 nak kena lempang)


Abg Afdlin: "Hah kan aku dah kata dah"

Eyla: "Knp abg Afdlin nak ajak saya berlakon sama ke?"


Satu lift gelak galak. Woah laju kau ambil kesempatan ye Eyton eh Eyla? 


Hahaha. Sudahnya dia keluar lift sambil lambai lambai siap bagi flying kiss lagi! Kau hado? <--- Ini adalah rekaan dan khayalan penulis semata-mata ye.


Okay enough gi balik rumah cepat! Mak dah bising dah. hahahaa. XD


Jadi inilah perjalanan career saya di alam media kelak. Saja2 jelah ikot nak kenal2 dengan mereka ni. Al-maklumlah senang nanti nak mintak keje kan kan? Alamak kantoi motif! hahaha. Lepas ni more event will be updating soon.


Haish, apa kata korang doakan saya kaya dan famous macam si Y*** tu bila nampak saya? Amiinnnn! 


Thanks for reading semua!! :D


P/S: Abg Ally Iskandar & Afdlin Shauki akhirnya mengaku..... muka aku macam Y***. T____T


SIAPAKAH Y***? Cari sendiri. 



18 Comments!:

TS said...

dah tahu dah sape Y*** tu..hikhik

IeQa aWr said...

mesti org ckp mcm yuna kan? hehhee

Tapak Kaki AKU said...

teringat tyme senior aku sorg ni nynyi kat stage tyme aku part one , :)

SEPHIA said...

Yuna la..kalo Yuyu tu saya..hahaha :P

Hirdayu Rahmat said...

yuna lah kan, sape lagii,,.

comel,

Syifaa Domo said...

memang ade gaye Y*** pon :)

laskar pelangi said...

wah! yunaaa! mintak sign please:)

AnakPakZohar said...

mungkin lah kot.. ade lah sipi.. sipi jee... sipi.. hahaha.. =P

Alya Syaqiera said...

mmg mcm yuna!

zuwaidah said...

yuna ler

JQ said...

hehe..tgk label pun dah ditag..hehe.. Tapi serius mmg lebih kurag pun. Xpelik..=)

oshinz said...

eleh.. macam YUNALIS ZARAI la tu. dah tau dah!!!! ehehehehe.

aiesya said...

hahaha....comel comel...!! kenapa tak ngaku jer yuna...pastu kasik nyanyi sket.. ;p

Zainatun Adilah said...

hahaha, pandai korang sume teka oke. Oke fine u all menang. :P

miho amyra said...

kalau yang tak tahu tue, cari jer kat labels bwh entry itu...hehehe

Niena Azman said...

mase amek gambar dgn Ally tuh nampak sekilas pandang sket lah :D hehehe

Radin Fadli said...

Amboi seronoknya bergambor dgn sepupu kita

tiqaa said...

ececeyh! retis dah skang ye? hehe.